SKIM KESIHATAN WANITA SELANGOR SKWS 2020:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN KELULUSAN
Kerajaan Negeri Selangor telah mewujudkan satu program berkaitan penjagaan kesihatan wanita di Selangor iaitu Skim Kesihatan Wanita Selangor (SKWS).
Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk memastikan kesihatan wanita terjaga dan dalam keadaan optimum.
Kempen utama di bawah SKWS dengan menyediakan pemeriksaan Mammogram percuma bagi wanita Selangor berumur 50 tahun ke atas.
Penyediaan khidmat pemeriksaan Mammogram percuma ini adalah untuk mencapai matlamat adalah ‘1 Juta Wanita Selangor Sihat’ yang disasarkan oleh kerajaan negeri.
SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN SKIM KESIHATAN WANITA SELANGOR(SKWS) 2020
- Wanita warganegara Malaysia berumur 50 tahun ke atas
- Pengundi berdaftar di Negeri Selangor.
- Lahir dan sedang menetap di Negeri Selangor.
- Bagi yang tidak lahir di Negri Selangor, mereka perlu sekurang-kurangnya bermastautin di Negeri Selangor secara sah sekurang-kurangnya 10 tahun.
- Pemohon perlu mendapatkan cop pengesahan taraf mastautin daripada pengesah yang dibenarkan dan berdekatan dengan tempat tinggal sahaja
Jawatan pengesah yang dibenarkan untuk cop pengesahan adalah seperti berikut:
- Ahli Parlimen Selangor
- ADUN Selangor
- Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal
- Penghulu/Ketua Kampung
- Pengerusi Taman Perumahan/Ketua Blok
- Ketua Komuniti/Nazir Masjid
CARA PERMOHONAN SKIM KESIHATAN WANITA SELANGOR(SKWS) 2020
- Permohonan perlu dibuat secara online di Laman Web Rasmi YAWAS iaitu http://skw.yawas.my/
- Tekan bahagian ‘permohonan online’ dan masukkan maklumat yang dikehendaki.
- Pemohon perlu menghantar dokumen kepada Pejabat Yawas.
- Pemohon kemudiannya boleh menyemak status permohonan di Laman Web Rasmi SKWS.
SEMAKAN KELULUSAN PERMOHONAN SKWS 2020
Boleh semak kelulusan permohonan SKWS 2020 pada portal rasmi YAWAS iaitu http://skw.yawas.my/
PROSES PERMOHONAN SKWS 2020
JIKA ANDA LAYAK SKIM SKWS
Semua pemohon yang layak akan menjalani pemeriksaan mammogram terlebih dahulu. Pemeriksaan ultrasound dan biopsi hanya akan dijalankan apabila peserta mendapatkan nasihat oleh pihak doktor/pakar perubatan sahaja.
Baca tentang INISIATIF RODA DARUL EHSAN RiDE 2020 : PENDAFTARAN PROGRAM RIDE
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Pemohon yang mempunyai pertanyaa atau info lanjut boleh hadir ke pejabat Yayasan Warisan Anak Selngor (YAWAS) yang beralamat di:
Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor,Lot 4, Jalan Platinum 7/52,Seksyen 7, Persiaran Kayangan,40000 Shah Alam, Selangor.
Pemohon juga boleh menghubungi pihak YAWAS di talian 03 5481 8839/03 5481 8835 atau menghantar emel ke alamat: [email protected]
Tags: #CARA PERMOHONAN SKIM KESIHATAN WANITA SELANGOR(SKWS) 2020 #PROSES PERMOHONAN SKWS 2020 #SEMAKAN KELULUSAN PERMOHONAN SKWS 2020 #SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN SKIM KESIHATAN WANITA SELANGOR(SKWS) 2020 #SKIM KESIHATAN WANITA SELANGOR(SKWS) 2020
Hemavathi a/p Katessan5 months ago
Permohonan baru