SENARAI DOKUMEN RENTAS NEGERI
Jika anda ingin merentas negeri,anda perlu mendapatkan kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).Bagaimanakah cara untuk mohon rentas negeri? Anda perlu sediakan senarai dokumen rentas negeri bagi memudahkan urusan anda diluluskan.
Orang ramai yang ingin membuat permohonan dinasihatkan supaya membuat temu janji lebih awal bagi mengelakkan kesesakan di balai polis.
TARIKH MULA PERGERAKAN RENTAS NEGERI
Pergerakan rentas negeri hanya dibenarkan bermula 1 Jun seperti arahan Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob.
Dapatkan Pas Perjalanan Pengangkutan Awam( My30) tanpa had RM30 selama 6-bulan
CONTOH SITUASI KECEMASAN DIBENARKAN MERENTAS NEGERI
Berikut adalah contoh situasi kecemasan seperti
- urusan temu duga,
- kematian ahli keluarga terdekat
- sakit tenat
- urusan keluar negara
- pemerikasaan bulanan di klinik/hospital dan situasi lain yang penting yang boleh dipertimbangkan oleh pihak PDRM.
LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DILAKUKAN SEBELUM HADIR KE BALAI POLIS BAGI PERMOHONAN MERENTAS NEGERI
Sebelum hadir ke balai polis, anda perlu ikuti langkah-langkah ini untuk memudahkan urusan rentas negeri :
1.Mempunyai alasan/sebab yang berkaitan dengan hal kecemasan,urusan kerja & pasangan suami isteri yang berjauhan
2.Membuat temujanji terlebih dahulu dengan menghubungi balai polis yang berdekatan.
3.Bawa surat permohonan, surat lain berkaitan, permit pergerakan dimuat turun dari Facebook PDRM yang lengkap diisi serta salinan kad pengenalan pemohon.
4.Pemohon perlu mengamalkan normal baharu
5.Bawa dan simpan dokumen rentas negeri dengan selamat
NOMBOR SIRI KELULUSAN RENTAS NEGERI DARI BALAI
Kelulusan diberikan balai polis dan satu salinan permohonan diberikan kepada pemohon serta nombor siri kelulusan dari balai berkaitan.
Polis akan memastikan setiap permohonan diterima membabitkan tujuan dibenarkan sahaja supaya pergerakan antara negeri berjalan lancar dan tidak menyulitkan pengguna jalan raya serta lebuh raya lain.
Polis berharap masyarakat dapat memberi kerjasama mematuhi arahan dikeluarkan kerajaan, menjaga keselamatan diri serta mengamalkan jarak sosial supaya dapat mengurangkan penularan wabak Covid-19.
Hari ini, kerajaan membenarkan rentas negeri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kepada pasangan suami isteri yang berjauhan, selain urusan kecemasan, kematian, perubatan, serta mereka yang bekerja berulang-alik antara negeri.
Untuk memudahkan anda, kami bina senarai checklist rentas negeri untuk memastikan tiada dokumen yang tercicir dan melancarkan urusan anda sepanjang aktiviti rentas negeri.
CHECKLIST URUSAN RENTAS NEGERI
Kami nasihatkan anda yang ingin melakukan pergerakan rentas negeri menyediakan senarai dokumen berikut untuk memastikan permohonan anda diterima.
Sediakan 2 salinan lebih selamat kerana pihak polis akan menyimpan 1 dokumen,1 dokumen lagi diberikan kepada pemohon.
SENARAI DOKUMEN RENTAS NEGERI
- Kad Pengenalan Asal ( jangan lupa bawa kad pengenalan)
- Surat Rasmi Permohonan Rentas Negeri, rujuk Contoh disini
- Surat Kebenaran Bekerja Sektor Awam /Swasta , rujuk Contoh disini
- Surat (Isteri/Suami bekerja di negeri lain,contoh surat akaun bekerja yang disediakan oleh majikan)
- Permit Pergerakan Rentas Negeri (perlu isi lengkap sebelum ke balai polis)
- Salinan Kad Pengenalan
Ramai juga cari BORANG KEBENARAN RENTAS NEGERI pdf, dokumen khusus untuk rentas negeri berdasarkan situasi pasangan terpisah, urusan kesihatan, bekerja dan kecemasan seperti kematian dan yang terbaru akad nikah.
Tags: #Cara Mohon Rentas Negeri Semasa PKP #CHECKLIST URUSAN RENTAS NEGERI #CONTOH SITUASI KECEMASAN DIBENARKAN MERENTAS NEGERI #LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DILAKUKAN SEBELUM HADIR KE BALAI POLIS BAGI PERMOHONAN MERENTAS NEGERI #NOMBOR SIRI KELULUSAN RENTAS NEGERI DARI BALAI #SENARAI DOKUMEN RENTAS NEGERI #TARIKH MULA PERGERAKAN RENTAS NEGERI
Nurshazni bin Din1 tahun ago
Utk pasangan pjj dokumen ape yg diperlukan