SEMAKAN UKKM MRSM 2020: SEMAK LOKASI UJIAN
Jika anda telah buat permohonan MRSM sebelum ini, sekarang dah boleh buat semakan UKKM untuk lokasi ujian yang akan dijalankan.
Pelajar yang telah memohon hanya boleh buat semakan lokasi untuk mengambil Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM.
Jika anda ada mohon SBP / SMKA, sila buat semakan PKSK untuk mengetahui lokasi ujian PKSK.
MAKLUMAT PENANGGUHAN UKKM MRSM 2020
Negeri Kedah, Sabah dan Selangor (iaitu spesifik daerah Klang) telah diklasifikasikan sebagai kawasan zon merah pada 7 Oktober 2020. Ini adalah merujuk kepada pengumuman rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Oleh itu, walaupun anda telah buat semakan UKKM dan mendapat tawaran tempat untuk mengambil ujian, Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) dan Ujian Khas Ulul Albab di kawasan terlibat terpaksa ditangguhkan ke tarikh yang akan dimaklum kelak.
Untuk makluman juga, pemohon akan menerima sistem pesanan ringkas (SMS) berkenaan perkara ini.
Sekiranya terdapat kawasan lain yang diklasifikasikan sebagai zon merah dalam tempoh ujian dilaksanakan, pihak MARA akan memaklumkan kepada calon melalui sistem pesanan ringkas (SMS).
Korang ada dapat sistem pesanan ringkas (SMS)
Jika masih tak dapat SMS, pastikan anda sentiasa buat semakan secara online. Yang paling penting ialah surat panggilan menduduki ujian, bukan SMS tersebut.
SEMAKAN UJIAN UKKM MRSM 2020
Sila rujuk cara untuk semak lokasi ujian seperti di bawah.
Semakan ujian UKKM Tingkatan 1 (termasuk Ulul Albab)
CONTOH SMS
Anda akan menerima SMS seperti berikut:
RM0.00 MARA: Anda terpilih untuk menduduki UKKM Tingkatan 1. Sila layari https://mrsm.mara.gov.my/semakanujianmrsmf1 untuk semakan lanjut.
Jadi, berikut ialah cara untuk menyemak lokasi ujian UKKM bagi Tingkatan 1:
- Layari laman web rasmi MARA di sini: https://mrsm.mara.gov.my/SemakanUKKMF1/
- Di ruangan No Kad Pengenalan, masukkan Nombor Kad Pengenalan anak
- Jika masih lagi belum mempunyai Kad Pengenalan kerana belum genap 12 tahun, boleh sahaja masukkan sahaja Nombor MyKid
- Tekan butang Log Masuk
- Jika anda sudah buat pendaftaran dan permohonan sebelum ini, akan akan dapat melihat paparan berikut:
- Nama
- No Kad Pengenalan
- Tempat Ujian
- Tarikh Ujian
- Masa
- Surut menduduki Ujian (yang boleh dimuat turun)
- Lampiran 2 – Borang Deklarasi Kesihatan (COVID-19) (yang boleh dimuat turun)
- Untuk makluman, tawaran untuk menjalani ujian UKKM Ulul Albab juga perlu melalui pautan yang sama
- Cuma format soalan UKKM Ulul Albab sedikit berbeza
CHECK/SEMAK TAWARAN AMBIL UJIAN UKKM TINGKATAN 4
Berikut ialah cara untuk buat semakan UKKM bagi Tingkatan 4:
- Layari laman web rasmi MARA di sini: https://mrsm.mara.gov.my/SemakanUKKMF4/
- Di ruangan No Kad Pengenalan, masukkan Nombor Kad Pengenalan anak
- Jika masih lagi belum mempunyai Kad Pengenalan kerana belum genap 12 tahun, boleh sahaja masukkan sahaja Nombor MyKid
- Tekan butang Log Masuk
- Jika anda sudah buat pendaftaran dan permohonan sebelum ini, akan akan dapat melihat paparan yang sama seperti paparan Tingkatan 1 di atas.
PERINGATAN SEBELUM AMBIL UJIAN UKKM
Andai kata selepas buat semakan UKKM dan anda berjaya terima tawaran, berikut adalah sedikit peringatan dan tips untuk mengambil Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM ini.
- Janga lupa bawa Kad Pengenalan
- Jangan lupa bawa surat tawaran ujian UKKM
- Sila bawa pensil sendiri
- Sila bawa pemadam sendiri
- Jika perlu, bawa kertas untuk buat kira-kira Matematik nanti
- Kebiasaannya, pemohon akan dikumpulkan di suatu tempat terlebih dahulu. Taklimat ringkas akan diberikan sebelum mengambil ujian UKKM.
Jika perlukan contoh soalan untuk ulangkaji,rujuk CONTOH SOALAN UJIAN UKKM MRSM
Tags: #CHECK/SEMAK TAWARAN AMBIL UJIAN UKKM TINGKATAN 4 #PERINGATAN SEBELUM AMBIL UJIAN UKKM #SEMAKAN UKKM MRSM 2020