SKIM BIASISWA PENGAJIAN TINGGI(SBPT):PERMOHONAN SBPT  YAYASAN WILAYAH PERSEKETUAN 2020/2021

SKIM BIASISWA PENGAJIAN TINGGI(SBPT):PERMOHONAN SBPT  YAYASAN WILAYAH PERSEKETUAN 2020/2021

SKIM BIASISWA PENGAJIAN TINGGI

Yayasan Wilayah Persekutuan menawarkan Skim Biasiswa Pengajian Tinggi (SBPT) Yayasan Wilayah Persekutuan.

Biasiswa ini ditawarkan kepada anak-anak Wilayah Persekutuan terutama daripada keluarga berpendapatan rendah di Wilayah Persekutuan yang berjaya melanjutkan pengajian ke Universiti Awam sepenuh masa di peringkat IJAZAH PERTAMA bagi kemasukan semester pertama sesi 2020/2021.

SEMAKAN SYARAT KELAYAN MEMOHON SBPT

  • Warganegara Negara Malaysia
  • Lahir & menetapkan di Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur (KL), Putrajaya & Labuan)
  • Pemohon/ ibu/ bapa merupakan pengundi di Wilayah Persekutuan
  • Pendapatan perkapita keluarga TIDAK MELEBIHI RM1,000.00 sebulan
  • Tidak mendapat tajaan atau bantuan kewangan daripada badan penaja lain

Tawaran tertakluk kepada:

  • Penerimaan tawaran pengajian daripada IPT Awam
  • Kemasukan ke semester 1, tahun 1

KELAYAKAN AKADEMIK

Sekurang-kurangnya mendapat 5A dan lulus semua matapelajaran dalam peperiksaan SPM.

Sekurang-kurangnya mendapat purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.30 dan lulus semua

matapelajaran dalam peperiksaan STPM/Matrikulasi/Asasi/Pra-Universiti/Foundation atau Diploma.

ARAHAN

Pastikan Borang Permohonan diisi dengan lengkap dan semua maklumat hendaklah ditulis dengan pen dalam HURUF BESAR.

Sila sertakan bersama gambar terbaru pemohon berukuran

Sila lampirkan salinan dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A atau setaraf dengan cop rasmi sebagai tanda benar:-

  • Surat Beranak.
  • Kad pengenalan pemohon dan ibubapa / penjaga.
  • Penyata gaji / slip pencen terbaru ibubapa / penjaga serta
  • surat akuan bersumpah bagi mereka yang bekerja sendiri /
  • tidak bekerja.
  • Surat tawaran kemasukan ke IPTA
  • Keputusan / transkrip peperiksaan :SPM,STPM/Matrikulasi/Asasi/Pra-Universiti/Foundation atau Diploma

PERINGATAN

Permohonan ini akan ditolak sekiranya didapati mana-mana bahagian dari maklumat yang diberi tidak benar.

Pemohon-pemohon yang DISENARAI PENDEK sahaja yang akan dihubungi oleh pihak Yayasan Wilayah Persekutuan untuk temuduga.

Sila catatkan “Skim Biasiswa Pengajian Tinggi”pada penjuru atas sebelah kiri sampul surat.

Baca tentang SENARAI INISIATIF WILAYAH PRIHATIN UNTUK PENGHUNI PA & PPR

TARIKH TUTUP PERMOHONAN SBPT

Tarikh tutup permohonan 7 SEPTEMBER 2020.

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN SBPT

Sekirannya anda layak dan memenuhi syarat borang permohonan boleh dimuat turun melalui Borang Permohonan SBPT

MAKLUMAT LANJUT  & PERTAYAAN

Sila rujuk gambar dibawah untuk maklumat lanjut

SKIM BIASISWA PENGAJIAN TINGGI

Tags: #SKIM BIASISWA PENGAJIAN TINGGI(SBPT):PERMOHONAN SBPT  YAYASAN WILAYAH PERSEKETUAN 2020/2021

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    BANTUAN ZAKAT KECEMASAN MAIWP 3.0:CARA PERMOHONAN BANTUAN RM500
    BANTUAN ZAKAT KECEMASAN MAIWP 3.0:CARA PERMOHONAN BANTUAN RM500 APA ITU BANTUAN ZAKAT KECEMASAN
    SKIM PEMBIAYAAN TEKUN MOBILEPRENEUR 4.0:CARA MOHON ONLINE & BORANG PERMOHONAN
    SKIM PEMBIAYAAN TEKUN MOBILEPRENEUR 4.0:CARA MOHON ONLINE & BORANG PERMOHONAN Sebelum ini terdapat
    CARA TERMINATE ASB LOAN(MAYBANK,CIMB,RHB)
    CARA TERMINATE ASB LOAN(MAYBANK,CIMB,RHB)     Jika anda ingin membuat penstrukturan semula kewangan
    DAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KEPUTUSAN RMMT 2021
    DAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KEPUTUSAN RMMT 2021   Kerajaan negeri Terengganu telah mengumumkan

    Leave a reply "SKIM BIASISWA PENGAJIAN TINGGI(SBPT):PERMOHONAN SBPT  YAYASAN WILAYAH PERSEKETUAN 2020/2021"