SSPN ONLINE:CARA BUKA AKAUN & SEMAKAN BAKI PENYATA SSPN-i & SSPN-i Plus

SSPN ONLINE:CARA BUKA AKAUN &SEMAKAN BAKI PENYATA SSPN-i & SSPN-i Plus

SSPN ONLINE

Kepada ibubapa  yang ingin buka akaun SSPN untuk anak, anda kini boleh daftar SSPN online.

Sebelum membuka akaun SSPN,anda perlu tahu perbezaan antara SSPN-i dan SSPN-i Plus, di sini kami kongsikan maklumat lanjut untuk memudahkan ibu bapa membuat pilihan.

APA ITU SSPN-i?

Skim Simpanan Pendidikan Nasional atau singkatan SSPN adalah merupakan satu skim atau instrumen simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi.

Kini SSPN dijenamakan semula sebagai SSPN-i selari dengan skim patuh Syariah yang menggunakan konsep “Wakalah Bil Istithmar” di mana pendeposit melantik PTPTN untuk menguruskan deposit mereka bagi tujuan pelaburan.

APA ITU SSPN-i Plus?

SSPN-i Plus merupakan satu skim atau pelan simpanan yang direka oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi.

SSPN-i Plus ditambahbaik daripada SSPN-i sedia ada dengan perlindungan takaful yang murah dan komprehensif.

SSPN-i Plus mengguna pakai konsep simpanan bulanan dan jumlah simpanan adalah bergantung kepada pakej yang dipilih.

APAKAH PERBEZAAN AKAUN SSPN-i / SSPN-i Plus?

Secara ringkasnya, kedua-dua merupakan simpanan masa depan yang berbaloi untuk anak-anak.

SSPN ONLINE

Namun SSPN-i berbeza dengan SSPN-i Plus kerana SSPN-i Plus menyediakan skim perlindungan yang lebih meluas dan komitmen bulanan yang  tetap.

Pakej yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Pakej Intan: RM30 / sebulan
  • Pakej Delima: RM50 / sebulan
  • Pakej Topas: RM 100 / sebulan
  • Pakej Zamrud: RM 200 / sebulan
  • Pakej Nilam: RM300 / sebulan
  • Pakej Berlian: RM500 / bulan

SSPN ONLINE

KELEBIHAN DAFTAR AKAUN SSPN UNTUK ANAK

  • Simpanan dijamin kerajaan.
  • Pelepasan taksiran cukai sehingga RM8,000.
  • Pemberian dividen yang konsisten. SSPN memberikan dividen sebanyak 4% sejak beberapa tahun lepas.
  • SSPN menyediakan takaful, pampasan kematian, manfaat penyakit kritikal, khairat kematian dan elaun hospital.
  • Pemberian geran sepadan sehingga RM10,000, kepada pendeposit yang mempunyai anak menyambung pengajian di IPT.
  • Layak memohon pinjaman PTPTN
  • Cabutan dan promosi yang memberikan hadiah lumayan kepada pendeposit.

CARA DAFTAR AKAUN SSPN ONLINE

1.Buka Laman Web

Untuk mendaftar SSPN online, pergi ke link : https://lovesspn.ptptn.gov.my/

2.Pilih Skim / Pakej

Anda boleh memilih untuk daftar SSPN-i atau SSPN-i Plus, dan klik pada salah satu butang tersebut.

Bagi SSPN-i Plus*, pilih pakej simpanan bulanan yang ditawarkan seperti di bawah.

*Dimaklumkan bagi tujuan pembukaan akaun SSPN-i Plus, pendeposit perlu membuat 2 bulan deposit mengikut pakej dan perlu mengisi Borang Potongan Gaji / Auto Debit.

*Syarat wajib mengisi Borang Potongan Gaji /Auto Debit ini dikecualikan kepada pendeposit yang membuat bayaran ke hadapan 6 bulan ke atas.

3.Isi Maklumat Anak / Peribadi

Isi maklumat yang diperlukan dalam borang yang disediakan.

4.Pilih Kaedah Potongan

Anda boleh memilih cara membuat bayaran bulanan dan menghubungkan akaun bank dengan SSPN.

Fahami terma dan syarat yang ditetapkan.

Klik ‘Setuju’.

5.Buat Bayaran

Masukkan minima deposit ke dalam akaun tersebut.

(Untuk SSPN-i penambahan minimum RM20 tanpa komitmen manakala untuk SSPN-i Plus mengikut pakej serendah RM30 sebulan)

Pilih bank yang di sediakan untuk membuat pembayaran pendaftaran.

6.Pengesahan

Maklumat pengesahan akan dipaparkan untuk rujukan.

Selepas daftar SSPN online ini, anda boleh membuat penambahan deposit, pengeluaran deposit, semakan penyata atau penyata pelepasan cukai secara online.

SEMAKAN BAKI PENYATA SSPN-i

  • Layari portal rasmi PTPTN
  • Pilih Semakan Penyata SSPN-i
  • Isi maklumat diperlukan,kemudian klik DAFTAR
  • Log masuk guna no MyKad pendeposit dan kata laluan untuk semak baki penyata SSPN-i

SEMAKAN BAKI PENYATA SSPN-i Plus

  • Layari portal rasmi PTPTN
  • Pilih Semakan Penyata SSPN-i Plus
  • Portal Online SSPN-i Plus (Semakan Penyata)
  • Isi maklumat diperlukan,kemudian klik DAFTAR
  • Log masuk guna no MyKad pendeposit dan kata laluan untuk semak baki penyata SSPN-i Plus

SOALAN LAZIM SSPN-i / SSPN-i Plus

Untuk mendapatkan soalan lazim tentang SSPN-i / SSPN-i Plus,sila buka pautan dibawah:

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Ingin ketahui maklumat tambahan, layari www.lovesspn.com.

Talian hotline SSPN: 03-2193 3000

Anda juga boleh mendapatkan info terkini melalui Facebook rasmi SSPN di https://www.facebook.com/sspnrasmi/

Tags: #APA ITU SSPN-i Plus? #APA ITU SSPN-i? #APAKAH PERBEZAAN AKAUN SSPN-i / SSPN-i Plus? #CARA DAFTAR AKAUN SSPN ONLINE #KELEBIHAN DAFTAR AKAUN SSPN UNTUK ANAK #SEMAKAN BAKI PENYATA SSPN-i #SEMAKAN BAKI PENYATA SSPN-i Plus #SOALAN LAZIM SSPN-i / SSPN-i Plus #SSPN ONLINE:CARA BUKA AKAUN &SEMAKAN BAKI PENYATA SSPN-i & SSPN-i Plus

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    GKP 2.0:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS KELAYAKAN
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinGKP 2.0:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS KELAYAKAN APA ITU GKP 2.0 Bantuan
    GERAN KHAS PRIHATIN 2.0: SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PERMOHONAN
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinGERAN KHAS PRIHATIN 2.0: SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PERMOHONAN Bagi anda yang ingin
    CARA KEMASKINI BPN 2.0
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinCARA KEMASKINI BPN 2.0 Untuk makluman bayaran BPN 2.0 fasa pertama akan
    CARA DAFTAR BPN 2.0
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinCARA DAFTAR BPN 2.0 Jika anda tidak pernah buat permohonan BPN pertama

    Leave a reply "SSPN ONLINE:CARA BUKA AKAUN & SEMAKAN BAKI PENYATA SSPN-i & SSPN-i Plus"