SENARAI MANFAAT PROGRAM SUBSIDI UPAH

SENARAI MANFAAT PROGRAM SUBSIDI UPAH
SENARAI MANFAAT PROGRAM SUBSIDI UPAH

Kerajaan juga akan memperkenalkan Program Subsidi Upah untuk membantu majikan mengekalkan pekerja. Dalam keadaan yang sukar ini, kerajaan  tidak mahu lihat pekerja dibuang kerja dan hilang pendapatan. Menerusi program ini Kerajaan akan menyediakan upah sebanyak RM600 sebulan bagi setiap pekerja untuk tempoh tiga bulan.

SYARAT PROGRAM SUBSIDI UPAH

-Program ini dikhususkan kepada pekerja yang berpendapatan di bawah RM4,000 dan majikan yang mengalami penurunan pendapatan lebih 50% sejak 1 Januari 2020.

-Majikan mesti memastikan mereka tidak membuang pekerja atau mengarahkan mereka mengambil cuti tanpa gaji bagi tempoh tiga bulan selepas program ini dilaksanakan.

-Selain itu, majikan juga tidak dibenarkan memotong gaji sedia ada perkerja.

Langkah ini dijangka memanfaatkan 3.3 juta orang pekerja dengan peruntukan sebanyak RM5.9 bilion.

PROGRAM SUBSIDI UPAH PEMANDU e-Hailing

Kerajaan  tahu pendapatan harian pemandu e-hailing sepenuh masa turut terjejas berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. Bagi meringankan beban mereka, Kerajaan akan memberikan bantuan secara one-off sebanyak RM500 kepada 120,000 pemandu e-hailing dengan peruntukan sebanyak RM60 juta.

PROGRAM SUBSIDI UPAH PEMANDU PEMANDU TEKSI

Dalam Pakej Rangsangan Ekonomi sebelum ini, kerajaan telah mengumumkan pemandu teksi akan menerima bayaran one-off sebanyak RM600 mulai 1 April 2020.

PROGRAM SUBSIDI UPAH PEKERJA KONTRAK PERKHIDMATAN

Bagi memastikan kebajikan pekerja yang terlibat dengan kontrak perkhidmatan seperti perkhidmatan pembersihan dan bekalan makanan bermasak di sekolah, IPTA, institusi latihan awam serta agensi-agensi lain Kerajaan termasuk badan berkanun,

 

Kerajaan bersetuju untuk membayar gaji yang ditanggung oleh kontraktor yang terlibat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan walaupun pekerja tidak hadir bekerja. Lebih 80,000 pekerja akan menerima manfaat daripada inisiatif ini yang melibatkan peruntukan berjumlah RM110 juta.

Selain itu, Kerajaan juga bersetuju untuk memanjangkan tempoh kontrak perkhidmatan yang berkenaan selama sebulan sebagai trade-off dengan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

KESIMPULAN

Diharap SENARAI MANFAAT PROGRAM SUBSIDI UPAH dapat membantu pekerja yang terjejas ekoran penularan Covid-19 di negara kita yang menyebabkan kerajaan terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan  Pergeran(PKP) selama satu bulan( 2 minggu + 2 minggu).

Tags: #Perintah Kawalan  Pergeran(PKP) #PROGRAM SUBSIDI UPAH PEKERJA KONTRAK PERKHIDMATAN #PROGRAM SUBSIDI UPAH PEMANDU e-Hailing #PROGRAM SUBSIDI UPAH PEMANDU PEMANDU TEKSI #SENARAI MANFAAT PROGRAM SUBSIDI UPAH #SYARAT PROGRAM SUBSIDI UPAH

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    PERMOHONAN BARU RUMAH MESRA RAKYAT(RMR):BORANG & PENDAFTARAN SPNB ONLINE
    PERMOHONAN BARU RUMAH MESRA RAKYAT(RMR):BORANG & PENDAFTARAN SPNB ONLINE   Maklumat terkini tentang
    iSEJAHTERA (CARA DAFTAR,KEMASKINI & SEMAKAN PERMOHONAN BANTUAN KEBAJIKAN)
    iSEJAHTERA (CARA DAFTAR,KEMASKINI & SEMAKAN PERMOHONAN BANTUAN KEBAJIKAN)   APA ITU SISTEM iSEJAHTERA
    CARA MASUK ATAU KELUAR NEGERI SARAWAK & SABAH (TERKINI & SEMASA PKPB/PPN)
    CARA MASUK ATAU KELUAR NEGERI SARAWAK & SABAH (TERKINI & SEMASA PKPB/PPN) Jika
    CUTI MALAYSIA PENJAWAT AWAM:CARA BUAT TEMPAHAN & SENARAI PAKEJ
    CUTI MALAYSIA PENJAWAT AWAM:CARA BUAT TEMPAHAN & SENARAI PAKEJ   Tourism Malaysia hari

    Leave a reply "SENARAI MANFAAT PROGRAM SUBSIDI UPAH"