PERMOHONAN GERAN BANTUAN BANJIR KELUARGA MALAYSIA (BBKM) TEKUN RM3000

PERMOHONAN GERAN BANTUAN BANJIR KELUARGA MALAYSIA (BBKM) TEKUN RM3000

BBKM TEKUN

Kepada usahawan yang terjejas akibat banjir, kini TEKUN Nasional telah memperkenalkan Geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia (BBKM). Permohonan bantuan geran ini telah mulai dibuka. Disini kami akan kongsikan cara membuat permohonan, semoga membantu.

 

APA ITU BBKM TEKUN

Bantuan Banjir Keluarga Malaysia (BBKM) Tekun adalah Bantuan berbentuk geran RM3,000 yang diberikan kepada peniaga informal dan mikro yang mana premis perniagaan mereka terjejas akibat banjir pada Disember 2021 dan Januari 2022 bagi memulihkan perniagaan dan beroperasi semula.

 

MAKSUD PERNIAGAAN INFORMAL DAN MIKRO

  • Perniagaan informal adalah perniagaan yang tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau pihak berkuasa tempatan (PBT)
  • Perniagaan mikro adalah perniagaan yang berdaftar dengan jualan kurang daripada RM300,000 setahun atau bilangan pekerja kurang daripada 5 orang.

 

KELAYAYAKAN PERMOHONAN GERAN BANTUAN BANJIR KELUARGA MALAYSIA

  • Peniaga informal dan mikro bertaraf warganegara Malaysia yang premis perniagaan mereka terjejas akibat banjir pada Disember 2021 dan Januari 2022 layak memohon geran ini

 

KADAR GERAN BANTUAN BANJIR KELUARGA MALAYSIA

  • Bantuan berbentuk geran RM3,000 yang diberikan secara one-off dan tidak perlu dibayar balik.

 

DOKUMEN DIPERLUKAN

Pastikan anda sediakan dokumen yang diperlukan seperti berikut:

  1. Salinan kad pengenalan individu
  2. Salinan Penyata bank individu
  3. Salah satu daripada laporan berikut:
    • Laporan Polis / Bomba / NADMA / Agensi MEDAC / Pemimpin Tempatan / Penghulu / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) / Ketua Kaum (Sabah & Sarawak) / Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil / Dewan Perniagaan

 

TARIKH PERMOHONAN GERAN BANTUAN BANJIR KELUARGA MALAYSIA

  • Permohonan mulai dibukan sekarang dan tertakluk kepada baki dana.

 

CARA PERMOHONAN GERAN BANTUAN BANJIR KELUARGA MALAYSIA

Sekiranya anda berkelayakan dan ingin membuat permohonan, berikut adalah caranya:

  1. Layari pautan permohonan dalam talian: https://tinyurl.com/geranbbkm
  2. Melalui Pejabat Cawangan TEKUN yang berhampiran di seluruh negara
  3. Menerusi agensi MEDAC / AIM / Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai Permohonan Geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia, anda boleh merujuk:

 

1 thought on “PERMOHONAN GERAN BANTUAN BANJIR KELUARGA MALAYSIA (BBKM) TEKUN RM3000”

Leave a Comment