SKIM i-SINAR:CARA MOHON PENGELUARAN i-SINAR KWSP RM10,000

SKIM i-SINAR:CARA MOHON PENGELUARAN i-SINAR KWSP RM10,000

SKIM i-SINAR

Kerajaan telah mengumumkan SKIM i-SINAR pada hari ini bahawa ahli yang terjejas pendapatan dapat mengeluaran i-SINAR akaun 1 KWSP sebanyak RM10,000.

Kepada yang layak, sila buat PERMOHONAN i-SINAR ONLINE melalui (isinar.kwsp.gov.my)

SYARAT PERMOHONAN i-SINAR

Berikut adalah syarat lama permohonan i-SINAR

  • Berumur 55 tahun dan ke bawah
  • Ahli atau pencarum yang diberhentikan kerja atau ditangguh bayaran gaji
  • Ahli Aktif KWSP,mempunyai sekurang-kurang 1 bulan caruman mulai Mac 2019 sehingga Februari 2020
  • Tiada caruman dalam tempoh 2 bulan semasa permohonan

TERKINI: Sila buat SEMAKAN i-SINAR KATEGORI 1 ATAU 2 (perincian KWSP terbaru)

Berikut adalah syarat terbaru permohonan i-SINAR

  • Ahli yang terjejas pendapatan tidak kira hilang pekerjaan atau terkurang pendapatan.
  • Ahli daripada semua sektor yang terjejas juga layak untuk membuat permohonan pengeluaran i-Sinar RM10,000 jika baki akaun 1 KWSP mencukupi.

KADAR PENGELUARAN i-SINAR KWSP

Akses yang dibenarkan bagi kemudahan i-Sinar ini sebanyak RM10,000 daripada akaun 1 KWSP

Pihak KWSP akan mengkreditkan wang tersebut kepada ahli berdasarkan syarat yang akan diumumkan secara terperinci dalam masa terdekat.

Namun demikian,ahli yang mempunyai baki yang mencukupi dalam akaun 1 KWSP layak membuat pengeluaran i-SINAR

CARA MOHON SKIM i-SINAR KWSP RM10,000

PERMOHONAN SKIM i-SINAR KWSP SECARA ONLINE

  • Permohonan boleh dibuat melalui i-AKAUN KWSP atau melalui PORTAL i-SINAR

PERMOHONAN SKIM i-SINAR KWSP SECARA OFLINE

Permohonan i-SINAR KWSP juga boleh dibuat melalui hadir ke cawangan LHDN KWSP untuk menunjukkan dokumen bukti ahli yang terjejas pendapatan.

MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN UNTUK MENGISI PORTAL i-SINAR

 

Berikut adalah maklumat penting yang diperlukan untuk mengisi permohonan i-SINAR:

  • Nama Penuh
  • No Kad Pengenalan
  • No Ahli KWSP
  • Nama Bank dan Nombor Akaun Bank
  • Nombor Telefon
  • Jumlah Pengeluaran

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Jika ada pertayaan tentang i-Sinar, sila hubungi pihak KWSP di talian 03-8922 6000 atau melayari https://www.kwsp.gov.my/ untuk mendapatkan maklumat lanjut.

12 thoughts on “SKIM i-SINAR:CARA MOHON PENGELUARAN i-SINAR KWSP RM10,000”

Leave a Comment