SISTEM ADUAN JKR (Cara Buat Aduan & Jenis Aduan yang Diterima)

SISTEM ADUAN JKR (Cara Buat Aduan & Jenis Aduan yang Diterima)

SISTEM ADUAN JKR

Jabatan Kerja Raya (JKR) merupakan agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam menyediakan dan menguruskan infrastruktur negara. JKR menyediakan sistem aduan untuk orang ramai untuk membuat aduan berkaitan dengan tindakan dan keputusan pentadbiran agensi-agensi Kerajaan Malaysia. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara untuk membuat aduan menerusi SISPAA JKR, semoga membantu.

 

APA ITU SISPAA JKR

Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) JKR merupakan sistem pengurusan aduan utama Jabatan yang telah diguna pakai berkuat kuasa pada 1 Mei 2021 oleh seluruh JKR Malaysia meliputi Ibu Pejabat, Cawangan, Negeri/Wilayah Persekutuan dan Daerah.   Aduan awam berkaitan JKR yang diterima dari saluran-saluran rasmi akan didaftarkan secara automatik dan secara manual ke dalam SISPAA JKR.  Semua aduan akan diuruskan secara berpusat di portal SISPAA JKR.

 

JENIS ADUAN YANG DITERIMA

Berikut adalah merupakan antara jenis aduan yang diterima iaitu:

  • Tindakan Tidak Adil Aduan berkaitan dengan tindakan yang tidak adil atau diskriminatif oleh agensi.
  • Salah Guna Kuasa/Penyelewengan Aduan berkaitan dengan salahguna kuasa atau penyelewengan oleh pegawai agensi.
  • Kegagalan Penguatkuasaan Aduan berkaitan dengan kegagalan oleh agensi dalam melaksanakan tugas penguatkuasaan undang-undang.
  • Kualiti Perkhidmatan yang Tidak Memuaskan Aduan berkaitan dengan kualiti perkhidmatan yang tidak memuaskan oleh agensi.
  • Kekurangan Kemudahan Awam Aduan berkaitan dengan kekurangan dalam kemudahan awam seperti jalan, jambatan, bangunan dan sebagainya.
  • Salah Laku Anggota Awam Aduan berkaitan dengan salah laku anggota awam seperti mencuri, merompak, menipu, dan sebagainya.
  • Kelewatan atau Tiada Tindakan Aduan berkaitan dengan kelewatan dalam mengambil tindakan atau ketidakmampuan agensi untuk mengambil tindakan dalam hal-hal tertentu.
  • Kepincangan Dasar dan Kelemahan Undang-undang Aduan berkaitan dengan kekurangan dalam dasar dan undang-undang oleh agensi.
  • Kegagalan Mengikut Prosedur Aduan berkaitan dengan kegagalan oleh agensi dalam mengikut prosedur yang ditetapkan.

 

CARA BUAT ADUAN JKR ONLINE

Kepada anda yang ingin membuat aduan secara online, boleh dibuat menerusi SISPAA JKR seperti berikut:

  1. Layari pautan SISPAA JKR: https://jkr.spab.gov.my/eApps/system/index.do
  2. Pada paparan utama klik pada Aduan/Maklum Balas Baharu
  3. Isikan segala maklumat yang diperlukan pada ruangan yang tersedia beserta lampiran yang diperlukan. Pastikan nada memberikan maklumat-maklumat peribadi termasuk nama, alamat untuk dihubungi dan nombor telefon untuk membolehkan pihak JKR melaporkan perkembangan siasatan.
  4. Berikan sebanyak mungkin maklumat termasuk salinan-salinan surat atau dokumen yang menunjukkan anda telah berusaha menyelesaikan aduan itu dengan agensi berkenaan.
  5. Setelah selesai tick pada kota saya buka robot dan klik Hantar.

 

TEMPOH TINDAKAN DIAMBIL SETELAH ADUAN DIBUAT

Pengurusan aduan akan dilaksanakan dalam tempoh masa seperti berikut:

Akuan penerimaan aduan 1 hari
Maklum balas terhadap aduan 7 hari
Penutupan aduan 2 bulan

 

CARA UNTUK BUAT ADUAN JKR

Selain daripapa membuat aduan secara online, anda juga boleh membuat aduan dengan cara berikut:

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai sistem aduann JKR, anda boleh melayari portal rasmi Jabatan Kerja Raya.

ARTIKEL BERKAITAN:

Leave a Comment