SEMAKAN PKSK 2020:CARA SEMAK LOKASI UJIAN

SEMAKAN PKSK 2020:CARA SEMAK LOKASI UJIAN

SEMAKAN PKSK 2020

Bagi anda yang bercadang untuk buat permohonan PKSK , anda boleh buat semakan PKSK untuk lokasi ujian yang akan dijalankan. Namun, ini bukanlah samada lulus atau tidak.

Semakan Pusat PKSK Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 boleh dibuat mulai 8 Januari 2021.

Lebih kepada semakan lokasi untuk mengambil ujian Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus bagi Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) sahaja.

Nak tahu tarikh cuti sekolah, cuti peristiwa, cuti umum dan sebagainya? Boleh rujuk KALENDAR KUDA TAHUN 2021

APA ITU PKSK?

PKSK adalah satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat. Dimulakan pada tahun 2020, kemasukan murid ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke SBP dan SMKA serta sekolah-sekolah khusus yang lain untuk tahun 2021 akan disaring terlebih dahulu.

Semua pemohon dikehendaki menjalani ujian secara online yang dipadankan dengan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).

SEMAKAN KELAYAKAN MENJALANI UJIAN PKSK 2020

Hanya murid yang didaftarkan di dalam APDM layak memohon dan menjalani ujian PKSK.

Selain Sekolah Berasrama Penuah (SBP) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), sekolah khusus juga temasuk:

  • Sekolah Menengah Teknik (SMT)
  • Kolej Vokasional (KV)
  • Maktab Tentera Diraja (MTD)

SEMAKAN PUSAT UJIAN PKSK 2020

Berikut ialah cara untuk buat semakan ujian PKSK yang bakal dijalankan di sekolah-sekolah terpilih.

  • Layari laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di sini: https://spskt1.moe.gov.my/spat1_mohon/ujian_uksbp/semak_uksbp.cfm
  • Di ruangan Nombor MyKid/MyKad Pemohon, masukkan Nombor Kad Pengenalan anak
  • Jika masih lagi belum mempunyai Kad Pengenalan kerana belum genap 12 tahun, boleh sahaja masukkan sahaja Nombor MyKid
  • Di ruangan Nombor MyKad Penjaga Utama, masukkan Nombor Kad Pengenalan ibu, bapa atau penjaga
  • Tekan butang Klik Untuk Semak
  • Jika anda sudah buat pendaftaran dan permohonan sebelum ini, akan akan dapat melihat paparan

Ada mohon MRSM?Dah ambik ujian UKKM? Jika perlukan contoh soalan untuk ulangkaji,rujuk CONTOH SOALAN UJIAN UKKM MRSM

JADUAL TERKINI TARIKH BAHARU PKSK

Di bawah adalah jadual terkini tarikh baharu PKSK yang diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

SEMAKAN PKSK 2020

JADUAL SESI PENTAKSIRAN PKSK 2020

SEMAKAN PKSK 2020

TARIKH BUAT SEMAKAN KEMASUKAN SBP/ SMKA

*Akan dikemaskini.

Berdasarkan pengalaman terdahulu, keputusan ujian PKSK (atau UKSBP sebelum ini) tidak pernah dikeluarkan.

Pemohon hanya akan diberi surat tawaran jika layak untuk memasuki SBP atau SMKA.

Semakan PKSK yang kami tahu, hanya untuk semakan lokasi pusat ujian untuk mengambil peperiksaan PKSK secara online. Bukan semakan kemasukan SBP.

Rujuk CONTOH SOALAN & JAWAPAN PKSK

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Sila rujuk  laman web rasmi https://www.moe.gov.my/ atau Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia. Hubungi KPM di talian berikut:

  • Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh : 03-8321 7400
  • Bahagian Pendidikan Islam : 03-8321 7200
  • Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknik Vokasional : 03-8884 5154
  • Maktab Tentera Diraja : 03-8946 5562

Tags: #JADUAL SESI PENTAKSIRAN PKSK 2020 #JADUAL TERKINI TARIKH BAHARU PKSK #SEMAKAN KELAYAKAN MENJALANI UJIAN PKSK #SEMAKAN PKSK 2020 #SEMAKAN PUSAT UJIAN PKSK #TARIKH BUAT SEMAKAN KEMASUKAN SBP/ SMKA

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    PERMOHONAN BARU RUMAH MESRA RAKYAT(RMR):BORANG & PENDAFTARAN SPNB ONLINE
    PERMOHONAN BARU RUMAH MESRA RAKYAT(RMR):BORANG & PENDAFTARAN SPNB ONLINE   Maklumat terkini tentang
    iSEJAHTERA (CARA DAFTAR,KEMASKINI & SEMAKAN PERMOHONAN BANTUAN KEBAJIKAN)
    iSEJAHTERA (CARA DAFTAR,KEMASKINI & SEMAKAN PERMOHONAN BANTUAN KEBAJIKAN)   APA ITU SISTEM iSEJAHTERA
    CARA MASUK ATAU KELUAR NEGERI SARAWAK & SABAH (TERKINI & SEMASA PKPB/PPN)
    CARA MASUK ATAU KELUAR NEGERI SARAWAK & SABAH (TERKINI & SEMASA PKPB/PPN) Jika
    CUTI MALAYSIA PENJAWAT AWAM:CARA BUAT TEMPAHAN & SENARAI PAKEJ
    CUTI MALAYSIA PENJAWAT AWAM:CARA BUAT TEMPAHAN & SENARAI PAKEJ   Tourism Malaysia hari
    1. author

      Nur aleeya anissa1 year ago

      Smkbbd

      Reply
    2. author

      Hartini1 year ago

      Salam tuan, dimana boleh saya buat pertanyaan bila semakan mendapati ” anda tidak berdaftar” . Saya dah register tapi rekod menyatakan sebaliknya. Terima kasih

      Reply
    3. author

      Pn. Rosna Binti Kamruddin9 months ago

      assalamualaikum tuan /puan , dimana saya boleh buat pertanyaan anak saya dah buat pendaftaran sbp tetapi apabila saya kemaskini untuk menjalani ujian pspk menyatakan rekod tidak berdaftar. mohon penjelasan Terima kasih

      Reply

    Leave a reply "SEMAKAN PKSK 2020:CARA SEMAK LOKASI UJIAN"