SKIM BANTUAN KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM(UA)/POLITEKNIK(Anak-Anak Veteran ATM)

SKIM BANTUAN KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM(UA)/POLITEKNIK(Anak-Anak Veteran ATM)

BANTUAN KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM(UA)POLITEKNIK

 

APA ITU JABATAN HAL EHWAL VETERAN ATM(JHEV)

Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang tidak berpencen, digesa mendaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM bagi membolehkan pelbagai bantuan disalurkan kepada mereka. Antaranya ialah skim bantuan kemasukan ke universiti awam(ua)/politeknik(anak-anak veteran atm)

Bagaimana cara untuk membuat permohonan?  Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU SKIM BANTUAN KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM(UA)/POLITEKNIK

Bantuan bagi meringankan beban kewangan ketika pendaftaran kemasukan ke Universiti dan juga sebagai galakan dan motivasi untuk meneruskan pengajian di peringkat lebih tinggi. Insentif berjumlah RM1000 ditawarkan bagi kemasukan ke Universiti, IPTS, Politeknik, Matrikulasi dan Asasi Sains untuk anak-anak veteran ATM.

 

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM (UA) / POLITEKNIK

Berikut adalah merupakan syarat umum dan syarta khusus kelayakan permohonan:

Syarat Umum

  1. Veteran ATM (bekas anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia, bekas Tentera British yang berkhidmat di Malaya / Malaysia atau Singapura termasuk Ranger di Sarawak, bekas ahli Pasukan 136 dan bekas Askar Wataniah yang dikerah sepenuh masa) tanpa mengira tempoh khidmat termasuk tanggungan mereka.
  2. Balu kepada Veteran ATM yang dikahwini dalam perkhidmatan.
  3. Anak-anak yatim Veteran ATM yang berumur di bawah 18 tahun.
  4. Tidak diberhentikan dibawah kes tatatertib.
  5. Veteran ATM bermaustautin di kediaman tersebut.
  6. Permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh setahun dari tarikh kejadian

Syarat khusus

  1. Dihadkan kepada Universiti Awam (UA) dan Politeknik sahaja.
  2. Pengajian yang diikuti hendaklah sepenuh masa di peringkat Diploma atau Ijazah Pertama.
  3. Permohonan hedaklah dibuat dalam tempoh satu (1) tahun pertama kemasukan / pendaftaran ke UA / Politeknik.
  4. Setiap anak hanya layak menerima satu bantuan sahaja samada di peringkat Diploma atau Ijazah Pertama.
  5. Umur bagi anak veteran ATM hendaklah tidak melebihi 23 tahun ketika pendaftaran / kemasukan ke UA / Politeknik.
  6. Semua kursus pengajian di IPT luar Negara TIDAK LAYAK dipertimbangkan.
  7. Semua kursus pengajian professional TIDAK LAYAK dipertimbangkan.
  8. Kursus yang berbentuk latihan yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan adalah TIDAK LAYAK.
    • Contoh: Kursus Pra Diploma / Asasi, latihan ketenteraan, kursus perguruan, separa perubatan, institut kemahiran).

 

KADAR BANTUAN

Kadar bantuan secara pembayaran sekaligus adalah:

  • RM1,000 untuk pengajian peringkat Diploma.
  • RM1,500 untuk pengajian peringkat Ijazah Pertama.

 

CARA MOHON SKIM BANTUAN KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM(UA)/POLITEKNIK

Berikut adalah cara  untuk memohon:

  • Muat turun dan lengkapkan borang berikut : Borang Permohonan Bantuan Kebajikan (JHEVBK2019)
  • Borang permohonan hendaklah diisi sendiri oleh pemohon atau warisnya. Semua keterangan dan butir-butir yang diberikan hendaklah tepat, betul serta benar dan pemohon bertanggungjawab atas segala laporan yang diberikan.
  • Semua permohonan mesti dimajukan melalui Pejabat JHEV Cawangan Negeri di mana pemohon itu menetap.
  • Permohonan akan disiasat untuk mengesahkan maklumat yang diberikan.
  • Permohonan akan dipertimbangkan untuk kelulusan panel Mesyuarat Jawatankuasa Kebajikan dan Pendidikan JHEV (JKKP).

 

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN 

Semakan status permohonan boleh dibuat di Sistem Semakan Permohonan Kebajikan JHEV.

Baca tentang SEMAKAN KEPUTUSAN KEMASUKAN TINGKATAN 6 2020

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Untuk maklumat lanjut sila layari www.jhev.gov.my atau hubungi talian Call Centre JHEV di 03-26976600 atau JHEV Cawangan Negeri berdekatan atau muat turun dokumen berikut:

2 thoughts on “SKIM BANTUAN KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM(UA)/POLITEKNIK(Anak-Anak Veteran ATM)”

Leave a Comment