SEMAKAN STATUS GERAK MALAYSIA
Jika anda telah membuat permohoan di aplikasi Gerak Malaysia, sekarang anda mesti tidak sabar untuk membuat semakan status Gerak Malaysia bagi memulakan pergerakan balik ke destinasi masing-masing. Namun demikian,anda perlu membuat kemaskini di aplikasi Gerak Malaysia. Mungkin berlaku kesilapan semasa anda mengisi bahagian Residential Adress.
APA ITU APLIKASI GERAK MALAYSIA
Aplikasi Gerak Malaysia dilancarkan oleh SKMM minggu lalu dan pihak MKN mengiktiraf penggunaan aplikasi ini untuk urusan rasmi kerajaan. GERAK Malaysia sebelum ini telah disenaraikan di kedai aplikasi Android dan iOS. Aplikasi Gerak Malaysia dibangunkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Adakah anda tahu tentang GKP RM3000 UNTUK PERNIAGAAN MIKRO & PKS?
Gerak Malaysia iaitu aplikasi pergerakan rentas negeri telah diperkenalkan bagi memantau pergerakan rakyat Malaysia. Kerajaan telah mengiktiraf penggunaan aplikasi Gerak Malaysia dan mengalakkan rakyat yang ingin pulang ke ibu kota untuk mendaftar diri menggunakan aplikasi Gerak Malaysia mulai 26 April 2020.
BACA : CARA GUNA APLIKASI GERAK MALAYSIA VERSI 2.5
Antara tujuan utama arahan ini dikeluarkan adalah untuk mengumpul maklumat kepada kerajaan bagi merancang dan mengenakan prosedur operasi standard (SOP) yang sesuai bagi menjaga keselamatan dan mencegah daripada penularan wabak Covid-19 ekoran kesan pergerakan yang besar ini.
TERBARU : TARIKH BAYARAN i-LESTARI KWSP
SEMAKAN DATA PERIBADI PEMOHON GERAK MALAYSIA
Semak data peribadi pemohon seperti Nama pemohon,jumlah keluarga yang bersama dan lokasi asal (dari kampung mana).
SEMAKAN RESIDENTIAL ADDRESS GERAK MALAYSIA
Sila semak maklumat Residential Address yang ada masukkan sebelum ini. Mungkin anda adalah salah seorang yang tersalah mengisi ruangan Residential Address.
APA ITU PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB)?
Sila pastikan bahawa anda memasukkan:
Alamat yang TERKANDAS di kampung. BUKAN alamat destinasi di bandar
CARA KEMASKINI RESIDENTIAL ADDRESS
Bagi sesiapa yang telah tersilap mengisi ruangan Residential Address dengan lokasi destinasi, anda perlu kemaskini dengan meletakkan alamat tempat tinggal yang TERKANDAS. Anda juga wajib aktifkan GPS jika ingin permohonan diluluskan.
BACA : DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA KE BALAI POLIS BAGI PERMOHONAN RENTAS NEGERI
SEMAKAN ALASAN PERGERAKAN GERAK MALAYSIA
Pastikan anda pilih alasan yang kukuh untuk buat pergerakan rentas negeri Gerak Malaysia. Semasa proses pendaftaran dan permohonan sebelum ini, anda akan dipaparkan dengan mesej “Please select a valid reason of travelling out of your home”.Anda diberikan beberapa pilihan kenapa mahu melakukan pergerakan.
Antara alasan yang ada :
- Emergency Activity
- Medical Treatment
- Essential Activity
- Essential Shopping
- Interstate Travel
Jika anda telah tersilap buat pilihan dalam proses permohonan tempohari, sila kemaskini dengan memilih Interstate Travel. Pastikan anda membuat pilihan yang betul kerana ia memberi kesan perundangan kepada anda.
SILA BUAT SEMAKAN BPN FASA 2
SEMAKAN TARIKH & JADUAL PERJALANAN GERAK MALAYSIA MENGIKUT NEGERI
TARIKH & JADUAL PERJALANAN GERAK MALAYSIA MENGIKUT NEGERI
Pihak PDRM akan mengeluarkan kenyataan di mana pemohon Gerak Malaysia perlu mengikut jadual yang telah ditetapkan mengikut negeri masing-masing.
*Sila tunggu kemaskini terbaru daripada PDRM
SEMAKAN STATUS LULUS/GAGAL PERMOHONAN GERAK MALAYSIA
Sebelum anda membuat semakan, anda perlu tahu bahawa tarikh semakan adalah 7 Mei 2020. Berikut adalah cara untuk buat semakan untuk status kelulusan permohonan permit Gerak Malaysia :
*Akan dikemaskini
CARA MEMBUAT SEMAKAN STATUS LULUS/GAGAL PERMOHONAN GERAK MALAYSIA
- Pastikan anda sudah muat turun dan install aplikasi Gerak Malaysia samada melalui Google Play, App Store atau AppGallery
- Klik ikon Gerak Malaysia dalam telefon bimbit anda
- Tunggu hingga loading keseluruhannya
- Anda kini sudah masuk di muka hadapan aplikasi Gerak Malaysia
- Status akan dipaparkan di sini
(AKAN DIKEMASKINI SELEPAS MENDAPAT MAKLUMAT RASMI)
MAKLUMAT & PERTAYAAN LANJUT
Jika anda mengalami masalah teknikal, serta mahu maklumat lanjut berkenaan Gerak Malaysia, boleh hantar email kepada alamat email seperti yang disenaraikan di bawah:
Anda juga boleh terus ke laman rasmi Gerak Malaysia
Tags: #APA ITU APLIKASI GERAK MALAYSIA #SEMAKAN ALASAN PERGERAKAN GERAK MALAYSIA #SEMAKAN DATA PERIBADI PEMOHON GERAK MALAYSIA #SEMAKAN RESIDENTIAL ADDRESS GERAK MALAYSIA #SEMAKAN STATUS GERAK MALAYSIA #SEMAKAN STATUS LULUS/GAGAL PERMOHONAN GERAK MALAYSIA #SEMAKAN TARIKH & JADUAL PERJALANAN GERAK MALAYSIA MENGIKUT NEGERI
Mohd suhaimi bin mazalan2 tahun ago
Anak saya umur 4 tahun saya nak balik ambik anak saya di kedah
Mohd suhaimi bin mazalan2 tahun ago
Saya nk ambl ank di kedah saya harap pemohonan sya di luluskn
Nurhafiszah binti mazlan2 tahun ago
Bapa dan ibu mertua saya dtg melawat kami diseremban…tapi terkandas di rumah saya di seremban…saya harap pemohonan saya di terima kerana bapa dan ibu mertua ingin pulang ke rumah nya…sudah lama tinggal kan rumah..musim hujan ni…takut air naik…
Norsarinah binti abdul basirul2 tahun ago
Saya terkandas sejak pkp fasa1 berjalan. Saya ingin balik ke kediaman. Telah membuat permohonan melalui aplikasi gerak malaysia. Tp sampai skrg tiada respon. Sya berharap sangat dapat kelulusan untuk pergerakkan balik ke kediaman sendiri.
insan ingin pulang2 tahun ago
saya student terkandas dkt rumah saudara sebab niat nak ngasuh anak sedara utk seminggu ja since taska semua tutup huhu. ibu ayahnya frontliner. berkorban sebentar berharap boleh balik lepas pkp fasa 1, tapi pkp sambung. berharap kalini boleh balik 😭 orang yang tak berada di situasi kita tak akan faham 😭
Ezahazira bt sa'ari2 tahun ago
Saya blik dr13/3 lg trkndas kat kg nak balik Kedah ank2 krja sklah byak dlm online buku2 semua tinggal😭pkp ke2 umah org nak pcah masuk xsmpat msuk lg dah mnta d balai polis nak blik tp xbg😭😭dahla suami tnggl p krja dlm bulan 1 lg sekarang dah blik kena jalani kuarantin 2mggu xde sapa nak cara mkn mnum dia ksiannye😭😭😭nak blik Kedah saya arap lulula…aamiin
Zarwati binti ismail2 tahun ago
Saya terkandas Di s.alam
Nak balik ke pasir gudang Johor.
siti norliza binti imam azali2 tahun ago
saya igin semak setatus pergrakan rentas negeri yang terkandas saya da buat pemohonan tdi smpai skrg tiada respon
Teo Wan Cheng2 tahun ago
Saya terkandas sejak pkp fasa1 berjalan. Saya ingin balik ke kediaman. Telah membuat permohonan melalui aplikasi gerak malaysia. Tp sampai skrg tiada respon. Sya berharap sangat dapat kelulusan untuk pergerakkan balik ke kediaman sendiri.
mohd fadzil ismail2 tahun ago
saya terkandas sejak pkp 1 di rumah adik ipar saya. kelauarga saya seramai 5 orang dan ipar saya seramai 7 orang. oleh itu saya ingin balik ke rumah saya di temerloh. saya gagal install aplikasi gerak malaysia di fon saya saya kerana fon saya agak lama. saya cuba membuat permohonan menggunakan fon anak saya tapi difahamkan tidak boleh memohon guna fon orang lain. ini menyebabkan saya gagal untuk kemaskini maklumat perjalanan pada tarikh 29 april yang lalu.
saidatun aishah binti mashori2 tahun ago
saya dan abg saya di rumah sedara dri pkp 1 x dpt balik naik train time tu dah ketat pkp… tiket train trbatal … kami due2 student… harap dapat la balik ke rumah ibubapa kami ….
Nur farhana adilla binti atikullah2 tahun ago
Saya dah buat permohonan tetapi masih belum dpt jawapan ..saya agak keliru dgn residential address . Saya dah kemaskini alamat residential address dgn mengisi alamat yg terkandas sekarang .
Norhaslinda binti aziz2 tahun ago
Saya terkandas di kedah.sy nk balik umah saya kat kelantan.tinggal ayah sorang2 kat sana.ni bulan puasa plak aduh kesian.sabar dari pkp 1 sampai skrg.dh col balai mintak pelepasan balai pon mcm acuh x acuh.anak sek ckgu hari2 bg homework buku x bawa balik pon sbb asalnye nk blik cti sek 13/3/2020 sminggu saja.mihon la bagi kelulusan utk balik ke rumah sendiri di kelantan.
Natasha shahira2 tahun ago
Saya baru habis praktikal pada 14 april dan terkandas di rumah sewa di nilai saya harap keputusan saya lulus sebab majikan dah tak tanggung rumah sewa tersebut .saya tak kerja tak de duit nk bayar sewa rumah tersebut
Cheah Mony2 tahun ago
Sudah terkandas di Sg Besar sejak 16.Mac 2020 dgn suami sebelum MCO sampai sekarang, rumah di Sg Petani Kedah adalah dlm keadaan tiada sesiapa pun. Permohonan Gerak Malaysia pun sdh di buat, tapi tak dpt apa keputusan pun, alamt kemaskini pun buat kerilu tak Pati alamat tu adalah alamat yg terkandas atau pun kediaman do Sg Petani. Harap kerajaan boleh luluskan permohan saya