SENARAI BANTUAN KERAJAAN PERIKATAN NASIONAL 2020

SENARAI BANTUAN KERAJAAN PERIKATAN NASIONAL 2020

SENARAI BANTUAN KERAJAAN PERIKATAN NASIONAL 2020

Walaupun baharu sahaja menubuhkan kerajaan pada 1/3/2020, kerajaan di bawah gabungan Perikatan Nasional banyak menyediakan bantuan untuk rakyat Malaysia. PN kini telah mengumumkan beberapa bantuan dan insentif yang efisyen bagi membantu meringankan beban hidup rakyat Berikut adalah senarai bantuan kerajaan Perikatan Nasional 2020 :

Skim Perlindungan Nasional B40/M40(Skim MySalam)

B40 – Skim ini menawarkan perlindungan insuran dan takaful secara percuma kepada rakyat dalam kategori B40 yang berumur antara 18 hingga 65 tahun

M-40 – Skim ini menawarkan perlindungan insuran dan takaful secara percuma kepada golongan isi rumah berpendapatan kurang RM100,000 (M40) berumur antara 18 hingga 65 tahun.

Bantuan akan disalurkan sekiranya penerima menghidap salah satu daripada 45 penyakit kritikal dan perlu menjalani rawatan hospital yang boleh menjejaskan aliran pendapatan isi rumah pesakit

Penerima akan mendapat bayaran harian sebagai pendapatan gantian semasa rawatan di hospital terhad sehingga 14 hari setiap tahun dengan kadar RM700 setahun atau RM50 sehari serta bayaran sehingga RM8,000 yang diagihkan dalam tempoh masa yang akan diumumkan. RM4,000 akan diberikan sebagai bayaran penyakit kritikal.

Kerajaan Perikatan Nasional masih meneruskan Skim MySalam terutamanya sekarang negara sedang menghadapi penularan wabak Covid-19.

BANTUAN PRIHATIN NASIONAL(BPN) 2020

Bantuan Prihatin Nasional, iaitu pemberian tunai secara one-off dengan peruntukan hampir RM10 bilion, dan buat pertama kalinya akan disalurkan juga kepada kumpulan M40. Mereka ini termasuk pekerja swasta, peneroka FELDA, petani, nelayan, peniaga kecil dan semua yang tergolong dalam kumpulan M40 dan ke bawah.

Jumlah bayaran yang akan dibuat ialah:

Pertama: RM1,600 kepada hampir 4 juta isi rumah yang berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah. Bayaran RM1,000 akan dibayar pada bulan April 2020 dan RM600 pada bulan Mei 2020.

Kedua: RM1,000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 yang akan dibayar pada bulan April 2020 sebanyak RM500 dan baki RM500 pada bulan Mei.

Ketiga: RM800 kepada 3 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah. Bayaran RM500 akan dibayar pada bulan April 2020 dan baki RM300 pada bulan Mei 2020.

Keempat: RM500 kepada 400,000 individu bujang berusia 21 tahun ke atas yang berpendapatan bulanan lebih RM2,000 hingga RM4,000. Bayaran sebanyak RM250 akan dibuat pada bulan April 2020 dan baki RM250 pada bulan Mei.

INISIATIF PENGELUARAN i-Lestari KWSP

Berdasarkan Inisiatif pengeluaran menerusi i-Lestari, ahli KWSP dibenarkan membuat pengeluaran wang sebanyak  RM500 sebulan selama 12 bulan.

PENANGGUHAN BAYARAN PINJAMAN BANK SELAMA 6 BULAN

Penangguhan rasmi sementara bayaran ansuran bulanan pinjaman dengan pihak bank sehingga 6 bulan. Pelanggan bank (peminjam/pembayar) tidak perlu membayar ansuran bulanan selama tempoh moratorium dan bersambung setelah ia tamat.

Moratorium atau penangguhan bayaran balik sehingga enam bulan pinjaman bank, penyusunan semula baki kad kredit dan pinjam korporat membabitkan jumlah  RM100 bilion. Keputusan itu dibuat selepas melakukan perbincangan dengan Kementerian Kewangan (MOF) dan Bank Negara (BNM).

PENANGGUHAN PEMBAYARAN PREMIUM ATAU SUMBANGAN

Syarikat insurans dan takaful keluarga akan menawarkan penangguhan pembayaran premium atau sumbangan untuk tiga bulan bagi pencarum yang sumber pendapatan mereka terjejas akibat wabak Covid-19.

PENGELUARAN SKIM PERSARAAN SWASTA

Membenarkan pengeluaran pra-persaraan dari akaun B Skim Persaraan Swasta sehingga jumlah RM1,500 bagi setiap ahli tanpa sebarang penalti cukai dalam tempoh bulan April hingga Disember 2020.

PENANGGUHAN BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN SELAMA 6 BULAN

Penangguhan bayaran balik pinjaman kepada semua peminjam PTPTN yang diberikan sebelum ini selama tiga (3) bulan adalah dilanjutkan kepada enam (6) bulan. Sehubungan itu, tempoh penangguhan bayaran balik COVID-19 adalah berkuat kuasa mulai 19 Mac hingga 30 September 2020.

PENANGGUHAN BAYARAN PERBADANAN TABUNG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN(PTPK)

Tangguh bayaran Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) selama enam bulan, mulai 1 April

PROGRAM SUBSIDI UPAH

Kerajaan menyediakan subsidi upah gaji sebanyak RM600 sebulan bagi setiap pekerja yang berpendapatan bawah RM4,000 dan majikan yang mengalami penurunan pendapatan lebih 50 peratus sejak 1 Jan 2020.

DISKAUN KADAR ELEKTRIK

Kerajaan bersama Tenaga Nasional Berhad tambah peruntukan RM530 juta untuk beri diskaun berperingkat antara 15% hingga 50% mengikut penggunaan kadar elektrik dengan had maksimum 600 kilowatt sebulan.

BAYARAN ONE OFF

Bayaran one-off RM500 kepada 120,000 pemandu e-hailing

RM200 bayaran one-off kepada pelajar institut pengajian tinggi.

Bantuan tunai RM500 secara one-off kepada lebih 1.5 juta penjawat awam

RM500 secara one-off kepada lebih 850,000 pesara

DANA JAMINAN MAKANAN

Kerajaan akan terus menyalurkan pelbagai bantuan kepada petani, penternak dan nelayan termasuk dalam bentuk bantuan input pertanian, ternakan dan perikanan untuk menggalakkan pengeluaran domestik.

BANTUAN PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA(PKS)

Bagi membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana, termasuk

usahawan mikro, Kerajaan dan Bank Negara Malaysia akan

menyediakan dana tambahan berjumlah RM4.5 bilion yang

merangkumi lima inisiatif utama.

 

  • Pertama: Menambah dana dalam tabung Bantuan Kemudahan Khas atau Special Relief Facility untuk PKS sebanyak RM3 bilion, menjadikan jumlah keseluruhannya RM5 bilion. Selain itu, kadar faedah bagi keseluruhan dana ini akan dikurangkan daripada 3.75% kepada 3.5%.
  • Kedua: Meningkatkan saiz dana sebanyak RM1 bilion kepada RM6.8 bilion di bawah Kemudahan Semua Sektor Ekonomi bagi meningkatkan lagi akses pembiayaan kepada PKS.
  • Ketiga: Menyediakan dana tambahan sebanyak RM500 juta di bawah Skim Kredit Mikro yang menjadikan jumlah keseluruhan RM700 juta bagi pembiayaan mudah. Skim iniakan dikendalikan oleh Bank Simpanan Nasional dengan menawarkan kadar faedah 2% sahaja tanpa cagaran. Syarat kelayakan pinjaman juga dilonggarkan dengan minimum enam bulan operasi berbanding setahun operasi. Amaun pembiayaan juga ditingkatkan daripada maksimum RM50,000 kepada RM75,000 bagi setiap usahawan. Inisiatif ini adalah terbuka kepada semua usahawan mikro dalam semua sektor perniagaan termasuk pengusaha taska, operator bas dan teksi, industri kreatif dan peniaga atas talian.
  • Keempat: PKS yang mempunyai rekod perniagaan kurang daripada 4 tahun juga boleh memanfaatkan skim BizMula-i dan BizWanita-i Syarikat Jaminan Kredit Malaysia Berhad (CGC) untuk pembiayaan sehingga RM300,000.
  • Kelima: Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) akan menyediakan kemudahan jaminan bernilai RM5 bilion selain meningkatkan kadar jaminan daripada 70% kepada 80% bagi syarikat PKS yang menghadapi masalah mendapatkan pinjaman.

Tags: #PERIKATAN NASIONAL #SENARAI BANTUAN KERAJAAN #SENARAI BANTUAN KERAJAAN PERIKATAN NASIONAL 2020

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    STATUS PEMBAYARAN BPN 2.0 MENGIKUT BANK
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinSTATUS PEMBAYARAN BPN 2.0 MENGIKUT BANK Ramai yang tengah cari maklumat tentang
    PENDAFTARAN SPRN(TEDUH):CARA PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinPENDAFTARAN SPRN(TEDUH):CARA PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK Untuk makluman, setiap permohonan rumah mampu
    RUMAH SELANGORKU:SEMAKAN PERMOHONAN
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinRUMAH SELANGORKU:SEMAKAN PERMOHONAN APA ITU RUMAH SELANGORKU Skim ini merupakan perumahan yang
    KALENDAR KUDA TAHUN 2021
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinKALENDAR KUDA TAHUN 2021 APA ITU KALENDAR KUDA? Rakyat Malaysia rasanya pasti

    Leave a reply "SENARAI BANTUAN KERAJAAN PERIKATAN NASIONAL 2020"