SEMAKAN STATUS KELULUSAN i-SINAR KATEGORI 2(guna portal isinar.kwsp.gov.my & i-Akaun KWSP)

SEMAKAN STATUS KELULUSAN i-SINAR KATEGORI 2(guna portal isinar.kwsp.gov.my & i-Akaun KWSP)

SEMAKAN STATUS KELULUSAN i-SINAR KATEGORI 2

 

Kepada ahli yang telah membuat permohonan i-Sinar kategori 2,bilakah tarikh semakan status kelulusan i-Sinar kategori 2?

Bagi i-Sinar kategori 2,ramai yang sedang menunggu bilakah tarikh semakan kelulusan i-Sinar sama ada lulus atau gagal.

Berdasarkan makluman pihak KWSP daripada sumber ahli yang bertanya,pihak KWSP menasihatkan supaya membuat semakan status kelulusan i-Sinar kategori 2 pada 8 Februari 2021.

Berikut adalah proses permohonan i-Sinar Kategori 2:

CARA PERMOHONAN i-SINAR KATEGORI 2

  1. Klik https://isinar.kwsp.gov.my/
  2. Bagi permohonan baru, sila klik pada PERMOHONAN BARU
  3. Bagi yg dah pernah memohon (semasa Kategori 1) dan permohonan anda sedang DIPROSES serta dikehendaki memuat naik dokumen sokongan, sila kemaskini permohonan anda pada “SEMAK STATUS PERMOHONAN”, pilih “KEMASKINI”
  4. YA utk Kategori 1 / TIDAK utk Kategori 2.
  5. SEMAK AMAUN yang layak dan PILIH amaun yang dikehendaki.
  6. Set Jadual Pembayaran seperti yg dikehendaki.
  7. Isi atau semak maklumat permohonan.
  8. Masukkan maklumat Pengurangan Pendapatan.

A.- Masukkan pendapatan SEBELUM pengurangan.

– Muat naik slip gaji, klik “PILIH FAIL” (Mana2 slip gaji dalam 12 Bulan dari Tarikh Permohonan)

*Tambah fail jika ingin memuat naik lebih dari 1 dokumen.

B.- Masukkan pendapatan SELEPAS pengurangan.

– Muat naik slip gaji, klik “PILIH FAIL” (Mana2 slip gaji antara April’20 hingga Bulan Semasa)

*Tambah fail jika ingin memuat naik lebih dari 1 dokumen.

C.- Muat naik Dokumen Sokongan seperti Surat Pengesahan Majikan / Notis Pemotongan Elaun / Penyata Bank / Surat Berhenti Kerja dan lain2 dokumen yg berkaitan. – Klik “PILIH FAIL”

Semak semula permohonan sebelum sahkan.

Sekiranya anda sudah berpuas hati dgn jumlah yang dipohon, jadual pembayaran, dokumen2 sokongan yg dimuatnaik, maka klik HANTAR.

Cetak dan Simpan untuk tujuan rujukan.

Jika anda telah membuat permohonan i-Sinar Kategori 2 dengan sempurna,berikut adalah cara buat semakan kelulusan i-Sinar:

Kepada yang nak mohon BPR Bujang, boleh rujuk MyBPR BUJANG

SEMAKAN STATUS KELULUSAN i-SINAR KATEGORI 2

Bagi i-Sinar Kategori 2, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat.

Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.

Pembayaran selebihnya akan dibuat secara bulanan mengikut jumlah dan tempoh permohonan anda.

Pembayaran akan dilakukan melalui kaedah pengkreditan terus (direct credit) ke dalam akaun bank milik anda.

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN i-SINAR (guna portal isinar.kwsp.gov.my)

Bagi membuat semakan status permohonan i-Sinar bagi kategori 1 atau 2, sila ikuti langkah dibawah:

  1. Layari https://isinar.kwsp.gov.my
  2. Dipaparkan 4 bahagian utama iaitu :
  • PERMOHONAN BAHARU
  • SEMAK STATUS PERMOHONAN
  • SOALAN LAZIM
  • PANDUAN PENGGUNA
  1. Sekiranya anda sudah membuat permohonan i-Sinar, sila klik SEMAK STATUS PERMOHONAN untuk membuat semakan status permohonan.

SEMAKAN STATUS KELULUSAN i-SINAR KATEGORI 2 (Guna i-Akaun KWSP)

Untuk semakan melalui i-akaun KWSP, semakan boleh dilakukan melalui langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login.
  2. Log masuk dengan memasukkan no ID dan kata laluan.
  3. Klik pada pada peti mesej atau inbox.
  4. Status permohonan i-Sinar pemohon dipaparkan.

Berikut adalah CONTOH STATUS SEMAKAN i-SINAR KATEGORI 2:

PERMOHONAN i-SINAR KATEGORI 2 ANDA TELAH DILULUSKAN

Maksud status ini adalah permohonan i-Sinar anda diluluskan.

PERMOHONAN i-SINAR KATEGORI 2  ANDA SEDANG DIPROSES

Maksud status ini adalah permohonan i-Sinar anda sedang diproses.

PERMOHONAN i-SINAR KATEGORI 2  ANDA BELUM DIPROSES SEPENUHNYA

Maksud status ini adalah permohonan i-Sinar anda sedang diproses/Gagal.Sila hubungi hotline i-Sinar.

SOALAN LAZIM 

Bilakah tarikh boleh buat semakan status kelulusan i-Sinar Kategori 2?

Bermula 8 Februari 2021

Adakah semakan melalui i-Akaun KWSP lebih tepat?

Ya.

Bilakah DUIT i-SINAR kategori 2 dibayar?

Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Sila hubungi iSinar HOTLINE di taian berikut:

03-8922 4848

Beroperasi Isnin – Jumaat (kecuali Cuti Umum Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan)

Dibuka dari jam 8.00 pagi sehingga 8.00 malam.

15 thoughts on “SEMAKAN STATUS KELULUSAN i-SINAR KATEGORI 2(guna portal isinar.kwsp.gov.my & i-Akaun KWSP)”

  1. sya semak status i sinar kategori 2,permohonan anda telah diluluskan.
    sesudah itu beberapa jam kemudian sya membuat semula semakan i sinar lulus atau gagal.ternya keputusan semakan tersebut berubah menjadi permohonan sedang diproses.
    tolong jelaskan apa puncah masalah seperti ini?????

    Balas
  2. Mlm 7hb Feb sy check status lulus tapi pagi 8hb Feb Saya check jadi dalam proses Pula. Kenapa mcm tu? Warga minta penerangan.tq

    Balas

Leave a Comment