
SENARAI BANTUAN KERAJAAN NEGERI PERAK 2020
SENARAI BANTUAN KERAJAAN NEGERI PERAK 2020
Jika anda rakyat negeri Perak,pasti anda tertanya-tanya tentang SENARAI BANTUAN KERAJAAN NEGERI PERAK 2020 yang disediakan untuk rakyat negeri perak. Berikut adalah senarai bantuan :
- KAD PERAK PRIHATIN
Baca juga : https://kekandamemey.com/panduan-lengkap-bantuan-sara-hidup-2020.htmlKAD PERAK PRIHATIN
– kad kesihatan dan makanan untuk golongan yang memerlukan.
-melalui kad ini, penerima boleh membeli keperluan asas dan rawatan kesihatan asas, berdasarkan bantuan bulanan yang diperuntukkan.
Kepada rakyat negeri Perak,boleh buat SEMAKAN KELAYAKAN INISIATIF KAD PERAK PRIHATIN
-sejumlah wang akan dimasukan dalam kad berkenaan, sebahagian untuk bayaran klinik swasta dan sebahagian lagi untuk makanan.
-di beri kepada golongan sasar untuk memudahkan mereka membeli barangan keperluan asas seperti beras, gula, minyak masak dan sebagainya, berdasarkan bantuan bulanan yang akan diperuntukkan
Ini cara PENDAFTARAN,PERMOHONAN & SEMAKAN RUMAH PERAKKU 2020
- PROGRAM SAYANGI RUMAHKU
PROGRAM SAYANGI RUMAHKU
Kerajaan Negeri Perak amat prihatin terhadap infrastruktur pembangunan perumahan bagi golongan keterbawahan yang berdaftar dengan E-Kasih. Program ini bagi membantu golongan keterbawahan dengan menyediakan kemudahan asas dan kediaman yang selesa tanpa mengiralatarbelakang agar mereka mendapat sebuah harapan baru dalam menikmati kehidupan yang lebih berkualiti.
Konsep Program
Program bantuan baik pulih dan bina baru rumah tanpa bayaran bagi rakyat Perak yang mengalami kerosakan rumah dan rumah yang telah uzur.
Jenis bantuan terbahagi kepada dua (2) kategori :
- Bantuan Baik Pulih
- Bantuan Bina Baru
Syarat- syarat Permohonan
- Warganegara Malaysia dan berkahwin.
- Berumur 45 tahun ke atas dan menetap di dalam Negeri Perak dan bermastautin melebihi 10 tahun
- Berdaftar di dalam E-Kasih atau disahkan miskin MPKK
- Status tanah kediaman hak milik sendiri atau mendapat kebenaran menduduki
- (Bagi permohonan bina baru)
- Belum pernah menerima sebarang bantuan perumahan daripada agensi lain
- Status Pemilikan rumah sendiri (Bagi permohonan Baik Pulih)
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN:
- Salinan kad pengenalan pemohon
- Salinan kad pengenalan pasangan dan tanggungan
- Sebut Harga bagi permohonan Baik Pulih Rumah
- Salinan geran tanah bagi permohonan Bina Baru Rumah
- Surat Kebenaran Menduduki dari semua penama berdaftar dalam geran tanah jika tanah hak milik orang lain – Bagi permohonan Bina Baru Rumah sahaja.
- Salinan Kad Pengenalan Semua Penama berdaftar dalam geran tanah
KATEGORI SAYANGI RUMAHKU
Baik Pulih
- Bantuan kepada peserta yang mempunyai rumah yang masih ekonomik untuk dibaiki.
- Skop bantuan baik pulih hanya melibatkan komponen asas rumah dan tidak termasuk,
- kerja-kerja membina/baik pulih bahagian luar rumah seperti pagar, garaj perigi dan lain-lain.
- Kos baik pulih maksima sehingga RM15,000
- Tempoh baik pulih antara 2 hingga 4 minggu
Bina Baru Rumah
Bantuan kepada peserta yang tidak memiliki rumah atau mendiami rumah yang terlalu uzur,tidak Selamat diduduki dan tidak ekonomi untuk dibaiki. Jenis rumah bina baru terbahagi kepada tiga (3):
Bina Baru 1 Bilik
- Berkeluasan 340 kaki persegi (20’x17’)
- Kos pembinaan adalah RM30,000
Bina Baru 2 Bilik
- Berkeluasan 440 kaki persegi (20’x22’)
- Kos pembinaan adalah RM40,000
Bina Baru 3 Bilik
- Berkeluasan 640 kaki persegi (20’x32’)
- Kos pembinaan adalah RM45,000
Pemohon boleh mendapatkan borang secara percuma di tempat – tempat berikut :-
- Pejabat Yayasan Perak
- Pejabat Mini Yayasan Perak (UTC), Ipoh
- Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat ADUN (Wakil Rakyat)
- Pejabat Daerah / Pejabat Penghulu
- Muat Turun Borang Permohonan Sayangi Rumahku
Boleh cetak di laman web Yayasan Perak di http://www.yayasanperak.gov.my
Sebarang pertanyaan sila hubungi kami di talian 05 255 2929/253 7779.
- PERAK E-TUITION
PERAK E-TUITION
Program ini merupakan program pembelajaran secara video atas talian yang boleh diakses oleh semua pelajar dan guru di Negeri Perak.
Program telah bermula dari tahun 2011 dan mengandungi hampir semua subjek yang diajar mengikut silibus.
Terdapat kira-kira 200 subjek yang meliputi SK, SJKC, SJKT dan Sekolah Menengah dalam bentuk video yang berjumlah 8,800 video.
Kesemua video ini boleh diakses melalui portal http://www.peraketuition.my
- PROGRAM BANTUAN PINJAMAN TABUNG USAHAWAN
SENARAI BANTUAN KERAJAAN NEGERI PERAK 2020
Program Bantuan Pinjaman Tabung Usahawan disediakan untuk golongan sasar iaitu di kalangan usahawan Industri Kecil & Sederhana (IKS) dan usahawan muda B40 bagi menjadi batu loncatan kepada usahawan-usahawan untuk memulakan dan mengembangkan perniagaan mereka.
Objektif Program
- Membangunkan masyarakat melalui program pinjaman tabung usahawan untuk meningkatkan pendapatan yang lestari dalam memangkin ekonomi pembangunan Negeri Perak.
- Melahirkan usahawan IKS dan usahawan muda yang berkualiti dan beriltizam melalui bimbingan serta latihan pembangunan kapasiti yang sistematik dan efektif.
- Meningkatkan kualiti perkhidmatan yang mendahulukan pelanggan, proaktif dan pantas dalam mengatasi pemasalahan pelanggan/rakyat.
- Memperkasa pengkalan data maklumat kemiskinan yang komprehensif.
Konsep Program
Merupakan Skim pinjaman perniagaan tanpa faedah kepada usahawan IKS dan usahawan muda B40 untuk mengembangkan perniagaan dan ia adalah pinjaman jangka pendek.
Tempoh pinjaman sehingga 5 tahun (bergantung kepada jumlah pinjaman)
Jumlah pinjaman dari RM3,000.00 sehingga RM20,000.00
Syarat- syarat Permohonan
Berumur antara 18 hingga 59 tahun serta menetap atau bermastautin melebihi 10 tahun di Negeri Perak
Pemohon dan pasangan merupakan seorang Warganegara Malaysia
Pemohon dan pasangan bukanlah seorang kakitangan kerajaan / badan berkanun
/ syarikat GLC / syarikat Berhad
Menjalankan perniagaan di dalam Negeri Perak
Menjalankan perniagaan secara sendirian (Bukan Perkongsian)
Perniagaan yang dijalankan adalah mematuhi syariah.
Perniagaan yang dijalankan berada dalam skop pembiayaan Yayasan Perak. Dimana perniagaan yang dijalankan adalah melibatkan transaksi wang penjualan atau pembelian yang nyata secara harian, mingguan atau bulanan dan hasil jualan mestilah diterima kurang dari satu bulan dari tarikh jualan.
Antara perniagaan yang berada di luar skop pembiayaan adalah:
-Urusniaga melalui ternakan dan perikanan (usahawan baru)
-Urusniaga yang melibatkan konsep MLM / Online
-Urusniaga yang melibatkan pelaburan / Piramid / Skim Cepat Kaya
-Pembelian kenderaan untuk perniagaan atau peribadi
-Perniagaan barangan lusuh / Kitar semula
-Perniagaan bermusim
-Perniagaan secara orang tengah atau agen perantara seperti agen insurans, agen Unit Amanah, agen Komisen Am termasuk Broker (tanah atau hartanah ) dan sebagainya.
-Kontraktor Pembangunan
Dokumen yang diperlukan
Borang / Surat Permohonan (wajib)
Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan Tanggungan) – (wajib)
Salinan Surat Perjanjian / Kebenaran Sewa Kedai atau Tanah & sebagainya
Salinan Daftar Niaga (SSM) / Lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
Pelan lokasi perniagaan
Surat Sokongan Wakil Rakyat / Pejabat Daerah / Penghulu / MPKK
Salinan Penyata bank bagi 3 bulan yang terkini
* Dokumen sokongan yang disahkan kepada Yayasan Perak, tidak akan dikembalikan.
Pemohon boleh mendapatkan borang secara percuma di tempat – tempat berikut :-
– Pejabat Yayasan Perak
– Pejabat Mini Yayasan Perak (UTC), Ipoh
– Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat ADUN (Wakil Rakyat)
– Pejabat Daerah / Pejabat Penghulu
– Muat Turun Borang Permohonan Pinjaman Tabung Usahawan Yayasan Perak
- BANTUAN SARA DIRI DAN KECEMASAN MAHASISWA ANAK PERAK
BANTUAN SARA DIRI DAN KECEMASAN MAHASISWA ANAK PERAK
Bantuan ini bertujuan untuk:
- a) Meringankan beban mahasiswa yang datang dari keluarga yang kurang berkemampuan bagi membolehkan mahasiswa fokus terhadap pelajaran tanpa terganggu dengan masalah kewangan.
- b) Menunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri Perak kepada kebajikan Mahasiswa Perak serta membantu meringankan beban keluarga.
Bantuan ini terbahagi kepada 2 jenis bantuan yang akan disalurkan kepada mahasiswa anak Perak:
- Bantuan Sara Diri
- a) Bantuan tambahan bagi menampung perbelanjaan harian mahasiswa sewaktu menjalani pengajian di IPT.
- b) Bantuan kepada mahasiswa yang terpaksa membuat pertambahan semestar atas alasan munasabah selain daripada disebabkan oleh kegagalan subjek.
- Bantuan Kecemasan
- a) Bantuan khas sewaktu mahasiswa ditimpa bencana atau musibah bagi meringankan beban yang ditanggung.
- b) Contoh-contoh bencana atau musibah:
- Kemalangan,
- Kebakaran,
iii. Kematian Ibu / Bapa / Penjaga,
- Kecurian,
- Bencana alam (Banjir / Ribut / Tanah Runtuh),
- Penyakit kronik.
KADAR PEMBERIAN
Kategori Nilai Bantuan (setahun)
Bantuan Sara Diri RM700
Bantuan Kecemasan
RM300 – RM1,000
(Mengikut Bencana/Musibah)
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
- Salinan myKad pelajar, bapa dan ibu yang lahir di Perak.
- Salinan kad pelajar.
- Salinan penyata akaun bank pelajar.
- Salinan surat kematian dan surat bercerai (jika berkaitan).
- Salinan Transkrip Keputusan Peperiksaan Terkini (Bantuan Sara Diri sahaja).
- Salinan Laporan Polis / Laporan Perubatan (Bantuan Kecemasan Mahasiswa Negeri Perak sahaja).
- Penyata pendapatan (isirumah) bapa & ibu / penjaga yang disahkan oleh majikan dan sekiranya pesara sila kepilkan salinan penyata pencen bulanan atau jika bekerja sendiri sila dapatkan pengesahan pendapatan.
- Borang Permohonan:
- a) Sokongan – Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) IPT pemohon.
- b) Perakuan – ADUN / Penyelaras DUN / Pengerusi MPKK / Penghulu Mukim (Kawasan tempat tinggal di Negeri Perak sahaja)
- Semua dokumen perlu disahkan oleh Pengerusi MPKK / Penghulu Mukim / Pegawai Kerajaan Kelas A / Wakil Rakyat / Penyelaras DUN.
SYARAT BANTUAN SARA DIRI
- Anak kelahiran Negeri Perak seperti berikut:-
- a) Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak ; atau
- b) Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun ; atau
- c) Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun.
- d) Keutamaan kepada mahasiswa yang masih menetap di Negeri Perak.
- Sedang melanjutkan pengajian SEPENUH MASA dalam SEMESTER KEDUA DAN KE ATAS peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (MASTER) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
- Open Universiti Malaysia (OUM) tidak layak untuk memohon bantuan ini.
- Semua permohonan perlu mendapat sokongan / pengesahan pihak Hal Ehwal Pelajar di IPT pemohon.
- Isirumah (Ibu dan Bapa) keluarga berpendapatan di bawah RM5,000 sebulan sahaja (gaji pokok).
- Memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) semasa 2.75 dan ke atas. Keutamaan kepada mahasiswa yang memperoleh PNGK 3.0 dan ke atas.
- Mahasiswa yang telah mendapat sebarang bantuan Biasiswa Pendidikan dari mana-mana agensi mahupun syarikat korporat tidak akan dipertimbangkan.
- Permohonan dibuka sepanjang tahun.
- Pemberian sekali setahun sahaja bagi setiap pelajar mengikut peringkat pengajian. (Bantuan Sara Diri).
SYARAT BANTUAN KECEMASAN
- Anak kelahiran Negeri Perak seperti berikut:-
- a) Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak ; atau
- b) Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun ; atau
- c) Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun.
- d) Keutamaan kepada mahasiswa yang masih menetap di Negeri Perak.
- Sedang melanjutkan pengajian SEPENUH MASA peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (MASTER) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
- Open Universiti Malaysia (OUM) tidak layak untuk memohon bantuan ini.
- Semua permohonan perlu mendapat sokongan / pengesahan pihak Hal Ehwal Pelajar di IPT pemohon.
- Menghantar bukti pengesahan kejadian dalam bentuk Laporan Polis, Laporan Perubatan atau Pengesahan oleh Pemimpin Tempatan (Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga / Pengerusi MPKK / Penghulu / Wakil Rakyat / Penyelaras DUN).
- Menghantar permohonan dalam tempoh 2 minggu (14 hari) dari tarikh berlakunya kejadian.
- Permohonan dibuka sepanjang tahun.
CARA MUAT TURUN BORANG
Borang Permohonan Bantuan Sara Diri dan Kecemasan Mahasiswa Negeri Perak juga boleh didapati secara percuma di Pejabat Yayasan Perak, Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan masing-masing.
Borang Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) yang siap diisi. Jika telah membuka akaun SSPN, sila kepilkan salinan borang pembukaan akaun SSPN atau salinan kad SSPN
Kesimpulannya, diharap SENARAI BANTUAN KERAJAAN NEGERI PERAK 2020 akan membantu anda untuk mendapatkan maklumat tentang senarai bantuan kerajaan negeri Perak 2020.
Tags: #BANTUAN SARA DIRI DAN KECEMASAN MAHASISWA ANAK PERAK #KAD PERAK PRIHATIN #PERAK E-TUITION #PROGRAM BANTUAN PINJAMAN TABUNG USAHAWAN #PROGRAM SAYANGI RUMAHKU #SENARAI BANTUAN KERAJAAN NEGERI PERAK 2020
Suzana bt ahmad sharuddin3 tahun ago
Assalamualaikum saya ibu tunggal yang menjaga 4org anak sebelum ini saya PeRnah mohoh bsh tEtapi tidak laYak boleh ke jkm bantu saya..
Haidzar Ali A/L ahmanullah.3 tahun ago
Saya perlu batuan tapi Saya tidak bagaimana nak mohon.saya dah exsiden motor bahagian Kanan Kali dengan tangan kanan.kat kaki Lima bahagian tulang masuk skru di bahu 9 tulang patah,jadi tidak blh kerja.
Muhammad Faiz Bin Nasaruddin3 tahun ago
Assalamualaikum Tuan/Puan.Mohon jasa budi dan ihsan Tuan/Puan supaya mengadakan bantuan ibu bersalin seperti negeri sarawak.
Sivakumar a /l KOTHENDAPANI2 tahun ago
Saya pesakit kronik buah pinggang…dari tahun 2006 hingga kini….saya mendapat bantuan kabajikan ..kini tak layak.unit hasil hospital taiping minta bayar dari tahun 2017 hingga kini…saya tak bekerja…saya perlu bantuan agar bayaran dikurangkan…
Selvaraju a/l arjunan2 tahun ago
Minta bantuan
Selvaraju a/l arjunan2 tahun ago
Saya bantuan kecemasan saya tiada sesiapa pun saya dan isteri saya
Rosnah Maboo Belai @ manarus khan2 tahun ago
Saya ank kelahiran perak…sekarang sy seorang ibu tunggal..bekerja sndiri…mohon ringankn bebanan saya
Fudzilah bt Fadzir2 tahun ago
Aslmkum.. Kepada yg berkenaan, saya amat2 memerlukan bantuan kewangan pada saat ini.. Saya telah diberhentikn kerja tampa sebab.. Sudah 2 bulan saya tk berkerja tolong lh bagaimana saya bleh melanjutkn kehidupan saya tampa pendapatan bulanan.. Saya dh usaha untuk dptkn perkerjaan yg baru tetapi jwpan yg sama tunggu panggilan. Saya buntu usaha saya yg terahkir ada lah untuk dapatkn modal saya ingin memulakan perniagaan.. Tlg lh bantu saya untuk dapatkn modal. Terima kasih.
mikalsom binti mohd daud2 tahun ago
assalammualaikum..sy seorg ibu tunggal mempunyai 2 org ank yg masih kecil.dan tidak mempunyai pekerjaan.sy juga menjaga ibu sy yg kurang sihat. sy mnta jasa baik tuan supaya dpt meringan kn beban keluarga.sy tidak mempunyai pendapatan..sy juga ada meminta bantuan baik pulih rumah.tetapi smpi skrng tiada respons..
Azhar bin Abd Aziz2 tahun ago
Salam,,,isi rumah keluarga asaya 7org,,2org anak saya kena buang kerja time pkp..rumah saya kena lelong,,,skrg saya buat rumah sendiri ,,cuma nak tanya ada ke bantuan masuk elektrik
Selvaraju+a/l+arjunan2 tahun ago
Minta maaf saya nak bantuan kecemasan tolong membantukan untuk saya
Nazahtul Shuma Bt Sukateman2 tahun ago
Saya isteri yang di abai kan suami..saya tidak bekejer dan tidak pernah bekejer sejak berkahwin kerana suami tak mengizin kan saya bekejer…seorang surirumah ..umur 46 tahun…saya memerlukan bantuan untuk rumah sewa dan bantuan bulanan tapi tidak tahu cara untuk memohon sebab semua bantuan2x yang dapat di atas nama suami….suami yang dapat semua nya….saya hanya memerlukan bantuan untuk diri saya menerus kan hidup tanpa suami….
mohamad farez2 tahun ago
Aslmkum.. Kepada yg berkenaan, saya amat2 memerlukan bantuan kewangan pada saat ini.. Saya telah diberhentikn kerja tampa sebab.. Sudah 2 bulan saya tk berkerja tolong lh bagaimana saya bleh melanjutkn kehidupan saya tampa pendapatan bulanan.. Saya dh usaha untuk dptkn perkerjaan yg baru tetapi jwpan yg sama tunggu panggilan. Saya buntu usaha saya yg terahkir ada lah untuk dapatkn modal saya ingin memulakan perniagaan.. Tlg lh bantu saya untuk dapatkn modal. Terima kasih.