SKIPMA (Permohonan Skim Pinjaman Komputer Pelajar Institusi Pendidikan MARA)

SKIPMA (Permohonan Skim Pinjaman Komputer Pelajar Institusi Pendidikan MARA)

SKIPMA

Kepada semua pelajar IPMA, kini MARA teleh menawarkan skim pinjaman komputer pelajar (SKIP) kepada pelajar yang ingin memiliki komputer untuk tujuan kemudahan pengajian. Disini kami akan kongsikan cara membuat permohonan pinjaman, semoga membantu.

 

APA ITU SKIP ?

Skim Pinjaman Komputer Pelajar (SKIP) diwujudkan bagi membantu pelajar Institusi Pendidikan MARA (IPMA) untuk kemudahan dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran masing-masing seiring dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi.

Skim Pinjaman Komputer IPMA (SKIP) ini adalah bagi membiayai pembelian komputer oleh pelajar IPMA dengan menggunakan konsep pembiayaan Islam al-Murabahah. Pinjaman ini terhad untuk pembelian komputer riba sahaja.

 

SENARAI INSTITUT PENDIDIKAN MARA YANG TERLIBAT DALAM SKIP

Institusi Pendidikan MARA (IPMA) yang terlibat di bawah skim ini adalah:

  • Kolej MARA
  • Institut Kemahiran MARA (IKM)
  • Kolej Kemahiran Tinggi MARA
  • MARA Japan Industrial Institute (MJII)
  • Kolej Profesional MARA (KPM)
  • Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
  • Kolej Universiti PolyTech MARA (KUPTM)
  • Kolej PolyTech MARA (KPTM)
  • German Malaysian Institute (GMI)

 

JUMLAH PINJAMAN SKIPMA

  • Jumlah maksimum adalah sebanyak RM3,000.00 bagi satu permohonan.
  • Penetapan jumlah pinjaman adalah tertakluk kepada harga sebenar komputer dan tidak melebihi jumlah amaun maksimum.

 

TARIKH PERMOHONAN SKIPMA

Permohonan juga boleh dibuat melalui wakil IPMA masing-masing bermula 04 April 2022. (10.00 pagi)

 

SYARAT KELAYAKAN SKIPMA

Berikut adalah merupakan syarat yang telah ditetapkan:

  1. Pelajar berstatus Bumiputera.
  2. Ibu atau bapa berstatus Bumiputera.
  3. Pelajar yang ditawarkan mengikuti pengajian di IPMA secara sepenuh masa bagi peringkat seperti berikut:
    • Persediaan / Pra-Universiti (Umur tidak melebihi 20 tahun)
    • Sijil (Umur tidak melebihi 35 tahun)
    • Diploma (Umur tidak melebihi 35 tahun)
    • Ijazah Sarjana Pertama (Sarjana Muda) (Umur tidak melebihi 45 tahun)
  4. Pelajar baharu atau pelajar sedia ada (aktif) yang mempunyai baki pengajian tidak kurang satu (1) tahun daripada tarikh permohonan dibuat.
  5. Pelajar layak memohon satu (1) kali pinjaman komputer bagi setiap peringkat pengajian. Pelajar yang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi adalah layak untuk dipertimbangkan pinjaman komputer seterusnya tertakluk kepada pinjaman komputer terdahulu telah diselesaikan.
  6. Pelajar tidak mendapat kemudahan pinjaman atau kemudahan komputer dari badan penaja/ pihak lain.

 

CARA PERMOHONAN SKIPMA

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian melalui pautan aplikasi.mara.gov.my/skip.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai SKIPMA, sila layari https://www.mara.gov.my/, rujuk surat pautan di bawah:

 

 

ARTIKEL LAIN

PERMOHONAN DanaNITA MARA:SEMAKAN SKIM PEMBIAYAAN PERNIAGAAN WANITA

 

Leave a Comment