SKIM BANTUAN RUMAH LZNK:PERMOHONAN PEMBIAYAAN RM45,000(Bayaran RM280 Sebulan)

SKIM BANTUAN RUMAH LZNK:PERMOHONAN PEMBIAYAAN RM45,000(Bayaran RM280 Sebulan)

SKIM BANTUAN RUMAH LZNK

 

Kepada yang layak,boleh mohon Skim Bantuan Rumah Lembaga Zakat Negeri Kedah & BIMB melalui Pembiayaan Peribadi-i Asnaf Zakat.

APA ITU SKIM BANTUAN RUMAH LZNK?

 

SKIM BANTUAN RUMAH LZNK

Skim bantuan ini khusus untuk rakyat negeri Kedah yang mempunyai gaji/elaun tetap bulanan antara RM1200 hingga RM1500.

Skim bantuan ini merupakan kerjasama strategik bersama Bank Islam Malaysia Berhad membiayai perumahan asnaf melalui Pembiayaan Peribadi – i (Asnaf Zakat).

bila DUIT BPR FASA 2 masuk ?

SEMAKAN KELAYAKAN SKIM BANTUAN RUMAH LZNK

Berikut adalah syarat kelayakan:

  • Individu beragama Islam,
  • Warganegara Malaysia dan bermastautin serta bekerja di Negeri Kedah (sekurangkurangnya (2) dua tahun)
  • Setiap pemohon dan pasangan hendaklah bergaji/elaun tetap tidak kurang daripada
  • RM1,200.00 dan tidak melebihi RM1,500.00 sebulan serta mempunyai Slip Gaji.
  • (pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000.00)
  • Berumur 25 tahun sehingga 40 tahun pada tarikh permohonan dan telah berkahwin.
  • Bukan penghutang penghakiman atau muflis.
  • Pemohon mempunyai geran tanah sendiri atau mendapat kebenaran daripada tuan
  • Tapak binaan rumah hendaklah selamat didiami dan bukan di kawasan tanah rizab, tepi
  • sungai, tanah jerlus, atau di kawasan-kawasan yang boleh membahayakan penghuni
  • Melepasi tapisan kelayakan daripada LZNK dan BIMB

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Berikut adalah dokumen yang diperlukan untuk permohonan:

Borang permohonan ini mestilah diisi menggunakan HURUF BESAR

Dokumen utama seperti yang dinyatakan perlu disertakan bersama borang permohonan ini iaitu:

  • Salinan Kad Pengenalan pemohon (Depan & Belakang).
  • Salinan Kad Pengenalan / surat lahir bagi semua tanggungan / surat perakuan bagi anak angkat atau anak tiri.
  • Salinan sijil perkahwinan, surat cerai / sijil cerai / sijil kematian suami / isteri (jika berkenaan).
  • Salinan slip gaji, penyata pendapatan, surat pengesahan pendapatan dan sebagainya (jika berkenaan)
  • Bil Elektrik, Air, Telefon dan Lain-lain bil (jika berkenaan)
  • Salinan geran tanah bagi tujuan pembinaan rumah

Salinan Geran Tanah

  • Salinan Geran Tanah atas nama pemohon diutamakan
  • Surat perjanjian akuan bersumpah (jika tanah milik orang lain/nyatakan hubungan
  • pemilik tanah dengan pemohon)
  • Akuan pemohon/pihak kedua/waris dan saksi-saksi (ditanda-tangani di setiap helaian
  • bawah surat perjanjian dan ruangan akuan surat tersebut)
  • Surat kebenaran perjanjian menduduki tanah boleh dipohon di Pejabat Zakat yang berdekatan.

Gambar Rumah Pemohon

  • Gambar keadaan rumah semasa (4x penjeru, dalam-belakang-tepi-depan)
  • Gambar tapak rumah

Hanya borang permohonan yang telah diisi lengkap dan ditandatangani pemohon sahaja akan dipertimbangkan.

TARIKH PERMOHONAN SKIM BANTUAN RUMAH LZNK

Tarikh permohonan : 3 Mei 2021-3 Julai 2021

MUAT TURUN BORANG SKIM BANTUAN RUMAH LZNK

Dapatkan borang permohonan dengan muat turun di laman web rasmi LZNK www.zakatkedah.com.my

(Muat turun>Borang>Bantuan Rumah Peribadi-i Asnaf)

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Jika anda ingin maklumat lanjut, sila hubungi :

Bahagian Operasi Agihan, Jabatan Agihan & Pembangunan Asnaf,Aras 3, Menara Zakat, Jalan Telok Wan Jah,05200 Alor Setar

No Tel : 04-7331740

Leave a Comment