SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE):PERMOHONAN BANTUAN RM100 UNTUK WARGA  EMAS & OKU

SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE):PERMOHONAN BANTUAN RM100 UNTUK WARGA  EMAS & OKU

SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE)

APA ITU SKIM MESRA USIA EMAS

Skim ini dilancarkan pada bulan Ogos 2008 dan secara rasmi mula beroperasi pada 1 Oktober 2008.

Sebelum ini Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dikenali sebagai sebuah skim khairat kematian untuk warga emas dan OKU yang layak dengan nilai sebanyak RM 2,500.

Walaubagaimanapun, mulai 1 Mei 2019, program khairat kematian telah dihentikan dan digantikan dengan pemberian manfaat semasa hidup untuk semua ahli yang berdaftar di bawah skim ini.

Baca tentang INISIATIF RODA DARUL EHSAN RiDE 2020 : PENDAFTARAN PROGRAM RIDE

Ahli SMUE akan menerima baucer beli-belah bernilai RM100 dan program akan dijalankan di pasaraya-pasaraya yang terpilih di kawasan mereka. Pemberian manfaat yang dikenali sebagai program Jom Shopping SMUE ini akan diberikan mengikut bulan kelahiran ahli tersebut.

CARA PERMOHONAN BANTUAN SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE)

Anda hendaklah buat permohonan di pejabat Pusat Khidmat DUN yang terdekat bagi melayakkan anda untuk menerima manfaat ini.

Kategori OKU :

Merupakan WARGANEGARA Malaysia; DAN

Tiada had umur bagi pemohon OKU yang lahir di Negeri Selangor; ATAU

iii. Pemohon OKU yang bukan kelahiran Negeri Selangor mestilah sedang menetap di Negeri Selangor secara sah sekurang-kurangnya 15 tahun; DAN

Pemohon OKU bukan kelahiran di Negeri Selangor perlu mendapatkan Cop Pengesahan Taraf Mastautin daripada pengesah di kawasan tempat tinggal pemohon sahaja; DAN

Jawatan pengesah yang dibenarkan untuk mengesahkan taraf mastautin pemohon adalah seperti berikut :

  • Ahli Parlimen/ Senator
  • ADUN / Pengerusi JK Penyelaras DUN
  • Penghulu / Ketua Kampung
  • Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan
  • Pengerusi Taman Perumahan
  • Nazir / Ketua Tokong / Kuil / Gereja

DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN

  1. Salinan MyKad Pemohon; ATAU
  2. Salinan Kad OKU Jabatan Kebajikan Masyarakat (untuk pemohon OKU).

Jika anda bukan dari negeri Selangor  pengesahan taraf mastautin hendaklah dibuat oleh pengesah yang dibenarkan dan mestilah di kawasan tempat tinggal pemohon SAHAJA .

SEMAKAN PERMOHONAN SKIM MESRA USIA EMAS

Klik disini untuk buat semakan

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

ALAMAT

Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor, Lot 4, Jalan Platinum 7/52,Seksyen 7, Persiaran Kayangan,40000 Shah Alam, Selangor.

TELEFON

Hotline :03 5481 8800

EMEL

[email protected]

 

Tags: #CARA PERMOHONAN BANTUAN SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE) #SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE):PERMOHONAN BANTUAN RM100 UNTUK WARGA  EMAS & OKU

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    LOG MASUK CIMS 3.0(miti.gov.my):PERMOHONAN SYARIKAT BEROPERASI SEMASA PKP
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinLOG MASUK CIMS 3.0(miti.gov.my): PERMOHONAN SYARIKAT BEROPERASI SEMASA PKP Kepada syarikat yang
    HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN 2021:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN (epenawaran.moe.gov.my)
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinHADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN 2021:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN (epenawaran.moe.gov.my) Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
    TRRF BNM:CARA PERMOHONAN DANA PEMULIHAN PKS SEHINGGA RM500,000
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinTRRF BNM:CARA PERMOHONAN DANA PEMULIHAN PKS SEHINGGA RM500,000 Untuk makluman kepada PKS,Bank
    LESEN MOTOSIKAL TERENGGANU SEJAHTERA(LMTS) 2021:PERMOHONAN LESEN PERCUMA 
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinLESEN MOTOSIKAL TERENGGANU SEJAHTERA(LMTS) 2021:PERMOHONAN LESEN PERCUMA  Program lesen motosikal percuma diteruskan
    1. author

      Wong Wan Yam5 months ago

      Wong Wan Yam 551001-10-6407

      Reply
    2. author

      Norwahida Hamzah5 months ago

      Assalamualaikum… Hanuar Haron Oku dah hari jadi bulan 3 lps tp belum ambil kurpon rm100? Baru semak bulan ni dah lambat ye

      Reply
    3. author

      Ramesh nath4 months ago

      R

      Reply

    Leave a reply "SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE):PERMOHONAN BANTUAN RM100 UNTUK WARGA  EMAS & OKU"