SPESIFIKASI DAN HARGA GALAXY S20 PASARAN MALAYSIA

 

SPESIFIKASI DAN HARGA GALAXY S20 PASARAN MALAYSIA

SPESIFIKASI DAN HARGA GALAXY S20 PASARAN MALAYSIA

Terbaru, Samsung Galaxy S20 telah dilancarkan di San Francisco. Samsung Malaysia juga telah mengumumkan program tempahan untuk milikinya bermula 12 Februari 2020 sehingga 26 Februari dengan jualan terbuka pada 6 Mac. Di Malaysia, Pelanggan yang melakukan pra-tempahan untuk S20+ dan S20 Ultra akan menerima Galaxy Buds+ secara percuma.

 SPESIFIKASI DAN HARGA GALAXY S20 PASARAN MALAYSIA

HARGA SAMSUNG GALAXY DI MALAYSIA

TARIKH DAN HARGA SAMSUNG GALAXY S20 DIJUAL DI MALAYSIA

Ia akan dijual  bermula 6 Mac 2020. Berikut adalah harga :

Galaxy S20 (RAM 8GB + Storan 128GB, LTE) – RM3,599

Galaxy S20+ (RAM 8GB + Storan 128GB, LTE) – RM3,999

Galaxy S20 Ultra (RAM 12GB + Storan 128GB, 5G) – RM4,999

KELEBIHAN GALAXY S20,S20+,S20 ULTRA

  1. Paparan Lebih BesarSamsung Galaxy S20+ hadir dengan skrin bersaiz 6.7-inci Quad HD+ Dynamic AMOLED 2X. Manakala Samsung Galaxy S20 Ultra pula hadir dengan skrin 6.9-inci Quad HD+ Dynamic AMOLED 2X.
SPESIFIKASI DAN HARGA GALAXY S20 PASARAN MALAYSIA

Saiz Batery

  1. Bateri Terbesar

S20 Ultra dibekalkan bateri sebesar 5,000mAh. Ia menyokong pengecasan pantas Super Fast Charge 45W ataupun secara wayarles.

SPESIFIKASI DAN HARGA GALAXY S20,S20+,S20 ULTRA PASARAN MALAYSIA

Kamera 108MP Dengan Keupayaan Mengezum 100×

  1. Kamera 108MP Dengan Keupayaan Mengezum 100×

Istimewanya,hanya Samsung menghasilkan sensor pengimejan setinggi itu iaitu ISOCELL Bright HMX S5KHMX.

Selain miliki bilangan piksel ultratinggi, saiz fizikalnya agak besar. Pada 1/1.33”, ia cuma 25% lebih kecil daripada sensor yang boleh anda temui pada kamera point-and-shoot seperti Sony RX dan nyata lebih besar daripada sensor dalam kamera aksi.

Samsung turut memperkenalkan fungsi Space Zoom yang merujuk pada ciri mengezum sehingga 100×. Menurut spesifikasi, kamera utama S20 Ultra ada jarak fokal 26mm dan 100 kali zum masuk diterjemah pada 2600mm yang bermakna sangat jauh.

Jauh adalah satu perkara, perkara yang lebih penting adalah kebolehgunaan gambar yang diambil.

 

  1. Modul RAM LPDDR5Modul ini dibangunkan menggunakan litografi 10nm yang dikatakan akan jadikan RAM lebih cekap tenaga.

Beberapa angka yang dikongsikan pihak Samsung menunjukkan yang LPDDR5 dianggarkan 1.3 kali lebih pantas daripada LPDDR4X (5,500 Mb/s vs. 4,266Mb/s).

SPESIFIKASI DAN HARGA GALAXY S20,S20+,S20 ULTRA PASARAN MALAYSIA

slot untuk kad memori tambahan

  1. Flagship yang masih ada slot mikro-SD

Jarang kita jumpa telefon berkelas flagship yang masih sediakan slot untuk kad memori tambahan. Jadi jika anda perlu luaskan storan untuk apa sebab sekalipun, Samsung adalah jawapannya.

  1. Paparan Ber-Refresh Rate 120Hz

Manfaat yang diperoleh daripada paparan dengan kadar segar semula yang tinggi adalah ia meminimumkan kesan motion blur pada paparan.

Hasilnya, segala animasi pada antara muka pengguna akan jadi lebih lancar dan sedap dipandang, terutamanya semasa bermain game.

Berkaitan paparan juga, kadar bacaan input sentuhan pada keluarga S20 ini juga tinggi. Pada 240Hz ataupun 240 bacaan sesaat, gerak balas antara inpu jari dengan paparan berlaku sungguh pantas.

Ia diterjemahkan kepada sela masa input yang rendah dan ia juga menyumbang pada pengalaman bermain game gaming yang lebih hebat.

Semoga SPESIFIKASI DAN HARGA GALAXY S20 PASARAN MALAYSIA memberi maklumat yang berguna kepada anda. Untuk maklumat lanjut layari portal Samsung Malaysia.

 

Tags: #TARIKH DAN HARGA SAMSUNG GALAXY S20 DIJUAL DI MALAYSIA

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    PERBEZAAN ANTARA  PS5 PS4
    PERBEZAAN ANTARA  PS5 PS4 Baru-baru ini Sony telah memberi bayangan bahawa console permainan
    SPEKFIKASI DAN HARGA POCO X2
    SPEKFIKASI DAN HARGA POCO X2 PENGENALAN POCO X2 Poco telah memperkenalkan telefon pintar
    HARGA GADJET 5G MALAYSIA
    HARGA GADJET 5G MALAYSIA HUAWEI MATE 30 PRO 5G     Huawei Malaysia

    Leave a reply "SPESIFIKASI DAN HARGA GALAXY S20 PASARAN MALAYSIA"