SKIM PEMBIAYAAN KREDIT MIKRO AGROBANK
Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terjejas akibat COVID-19 bagi sektor agromakanan boleh memohon SKIM PEMBIAYAAN KREDIT MIKRO AGROBANK jika layak.
Dana ini bertujuan untuk memastikan kelestarian dalam sektor pertanian dan komoditi dengan memberikan bantuan kewangan kepada pengusaha mikro khususnya komuniti agro, di bawah kategori B40 yang terlibat dalam perusahaan pertanian dan pengeluaran makanan.
Bagi menyokong komuniti yang kurang mendapat liputan dan terpinggir, Agrobank secara aktif bekerjasama dengan rakan strategik seperti Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), FELDA, Lembaga Perindustrian Nenas Malaysia (LPNM), kerajaan negeri Pahang dan Sarawak serta banyak lagi untuk memberi peluang dan memperkasakan kumpulan B40.
SENARAI SKIM PEMBIAYAAN AGROBANK
Berikut adalah senarai skim pembiayaan AGROBANK yang disediakan oleh Agrobank :
1.KREDIT MIKRO
2. AGRO BAKTI
3.SKIM KREDIT MIKRO SARAWAK
4.AGRO NISAA’-i
5.Paddy-i
6.FUND FOR FOOD(3F)
7.SKIM PEMBIAYAAN PKS
FAEDAH PINJAMAN
Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terjejas akibat COVID-19 bagi sektor agromakanan hanya akan menikmati kaedah faedah pinjaman serendah 3.5 peratus sahaja.
JUMLAH PEMBIAYAAN MAKSIMUM
Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, berkata menerusi skim itu, pembiayaan maksimum sebanyak RM50,000 dengan tempoh bayaran balik sehingga lima tahun diberikan kepada pengusaha agromakanan.
Ia memberikan lebih banyak peluang kepada usahawan untuk mendapatkan modal pusingan bagi memulakan kembali pernigaan yang kehabisan modal disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Skim ini juga sebagai galakan kepada usahawan baharu yang ingin menceburi bidang agromakanan sebagai modal permulaan manakala bagi pengusaha sedia ada seperti peniaga pasar tani, pasar nelayan dan pasar pagi, ia boleh mengganti modal perniagaan mereka.
CARA PERMOHONAN SKIM PEMBIAYAAN KREDIT MIKRO AGROBANK
Anda boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Agrobank di 1-300- 88-2476 atau kunjungi cawangan yang terdekat.
Baca tentang PERMOHONAN & SEMAKAN SKIM PEMBIAYAAN PKS PENJANA
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Individu atau perusahaan yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Skim Pembiayaan ini boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Agrobank di 1-300- 88-2476 atau kunjungi cawangan yang terdekat.
Tags: #AGRO BAKTI #CARA PERMOHONAN SKIM PEMBIAYAAN KREDIT MIKRO AGROBANK #FUND FOR FOOD(3F) #Paddy-i #SKIM KREDIT MIKRO SARAWAK #SKIM PEMBIAYAAN KREDIT MIKRO AGROBANK
zamri bin ismail3 months ago
Permohonan untuk memerlukan modal bagi permudahkan urusan perniagaan kami Japanese halal.