SENARAI BANTUAN UNTUK FRONTLINE (BARISAN HADAPAN)


SENARAI BANTUAN UNTUK FRONTLINE (BARISAN HADAPAN)

SENARAI BANTUAN UNTUK FRONTLINE (BARISAN HADAPAN)

SIAPAKAH GOLONGAN FRONTLINE (BARISAN HADAPAN)?

Terdiri daripada doktor, jururawat dan kakitangan perubatan lain yang terlibat secara langsung dalam pengurusan dan pembendungan wabak ini. Selain itu anggota tentera, polis, kastam, imigresen, anggota Angkatan Pertahanan Awam serta anggota RELA yang terlibat secara langsung dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan dalam pembendungan wabak Covid-19 juga digelar sebagai FRONTLINE (BARISAN HADAPAN).

Kita sedia maklum bahawa golongan frontline/ barisan hadapan dalam menguruskan wabak Covid-19 adalah mereka yang sanggup bekerja bergadai nyawa dan kepentingan diri untuk memastikan negara kita selamat dan terkawal daripada wabak Covid-19.

Seluruh rakyat Malaysia menunjukan emosi yang sangat positif dan simpati serta kepercayaan yang mendalam kepada golongan frontline/ barisan hadapan dalam menguruskan wabak Covid-19.

Ramai rakyat Malaysia yang bermurah hati telah memberi pelbagai bantuan kepada golongan frontline/ barisan hadapan yang menguruskan wabak Covid-19 seperti bantuan makanan harian, bantuan peralatan perlindungan diri(PPE) dan sumbangan dalam bentuk wang tunai untuk membeli peralatan kesihatan untuk kegunaan hospital.

Dalam pakej rangsangan ekonomi yang pertama, Kerajaan telah bersetuju memberikan elaun khas kepada doktor, jururawat dan kakitangan perubatan lain yang terlibat secara langsung dalam pengurusan dan pembendungan wabak ini. Kerajaan  sedar dalam situasi getir pada waktu ini, kakitangan kesihatan kita sedang bekerja bertungkus lumus dalam keletihan dan keadaan yang agak tertekan. Namun mereka terus cekal berjuang mengharungi cabaran yang hebat ini.

Sebagai menghargai pengorbanan mereka, Kerajaan akan meningkatkan elaun khas yang diterima daripada RM400 kepada RM600 sebulan mulai 1 April 2020 sehingga wabak ini berakhir. Pada masa yang sama, Kerajaan juga bersetuju memanjangkan elaun khas sebanyak RM200 sebulan kepada  anggota tentera, polis, kastam, imigresen, anggota Angkatan Pertahanan Awam serta anggota RELA yang terlibat secara langsung dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan.

Elaun ini juga akan dibayar mulai 1 April 2020 sehingga wabak COVID-19 berakhir. Dianggarkan seramai 169,000 kakitangan tambahan akan mendapat manfaat ini.

KESIMPULAN

Semoga dengan SENARAI BANTUAN UNTUK FRONTLINE (BARISAN HADAPAN) ini memberi semangat dan dorongan kepada GOLONGAN FRONTLINE (BARISAN HADAPAN) untuk bersama-sama kerajaan bagi membendung penularan wabak Covid-19 di Malaysia.

Tags: #SENARAI BANTUAN UNTUK FRONTLINE (BARISAN HADAPAN) #SIAPAKAH GOLONGAN FRONTLINE (BARISAN HADAPAN)?

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    PERMOHONAN BARU RUMAH MESRA RAKYAT(RMR):BORANG & PENDAFTARAN SPNB ONLINE
    PERMOHONAN BARU RUMAH MESRA RAKYAT(RMR):BORANG & PENDAFTARAN SPNB ONLINE   Maklumat terkini tentang
    iSEJAHTERA (CARA DAFTAR,KEMASKINI & SEMAKAN PERMOHONAN BANTUAN KEBAJIKAN)
    iSEJAHTERA (CARA DAFTAR,KEMASKINI & SEMAKAN PERMOHONAN BANTUAN KEBAJIKAN)   APA ITU SISTEM iSEJAHTERA
    CARA MASUK ATAU KELUAR NEGERI SARAWAK & SABAH (TERKINI & SEMASA PKPB/PPN)
    CARA MASUK ATAU KELUAR NEGERI SARAWAK & SABAH (TERKINI & SEMASA PKPB/PPN) Jika
    CUTI MALAYSIA PENJAWAT AWAM:CARA BUAT TEMPAHAN & SENARAI PAKEJ
    CUTI MALAYSIA PENJAWAT AWAM:CARA BUAT TEMPAHAN & SENARAI PAKEJ   Tourism Malaysia hari

    Leave a reply "SENARAI BANTUAN UNTUK FRONTLINE (BARISAN HADAPAN)"