SKIM BANTUAN MELANJUTKAN PELAJARAN KE IPT

SKIM BANTUAN MELANJUTKAN PELAJARAN KE IPT
SKIM BANTUAN MELANJUTKAN PELAJARAN KE IPT


SKIM BANTUAN MELANJUTKAN PELAJARAN KE IPT

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan(MAIK)  telah lama menyediakan bantuan zakat melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT)  secara One-off.

MAIK telah membangunkan Sistem Permohonan Melanjutkan Pelajaran Ke IPT bagi Program lepasan diploma dan ijazah secara online. Anda boleh mengisi SKIM BANTUAN MELANJUTKAN PELAJARAN KE IPT secara online sahaja.

Terdapat 2 jenis SKIM BANTUAN MELANJUTKAN PELAJARAN KE IPT :

1.Bantuan Am Pelajaran Institut Pengajian Tinggi

2.Bantuan Melanjutkan Pelajaran ke Luar Negara

Tujuan bantuan zakat melanjutkan pengajian ke IPT ini diperkenalkan adalah untuk membantu meringankan beban golongan asnaf melanjutkan pengajian ke peringkat pengajian tinggi secara tidak langsung mampu mengubah masa depan mereka.

Baca tentang : https://kekandamemey.com/program-food-bank-malaysia.html

SYARAT-SYARAT AM MEMOHON :

-Pemohon hendaklah terdiri daripada golongan asnaf yang layak menerima zakat.

-Keutamaan diberikan kepada pemohon peranakan Kelantan

-Beragama Islam.

SYARAT-SYARAT KHUSUS MEMOHON :

-Merupakan bantuan untuk melanjutkan pelajaran ke IPT bagi pelajar semester satu sahaja.

-Pemohon layak memohon sebelum tarikh daftar atau selewat-lewatnya 2 bulan selepas tarikh pendaftaran di institusi pengajian masing-masing.

-Pemohon terdiri daripada golongan asnaf fakir, miskin dan fisabilillah.

-Kadar maksimum pendapatan isi rumah mengikut tanggungan keluarga adalah sebagaimana berikut:

  • Pendapatan Kasar< RM 1000 = 1 Tanggunggan
  • Pendapatan Kasar RM 1000 – RM 1500 = 2 Tanggunggan
  • Pendapatan Kasar RM 1500 – RM 2000 = 4 Tanggunggan
  • Pendapatan Kasar RM 2000 – RM 2500 = 5 Tanggunggan
  • Pendapatan Kasar RM 2500 – RM 3000 = 6 Tanggunggan
  • Pendapatan Kasar RM 3000 – RM 3500 = 8 Tanggunggan

-Tiada tajaan dan bantuan daripada badan atau agensi yang berkaitan.

-Bidang pengajian yang memberi manfaat dan tidak menyalahi hokum syara’.

-Bantuan diberikan sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian di IPT.

Kadar bantuan :

Pengajian peringkat Ijazah – RM 2,500.00

Pengajian peringkat Diploma – RM 1,700.00

-Permohonan terbuka untuk Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa sahaja.

-Tarikh hantar borang permohonan selewat-lewatnya 1 bulan dari tarikh memohon.

-Permohonan bantuan  zakat ke  IPT  boleh dibuat sebelum tarikh pendaftaran dan selewat-lewatnya dua bulan selepas tarikh pendaftaran ke IPT  tersebut.

-Permohonan yang tidak jelas dan tidak lengkap dan mengandungi maklumat palsu akan ditolak.

Dokumen-dokumen berikut yang diperlukan :

Salinan Kad Pengenalan / Surat Beranak pemohon.

Salinan Surat Tawaran IPT.

Salinan Penyata Akaun Bank Islam Atau Bank Simpanan Nasional.

Salinan Kad Pengenalan/Surat Beranak ibubapa @ penjaga.

Salinan Kad Pengenalan / Surat Beranak Tanggungan ibubapa @ penjaga.

Salinan surat mati/surat cerai ibubapa @ penjaga (jika berkaitan).

Salinan Slip gaji ibubapa @ penjaga sekiranya kerajaan @ institusi yang mengeluarkan slip gaji.

Salinan Slip pencen sekiranya bersara.

BERIKUT ADALAH PROSES PERMOHONAN :
1. Isi permohonan online dan hantar permohonan disini http://ipt-online.e-maik.my/frmlogin.aspx

2.Cetak borang permohonan. Dapatkan sokongan daripada pihak berkenaan seperti Iman dan Penghulu.

3.Serah borang  bersama dokumen berkenaan ke MAIK.

Leave a Comment