STR DALAM PROSES PENGKREDITAN (MAKSUD STATUS)

STR DALAM PROSES PENGKREDITAN (MAKSUD STATUS)

STR DALAM PROSES PENGKREDITAN

Kepada penerima BKM sebelumnya pasti ingin membuat semakan mengenai status kelayakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 2023. Untuk makluman semua, anda kini boleh membuat semakan melalui portal rasmi STR. Sekiranya anda layak penerima STR dan berstatus dalam proses pengkreditan, semestinya anda ingin mengetahui maksud status tersebut. Disini kami kongsikan maksud dalam Proses Pengkreditan STR, semoga membantu.

 

CARA PEMBAYARAN STR

Berikut adalah merupakan kaedah bayaran STR Fasa 1 mengikut katagori iaitu:

  1. Ada Akaun Bank: Mulai 17 Januari 2023 secara berperingkat.
    • Dikreditkan ke akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 mula 17 Januari 2023.
  2. Tiada Akaun Bank
    • Tuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 17 Januari 2023.

 

CARA SEMAKAN STATUS STR

Berikut adalah merupakan panduan untuk login MySTR untuk membuat semakan status anda iaitu:

  1. Layari pautan MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my/Default.aspx
  2. Sila masukkan No. MyKad dan klik butang Log Masuk.
  3. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan tertera. Pemohon dikehendaki memasukkan kata laluan selepas mengesahkan frasa keselamatan.
  4. Setelah berjaya log masuk, sistem akan memaparkan Laman Menu Pengguna. Klik butang Semakan Pembayaran Fasa
  5. Maklumat status permohon dan maklumat bayaran akan dipaparkan.
    1. Nama Pemohon
    2. No Mykad Pemohon
    3. Status Permohonan
    4. Maklumat Pembayaran Fasa 1 (jika layak bayaran fasa 1)

NOTA: Kata Laluan MySTR adalah berdasarkan maklumat pada MyBKM 2022.

 

MAKSUD DALAM PORSES PENGKREDITAN STR

Setelah anda membuat semakan dan permohonan STR anda lulus tetapi terdapat status dalam proses pengkreditan walaupaun dimaklumkan bahawa pembayaran dilaksanan pada 17 Januari 2023. Status dalam proses pengkreditan ini bermaksud:

  • Maklumat Akaun bank dipaparkan
    • Menunjukkan status kredit sedang dalam proses.
    • Pembayaran STR dilaksanakan secara berperingkat mengikut giliran bank.
  • Tiada Maklumat Bank Dipaparkan
    • Jika tiada maklumat bank dipaparkan, kemungkinan anda akan menerima pembayaran melalui baucar.
    • Anda perlu pergi ke Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk mendapatkan pembayaran. Bawa bersama kad pengenalan semasa membuat penunaian baucer. Kemukakan juga nombor baucar tersebut.

 

MAKSUD STATUS GAGAL KREDIT STR

Berikut adalah maksud bagi status gagal kredit STR Fasa 1iaitu:

  • Status Gagal Kredit ini berlaku apabila anda tetap membuat permohonan baru walaupun sudah lulus, ini akan mendatangkan masalah kerana akan terjadi Duplikasi Permohonan.
  • Hal ini terjadi apabila anda memang sudah sedia Lulus, tetapi masih lagi buat permohonan baru STR. Jadi, apabila ini terjadi, akan berlaku Duplikasi Permohonan seperti yang dinyatakan tadi.

 

SENARAI BANK TERLIBATAN PENGKREDITAN STR

Berikut adalah merupakan antara bank di Malaysia yang terlibat dalam proses pengkreditan STR Fasa 1 ke dalam akaun penerima  iaitu:

  • Maybank
  • CIMB Bank
  • Public Bank
  • RHB Bank
  • AmBank
  • Hong Leong Bank
  • Affin Bank
  • Agro Bank
  • Alliance Bank
  • Al Rajhi Bank
  • Bank Islam
  • Bank Rakyat
  • Bank Muamalat
  • Bank Simpanan Nasional
  • CIMB Bank Berhad
  • Citibank Berhad
  • HSBC Bank
  • OCBC Bank
  • Standard Chartered Bank
  • UOB Bank

 

SOALAN LAZIM (FAQ) STR DALAM PROSES

Apa Maksud Pengkreditan Terus STR?

  • Ia bermaksud duit STR masuk terus ke akaun bank.
  • Jika anda telah mendaftar nama bank dan nombor akaun dengan betul semasa membuat pendaftaran dan permohonan STR. Pembayaran STR adalah melalui pengkreditan terus.

Apa Maksud Pengkreditan Secara Tunai STR?

  • Jika anda gagal mendaftar/berlaku kesilapan semasa memasukan maklumat nama bank dan nombor akaun dengan tepat semasa membuat pendaftaran dan permohona BPR. Pembayaran secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
  • Pada status STR akan dipaparkan nombor baucar STR untuk memudahkan pelaksanaan pengkreditan secara tunai STR di cawangan BSN.

 

ARTIKEL LAIN

PENGELUARAN STR FASA 1 DI BSN (Status Tiada Akaun/Gagal Kredit

Tags: #Apa Maksud Pengkreditan Secara Tunai STR? #Apa Maksud Pengkreditan Terus STR? #CARA PEMBAYARAN STR #CARA SEMAKAN STATUS STR #MAKSUD DALAM PORSES PENGKREDITAN STR #MAKSUD STATUS GAGAL KREDIT STR #SENARAI BANK TERLIBATAN PENGKREDITAN STR #SOALAN LAZIM (FAQ) STR DALAM PROSES #STR DALAM PROSES PENGKREDITAN #STR DALAM PROSES PENGKREDITAN (MAKSUD STATUS)

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    PENGELUARAN STR FASA 1 DI BSN (Status Tiada Akaun/Gagal Kredit)
    PENGELUARAN STR FASA 1 DI BSN (Status Tiada Akaun/Gagal Kredit) Jika anda penerima
    SEMAKAN KELULUSAN STR 2023 (Check Status LULUS / TIDAK)
    SEMAKAN KELULUSAN STR 2023 (Check Status LULUS / TIDAK) Kepada penerima BKM sebelumnya
    KEMASKINI STR 2023 ONLINE (Kemas Kini Sumbangan Tunai Rahmah)
    KEMASKINI STR 2023 ONLINE (Kemas Kini Sumbangan Tunai Rahmah) Pasti anda tertanya-tanya, macam
    PERMOHONAN RAYUAN STR FASA 1 2023
    PERMOHONAN RAYUAN STR FASA 1 2023 Jika anda telah membuat semakan status kelulusan
    1. author

      nurfarahana2 tahun ago

      status bpr masuk akaun suami tp akaun suami dah mati adakah duit bpr tu masuk dlm akaun isteri

      Reply
    2. author

      Hasmiedar2 tahun ago

      Lambat yer

      Reply
    3. author

      Mohamad alif bin abu bakar2 tahun ago

      Saya nk tanya duit bpr kenapa lambar masuk ke akuan saya.apa maksuk dalam proses pengkreditan

      Reply
    4. author

      azwa2 tahun ago

      hari ni da 12hb x de pn msuk.. x buat persediaan apa pn.. mmg menghrpkn duit tu.. bju ank2 pn x bli.. x de rasa nk raya pn 😭😭

      Reply
    5. author

      mohd shamri2 tahun ago

      saya punya tiada lagi masuk. bilng sebelum hari raya , esok hari raya sdah ney. belum masuk2x gi.

      Reply
    6. author

      MOHD SYAHIDUN BIN MAHMUDIN2 tahun ago

      Saya sampai sekarang dalam peroses saya guna publick bank…tolong la saya perlu kan duit nie…

      Reply
    7. author

      MOHD NURSALLAM BIN KAMARUDIN2 tahun ago

      tiap kali semak dlm proses pengkreditan..bila mase mahu masuk lam bank..dpt msj kata lulus bpr..boley terangkan ..bila boley masuk lam bank..

      Reply
    8. author

      razilhafizo bin samat2 tahun ago

      sy guna akaun bsn…..sampai 13 hb dah 6 kali prgi bank tp x masuk pn bpr…raya tahun ni dgn duit 40 sen dlm poket

      Reply
    9. author

      Sakri2 tahun ago

      Saya punya status dlm proses pengkreditan apa harus saya buat kali pertama saya dapat kali kedua belom lagi

      Reply
    10. author

      JAMIZAH Wahid2 tahun ago

      Saya pun mcm tu juga cek dlm online masih dlm proses pengkreditan lgi tpi dpt sms lulus…. sampai skrg cek2 masih xde lgi

      Reply
    11. author

      Albert bong2 tahun ago

      BPR DALAM PROSES PENGKREDITAN

      Reply
    12. author

      mohd amir2 tahun ago

      bpr dlm proses pengkriditan.. tapi sudah lulus. no akaun sy salah satu nombor.. masalahnya no baucer pon belum ada… mcm mana nak tahu no baucer?

      Reply
    13. author

      Reney2 tahun ago

      tiap kali semak dlm proses pengkreditan..bila mase mahu masuk dalam bank..saya guna CIMB…dpt msj kata lulus bpr…adik pun CIMB,tapi dah masuk..boleh terangkan ..bila boleh..masuk dalam bank..sampai hr ni 22/5/21 tak masuk masuk lg

      Reply
    14. author

      Suhaimi Yusof2 tahun ago

      Status permohonan. “LULUS”. “BPR Dalam Proses Pengkreditan”. Semasa mengisi permohonan. Saya tidak sedar akaun bank saya telah ditutup. Jadi tranksaksi ke bank itu oleh LHDN tidak boleh dikreditkan. Apakah langkah yang perlu saya buat untuk mendapatkan wang BPN yang lulus itu?

      Reply
    15. author

      Rozana Abdul Wahab2 tahun ago

      Macam mana nk tukar no. akaun… Bpr dh lulus tp tersilap no. akaun

      Reply
    16. author

      Seuceant Suilin2 tahun ago

      Bagaimanakah cara untuk memohon agar pengkreditan seterusnya dapat terus masuk ke akaun bank isteri?

      Reply
    17. PENGELUARAN STR FASA 1 DI BSN (Status Tiada Akaun/Gagal Kredit) - KekandaMemey2 minggu ago

      […] STR DALAM PROSES PENGKREDITAN (MAKSUD STATUS) […]

      Reply
    18. author

      Awang Ismail Bin Awang Ramli2 minggu ago

      Berapa hari (min/max) sebenarnya proses pengkreditan diperlukan oleh bank rakyat dalam hal SRT2023?
      Adakah setiap bank yang berlainan punya kaedah yang berbeza juga dalam proses duit bantuan?
      Atau lebih merujuk pada soal kecekapan berbeza tahap antara bank² terlibat?
      Persoalan berulang saban tahun, BKRM pasti ambil masa 4-5 hari malah lebih seminggu berbanding bank² utama lain.
      * Tukar bank utk next phase.

      Reply

    Leave a reply "STR DALAM PROSES PENGKREDITAN (MAKSUD STATUS)"