SOP PKPB DILAKSANAKAN BERMULA 4 MEI

SOP PKPB DILAKSANAKAN BERMULA 4 MEI

SOP PKPB BERMULA 4 MEI

Bermula 4 Mei 2020, kerajaan akan melaksanakan SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat(PKPB)  untuk semua aktiviti ekonomi dan aktiviti sosial . Apakah SOP PKPB?

APA ITU PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB)?

Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat(PKPB) bermula 4 Mei 2020. Selain itu, kerajaan juga akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan-kawasan tertentu untuk mengelakkan penyebaran wabak Covid-19.

Atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM), berdasarkan data yang dikumpul, dan amalan terbaik yang ditentukan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), kerajaan telah memutuskan untuk membuka semula sektor ekonomi secara berhati-hati dengan menguatkuasakan SIP yang ketat.

PKPB bermaksud Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat adalah satu langkah untuk membuka semula sektor ekonomi dan sosial dengan berhati-hati tertakluk kepada syarat-syarat dan SOP oleh pihak berkuasa. Aktiviti yang melibatkan sentuhan badan  dan perhimpunan ramai tidak dibenarkan.

CONTOH  SOP YANG AKAN DIGUNAKAN SEMASA PKPB

SOP ini termasuk penjarakan sosial, kerap mencuci tangan, memakai topeng muka, melaporkan segera kepada Jabatan Kesihatan jika terdapat maklumat mengenai jangkitan COVID-19, keutamaan melindungi kumpulan berisiko seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan OKU, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan, bilangan penumpang dalam kenderaan awam perlu mengambil kira penjarakan sosial dan menggalakkan transaksi secara online.

SOP PKPB DILAKSANAKAN BERMULA 4 MEI

CONTOH PELAKSANAAN SOP PKPB DI KEDAI MAKAN

Saya ingin memberikan beberapa contoh mudah bagaimana SOP ini hendak dilaksanakan. Misalnya, mulai 4 haribulan Mei, iaitu hari Isnin minggu depan, Pak Salleh boleh buka semula restoran yang ditutup. Jadi dalam sehari dua ini Pak Salleh boleh pergi ke restoran untuk bersihkan restoran, bersihkan pinggan, sudu, periuk dan lain-lain alat memasak, susun meja dan kerusi, dan beli stok barang-barang mentah.

Pastikan meja disusun dengan jarak sekurang-kurangnya 2 meter antara satu meja dengan meja yang lain. Ini penting supaya di tengah-tengahnya ada ruang yang agak luas untuk pelanggan dan pekerja lalu, dan ada jarak yang selamat antara pelanggan yang makan di situ.

Untuk pastikan penjarakan sosial ketika pelanggan makan, Pak Salleh boleh letak notis di setiap meja hanya satu orang, dua orang atau tiga orang dibenarkan makan bergantung kepada saiz meja. Kalau meja kecil  mungkin satu orang atau dua orang sahaja dibenarkan. Kalau meja besar, mungkin tiga orang atau empat orang. Ini Pak Salleh kena tentukan.

Keduanya, buatkan garisan di lantai depan kaunter bayaran. Ukur garisan sekurang-kurangnya satu meter antara satu sama lain. Ini untuk memastikan pelanggan beratur dengan jarak sekurang-kurangnya satu meter di depan atau di belakang pelanggan yang lain ketika mereka hendak membuat bayaran.

Ketiganya, sediakan hand sanitizer di kaunter bayaran. Pelanggan yang dah bayar boleh gunakan hand sanitizer untuk bersihkan tangan. Sediakan juga sabun atau hand wash yang mencukupi di tempat basuh tangan.

Ketiganya, beli penyembur pembersih meja yang mencukupi. Setiap kali selepas pelanggan makan, beritahu pekerja supaya bersihkan meja cepat-cepat sebelum pelanggan lain duduk.

Keempat, beli face mask. Beri kepada pekerja dan pastikan mereka pakai face mask setiap masa. Pak Salleh pun kena pakai face mask.

Kelima, pada hari pertama restoran dibuka, seboleh-bolehnya periksa suhu badan pelanggan sebelum dia dibenarkan masuk ke restoran. Boleh guna alat pengimbas suhu yang sesuai untuk periksa suhu badan pelanggan.

Keenam, catat nama dan nombor telefon pelanggan serta tarikh dan masa mereka datang ke restoran. Ini penting kerana jika ada kes positif COVID 19 yang melibatkan salah seorang pelanggan, pelangganpelanggan lain yang datang pada hari itu boleh segera dikesan.

CONTOH SOP PKPB SYARIKAT & TEMPAT KERJA

Syarikat-syarikat pengangkutan awam juga mesti bersedia. Sudah tentu jumlah pengguna akan meningkat. Dalam keadaan kita nak mengawal penularan COVID 19, kita mesti elakkan kesesakkan di stesen-stesen bas, LRT, MRT dan sebagainya. Mesti ada tindakan diambil oleh pengendali syarikat pengangkutan awam untuk kawal pergerakan orang ramai.

Untuk membantu mengelakkan kesesakan di stesen-stesen pengangkutan awam dan di dalam kenderaan awam, saya mencadangkan supaya semua majikan melaksanakan waktu bekerja  yang anjal. Tak semua pekerja mesti masuk bekerja pada waktu yang sama. Jadi sedikit sebanyak kita boleh elakkan semua orang daripada berkejar-kejar untuk masuk pejabat pada waktu yang sama.

Kerajaan menasihatkan semua pengguna pengangkutan awam supaya memakai penutup hidung dan mulut. Anda akan sentiasa terdedah kepada penularan wabak COVID 19. Jadi ambil langkahlangkah untuk lindungi diri sendiri. Pakai penutup hidung dan mulut dan simpan juga satu atau dua lagi dalam beg. Sentiasa bawa hand sanitizer untuk digunakan jika perlu.

Di tempat kerja, majikan mesti periksa suhu badan pekerja setiap hari. Kalau suhu badan tinggi, nasihatkan pekerja supaya balik atau pergi ke klinik dengan segera. Selain itu, anda sebagai pekerja pastikan meja, kerusi dan peralatan yang digunakan di pejabat sentiasa bersih. Elakkan sentuhan atau body contact dengan rakan sekerja yang lain.

Ini adalah antara langkah-langkah yang mesti dibuat untuk lindungi diri anda daripada jangkitan COVID 19. Mustahil saudara-saudari boleh berkurung di dalam rumah selama-lamanya. Saudara-saudari perlu juga keluar untuk bekerja, berniaga dan membeli barang-barang keperluan harian. Yang penting jaga kebersihan diri. Jaga keselamatan dan keluar rumah hanya untuk urusan-urusan yang perlu sahaja.

TARIKH PELAKSANAAN KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB)

Mulai 4 MEI 2020

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Rujuk kepada laman web Majlis Keselamatan Negara(MKN)

 

Tags: #CONTOH PELAKSANAAN SOP PKPB DI KEDAI MAKAN #CONTOH SOP PKPB SYARIKAT & TEMPAT KERJA #CONTOH SOP YANG AKAN DIGUNAKAN SEMASA PKPB #SOP PKPB DILAKSANAKAN BERMULA 4 MEI #TARIKH PELAKSANAAN KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB)

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    SKIM PINJAMAN PERUMAHAN(SPP): CARA PERMOHONAN PINJAMAN BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinSKIM PINJAMAN PERUMAHAN(SPP): CARA PERMOHONAN PINJAMAN BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI Ingin
    PENDAFTARAN SPRN(TEDUH):CARA PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinPENDAFTARAN SPRN(TEDUH):CARA PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK Untuk makluman, setiap permohonan rumah mampu
    RUMAH MESRA RAKYAT 2021:DAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KELULUSAN 
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinRUMAH MESRA RAKYAT 2021:DAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KELULUSAN  Program Rumah Mesra Rakyat(RMR)
    PERMOHONAN BARU RUMAH MESRA RAKYAT(RMR):BORANG & PENDAFTARAN SPNB ONLINE
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinPERMOHONAN BARU RUMAH MESRA RAKYAT(RMR):BORANG & PENDAFTARAN SPNB ONLINE Maklumat terkini tentang

    Leave a reply "SOP PKPB DILAKSANAKAN BERMULA 4 MEI"