SKIM BANTUAN JAYADIRI (LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH):CARA PERMOHONAN & SEMAKAN KELAYAKAN

SKIM BANTUAN JAYADIRI (LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH):CARA PERMOHONAN & SEMAKAN KELAYAKAN

SKIM BANTUAN JAYADIRI

APA ITU SKIM BANTUAN JAYADIRI

Skim Bantuan Jayadiri (bantuan perniagaan) bagi tahun 2020 telah dibuka khas buat para usahawan dan para peniaga di Kedah.

Bantuan yang diperkenal oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) sejak sekian lama ini adalah untuk membantu membangunkan ekonomi khususnya para asnaf di luar sana.

TUJUAN SKIM BANTUAN JAYADIRI LZNK

Antara hasrat LZNK dalam menyalurkan Bantuan Jayadiri atau Bantuan Perniagaan ini adalah sebagai salah satu platform kepada asnaf untuk berusaha mengeluarkan diri masing-masing dari kepompong kemiskinan.

Di samping itu, Zakat Kedah juga berhasrat agar asnaf yang menerima bantuan ini akan menjadi salah seorang daripada pembayar zakat pada satu hari nanti dan sekaligus dapat membantu asnaf lain di luar sana yang memerlukan bantuan zakat.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang syarat kelayakan dan cara permohonan Skim Bantuan Perniagaan Jayadiri oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah ini, sila rujuk maklumat sepenuhnya di bawah ini.

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN

Syarat kelayakan bagi memohon skim bantuan ini adalah seperti berikut:

  • Beragama Islam.
  • Bentuk perniagaan mestilah DIBENARKAN dari segi syarak dan undang-undang.
  • Sedang menjalankan perniagaan dan mempunyai potensi untuk maju.

Baca tentang BANTUAN JKM 2020/2021:DAFTAR,CARA PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS PEMBAYARAN ONLINE

CARA PERMOHONAN SKIM BANTUAN JAYADIRI

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah berikut:

  • Layari www.zakatkedah.com.my
  • Klik Menu Agihan -> Senarai Bantuan -> Bantuan Perniagaan Jayadiri
  • Pemohon perlu mengemukakan sebutharga / spesifikasi barangan / peralatan yang dimohon dengan jelas.
  • Perlu mengemukakan Salinan Pendaftaran Perniagaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) (jika ada).

WAJIB mengemukakan LAPORAN BERGAMBAR seperti:

  1. a) Rumah pemohon
  2. b) Bengkel/kedai semasa
  3. c) Peralatan – peralatan sedia ada

Mengemukakan sijil / kursus berkonsepkan perniagaan / keusahawanan (jika ada).

Wajib mengisi dengan JELAS semua ruangan di dalam Borang Bantuan LZNK.

Wajib mengemukakan salinan kad pengenalan pasangan dan tanggungan (jika ada).

Borang yang LENGKAP hendaklah mempunyai cop pengesahan Penolong Amil kariah dan diserahkan bersama semua dokumen-dokumen sokongan kepada Penolong Amil atau Pejabat Zakat Daerah.

NOTA PENTING:

  1. LZNK berhak MENOLAK permohonan sekiranya didapati tidak mengikut syarat-syarat atau maklumat yang diberikan TIDAK BENAR/
  2. LZNK akan MEMBUAT PEMANTAUAN keatas premis perniagaan pemohon dari semasa ke semasa untuk memastikan perniagaan berjalan dengan baik.

Sehubungan itu, pihak pemohon hendaklah memberi KERJASAMA.

PROSES SIASATAN & KELULUSAN

Setiap permohonan yang lengkap akan menjalani proses berikut:

  • Siasatan oleh Penolong Amil atau kakitangan Pejabat Zakat Daerah ke tapak aktiviti perniagaan yang dijalankan.
  • Pegawai Zakat Daerah hendaklah memastikan kesemua syarat-syarat dipenuhi sebelum meluluskan/menyokong permohonan tersebut.
  • Pegawai Zakat Daerah hendaklah memberi ulasan yang jelas mengenai kelayakan pemohon.

KAEDAH AGIHAN BANTUAN

Kaedah agihan bantuan dilaksanakan melalui cara berikut:

  • Bayaran melalui cek / Electronic Funds Transfer (EFT) terus kepada pemohon sebagai modal pusingan.
  • Bayaran melalui kaedah perolehan. Peralatan/barang akan dihantar kepada pemohon.

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan Skim Bantuan Perniagaan Jayadiri oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah ini, sila salurkan pertanyaan anda melalui Pejabat Zakat Daerah Masing-masing

ATAU

Bahagian Pembangunan Asnaf Lembaga Zakat Negeri Kedah

No Telefon : 04-7331740

Alamat : Aras 5, Menara Zakat, Jalan Teluk Wan Jah, 05200 Alor Setar, Kedah

Email : [email protected]

Facebook : Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman

Tags: #CARA PERMOHONAN SKIM BANTUAN JAYADIRI #SKIM BANTUAN JAYADIRI

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    eRumah Johor 2022:DAFTAR,PERMOHONAN & SEMAKAN RUMAH MAMPU MILIK JOHOR
    eRumah Johor 2022:DAFTAR,PERMOHONAN & SEMAKAN RUMAH MAMPU MILIK JOHOR   APA ITU eRumah
    ePenyata Gaji ANM :SEMAKAN SLIP GAJI/PAYSLIP (Bulan Disember 2022)
    ePenyata Gaji ANM :SEMAKAN SLIP GAJI/PAYSLIP (Bulan Disember 2022)   APA ITU ePenyata
    TESP MARA 2022 (Permohonan & Semakan Status Tajaan)
    TESP MARA 2022 (Permohonan & Semakan Status Tajaan)   Majlis Amanah Rakyat (MARA)
    DELIMa KPM 2022 (Cara Log Masuk Guna ID)
    DELIMa KPM 2022 (Cara Log Masuk Guna ID)   APA ITU DELIMa KPM
    1. author

      mohamad aliff bin jaafar1 tahun ago

      cik boleh saya mohon bantuan kecemasan.untuk saya selesaikan hutang.saya berniaga sendiri.saya buntu tak dapat selesaikan hutang.hari2 saya tertekan.saya betul2 buntu

      Reply
    2. author

      mohamad aliff bin jaafar1 tahun ago

      bokeh tak terangkan dekat saya.macam mana saya nak mohon bantuan.perniagaan saya betul2.terjejas.saya tak dapat selesaikan hutang2 dengan individu prmberi pinjaman ini.hari2 saya digangu

      Reply
    3. author

      mohamad aliff bin jaafar1 tahun ago

      saya menetap di langkawi kedah..isteri saya orang langkawi kedah.mohon bantuan segera cik.saya betul2.memerlukan.saya dah tak ada jalan penyelesaian

      Reply
    4. author

      ABDULLAH BIN ISMAIL5 bulan ago

      Saya mohon modal untuk menjalankan kembali perniagaan saya.

      Reply
    5. author

      Ruwaida syahira bt haron3 bulan ago

      Assalamualaikum pegawai dah datang melawat cuma saya tidak tahu status permohonan saya sekarang

      Reply

    Leave a reply "SKIM BANTUAN JAYADIRI (LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH):CARA PERMOHONAN & SEMAKAN KELAYAKAN"