SEMAKAN STATUS PERMOHONAN TELEFON PINTAR PERCUMA PELAJAR SEKOLAH B40

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN TELEFON PINTAR PERCUMA PELAJAR SEKOLAH B40

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN TELEFON PINTAR PERCUMA PELAJAR SEKOLAH B40

Berita baik buat pelajar sekolah yang keluarga berpendapatan rendah B40. Untuk makluman, YTL Foundation bekerjasama dengan YES dan FrogAsia menawarkan telefon pintar percuma bersama data 120GB kepada pelajar-pelajar sekolah kerajaan dari keluarga berpendapatan rendah B40 yang tidak memiliki telefon pintar untuk sesi pembelajaran di rumah. Permohonan ini boleh dibuat secara dalam talian (online) menerusi laman web YTL Foundation.

Selain pemberian bantuan telefon pintar, pelajar yang terpilih akan turut menerima kad SIM YES 4G dilengkapi dengan data 40GB selain sumber pembelajaran yang turut diberikan kepada pelajar sekolah terbabit.

Baca tentang DAFTAR, PERMOHONAN, SEMAKAN TELEFON PINTAR PERCUMA B40 SECARA ONLINE

Setiap telefon pintar terbabit akan dilengkapi dengan kad SIM prabayar YES 4G dan pelan data 120GB (10GB sebulan selama 12 bulan).

Tujuan program ini dilancarkan untuk membolehkan anak-anak B40 dapat mengakses pembelajaran dan kuiz ulangkaji menerusi aplikasi FrogPlay atau e-Learning KPM.

SYARAT KELAYAKAN TELEFON PINTAR PERCUMA B40 YTL

Pelajar yang dicalonkan mestilah terdiri daripada mereka yang bersekolah di sekolah kebangsaan sama ada di peringkat rendah atau menengah.

Pelajar tersebut mestilah tergolong dalam keluarga B40.

CARA MOHON TELEFON PINTAR PERCUMA B40

Dapatkan kebenaran daripada ibubapa murid yang hendak dicalonkan dan kumpulkan maklumat berikut:

i.Nombor MyKid/MyKad murid

ii. Nombor MyKad Ibubapa

iii. Status B40 ibubapa daripada portal Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

Untuk mendapatkan status B40 ibubapa, sila pergi ke laman web rasmi https://bpn.hasil.gov.my/, masukkan nombor kad pengenalan ibubapa anda, kemudian klik pada butang ‘Semak’.

Untuk mengesahkan bahawa murid tergolong dalam keluarga B40, status penerimaan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) ibubapa haruslah tertera sebagai LULUS dengan jumlah bantuan RM1,600.

Setelah itu, anda hendaklah mendaftarkan nama dengan mengisi borang permohonan menerusi pautan https://appform.prod.frogdev.asia/ atau https://ytlfoundation.org/learn.

Lengkapkan maklumat pelajar dan ibu bapa serta butiran tambahan yang diperlukan.

Nota : Sekiranya pencalonan BERJAYA, notifikasi menerusi emel akan dihantar kepada guru dan ibu bapa pelajar beserta langkah seterusnya.

Kepada penerima BSH boleh buat SEMAKAN KELAYAKAN DEKODER PERCUMA MYTV SECARA ONLINE & SMS 

CARA BUAT SEMAKAN STATUS PERMOHONAN  TELEFON PINTAR PERCUMA B40

Semakan Online

Semakan status telefon pintar B40 ini boleh dibuat secara atas talian menerusi laman sesawang https://lcs.yes.my.

Semakan Emel

Selain emel, status permohonan juga akan dimaklumkan menerusi emel. Ibu bapa akan turut menerima emel berkaitan proses pendaftaran daripada pihak YTL.

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Untuk pertanyaan lanjut tentang telefon pintar percuma ini, sila hubungi di talian :

YTL Foundation (421570-A),Level 32, Menara YTL,205, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia.

[email protected]

No. Tel: +603 2038 0888

No. Fax: +603 2038 0388

14 thoughts on “SEMAKAN STATUS PERMOHONAN TELEFON PINTAR PERCUMA PELAJAR SEKOLAH B40”

Leave a Comment