SENARAI HARGA DAN JENIS TOPENG MUKA DI MALAYSIA

SENARAI HARGA DAN JENIS TOPENG MUKA DI MALAYSIA

SENARAI HARGA DAN JENIS TOPENG MUKA DI MALAYSIA

Ekoran penyebaran wabak Covid-19 yang semakin meningkat, mula timbul kesedaran kepada masyarakat untuk membeli dan menyimpan stok topeng muka untuk digunakan seharian pada diri sendiri dan ahli keluarga.

Malangnya kini, stok topeng muka makin sukar untuk didapati dan peniaga pula menjual dengan harga yang tidak munasabah ekoran permintaan yang tinggi dan kesukaran untuk mendapatkan bekalan stok topeng muka. Untuk pengetahuan anda, topeng muka merupakan salah satu barang terkawal.

APAKAH MAKSUD BARANG TERKAWAL?

Maksud barang terkawal adalah ia mempunyai harga maksimum yang telah ditetapkan bagi 5 jenis topeng muka di bawah Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan 2011.

HARGA MAKSIMUM [BORONG & RUNCIT]  DAN JENIS TOPENG MUKA BAGI TOPENG MUKA YANG DITETAPKAN DI MALAYSIA

SENARAI HARGA DAN JENIS TOPENG MUKA DI MALAYSIA :

(i) Topeng muka (pembedahan/perubatan) satu lapisan (gelung telinga) – Harga borong RM5 sekotak , harga runcit RM7 sekotak

 

(ii) Topeng muka (pembedahan/perubatan) 2 lapisan (gelung telinga) – Harga Borong RM8 sekotak, harga runcit RM10 dan RM0.20 sen seunit

 

(iii)Topeng muka (pembedahan/perubatan) tiga lapisan (gelung telinga/gelung kepala) – harga borong RM25 sekotak, harga runcit RM0.80 sen seunit

 

(iv) Topeng muka (pembedahan/ perubatan) tiga lapisan (ikatan pada kepala) – harga borong RM30 sekotak, harga runcit RM0.80 sen seunit

 

(v) Topeng muka (pembedahan / perubatan) N95 – harga borong RM100 sekotak, harga runcit RM6 seunit

CARA SEGERA MEMBUAT ADUAN KEPADA KPDNHEP

Para pengguna juga boleh menyumbang kepada usaha ini dengan melaporkan kepada Kementerian melalui mana-mana 9 saluran aduan termasuk WhatsApp di 019-2794317 sekiranya mendapati mana-mana pihak yang menjual topeng muka melebihi harga kawalan.

Diharap, KPDNHEP akan membuat pemantauan berterusan dengan menjalankan pemeriksaan di seluruh negara dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang menaikkan harga topeng muka secara tidak munasabah berdasarkan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

KAEDAH PEMAKAIAN TOPENG MUKA YANG BETUL :

1.Sebaiknya, cuci tangan terlebih dulu dengan air dan sabun atau pensanitasi tangan.

2.Pastikan topeng muka yang ingin dipakai dalam keadaan baik dan tidak terdapat sebarang koyakan atau kebocoran.

3.Pastikan kedudukan topeng dalam keadaan betul. Sisi yang mengandungi jalur besi halus perlu berada di bahagian atas bagi menutup atas hidung dengan kemas apabila dibengkokkan.

4.Sisi yang berwarna perlu berada di bahagian luar, manakala sisi yang berwarna putih pula di bahagian dalam.

5.Sangkutkan pada telinga jika ia adalah topeng jenis sangkutan pada telinga manakala ikat pada belakang kepala jika ia adalah topeng jenis ikatan.

6.Bentukkan jalur besi topeng yang berada pada bahagian atas hidung mengikut bentuk hidung.

7.Tarik bahagian bawah topeng muka ke bawah bagi menutupi mulut dan dagu.

8.Gunakan topeng muka hanya untuk sekali penggunaan sahaja. Buang setelah digunakan.

 

KESEDARAN TENTANG KEUTAMAAN MEMAKAI TOPENG MUKA

1. Hanya pakai topeng penutup hidung dan mulut jika anda tidak sihat dan terpaksa keluar ke tempat awam bagi meminimumkan risiko kepada individu lain.

2. Menjaga ahli keluarga yang tidak sihat di rumah.

3. Pekerja kesihatan yang lebih memerlukan untuk menguruskan kesihatan orang awam di klinik dan hospital.

MAKLUMAT TERBARU DARIPADA KPDNHEP

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) :

1. Membenarkan import topeng muka bagi memastikan bekalan di negara ini mencukupi berkuat kuasa 19/03/2020.

2.Aktiviti mengeksport topeng muka juga dihentikan bagi mengelak bahan mentah berkurangan.

3.Kerajaan menetapkan harga siling bagi topeng muka dinaikkan kepada RM2 berbanding 80 sen sebelum ini kerana kekurangan bahan memproses serta berlaku kenaikan harga pada bahan asas.

 

 

Tags: #APAKAH MAKSUD BARANG TERKAWAL? #HARGA MAKSIMUM [BORONG & RUNCIT]  DAN JENIS TOPENG MUKA BAGI TOPENG MUKA YANG DITETAPKAN DI MALAYSIA #KAEDAH PEMAKAIAN TOPENG MUKA YANG BETUL #KESEDARAN TENTANG KEUTAMAAN MEMAKAI TOPENG MUKA #SENARAI HARGA DAN JENIS TOPENG MUKA DI MALAYSIA

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    LOG MASUK CIMS 3.0(miti.gov.my):PERMOHONAN SYARIKAT BEROPERASI SEMASA PKP
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinLOG MASUK CIMS 3.0(miti.gov.my): PERMOHONAN SYARIKAT BEROPERASI SEMASA PKP Kepada syarikat yang
    HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN 2021:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN (epenawaran.moe.gov.my)
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinHADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN 2021:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN (epenawaran.moe.gov.my) Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
    LESEN MOTOSIKAL TERENGGANU SEJAHTERA(LMTS) 2021:PERMOHONAN LESEN PERCUMA 
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinLESEN MOTOSIKAL TERENGGANU SEJAHTERA(LMTS) 2021:PERMOHONAN LESEN PERCUMA  Program lesen motosikal percuma diteruskan
    BONUS PENJAWAT AWAM & PESARA 2021:TARIKH BAYARAN BANTUAN KHAS PENJAWAT AWAM
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinBONUS PENJAWAT AWAM & PESARA 2021:TARIKH BAYARAN BANTUAN KHAS PENJAWAT AWAM Kepada

    Leave a reply "SENARAI HARGA DAN JENIS TOPENG MUKA DI MALAYSIA"