SUBSIDI PEMBELIAN TELEFON RM300 UNTUK ISI RUMAH( PEMERKASA)

SUBSIDI PEMBELIAN TELEFON RM300 UNTUK ISI RUMAH( PEMERKASA)

SUBSIDI PEMBELIAN TELEFON RM300

Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan beberapa bantuan tambahan di bawah insentif PEMERKASA.

Sebelum ini kerajaan telah menyediakan subsidi RM200 untuk pembelian aircond / peti sejuk, kini melalui PEMERKASA kerajaan memperkenalkan subsidi pembelian telefon sebanyak tiga ratus ringgit

APA ITU SUBSIDI PEMBELIAN TELEFON?

Bantuan ini adalah tambah baik kepada yang diumumkan dalam Belanjawan 2021 iaitu  subsidi pembelian telefon pintar sebanyak RM180 kepada semua penerima BPR

SEMAKAN KELAYAKAN SUBSIDI PEMBELIAN TELEFON RM300 UNTUK ISI RUMAH( PEMERKASA)

Bantuan ini khusus untuk isi rumah yang mempunyai anak bersekolah dengan peruntukan RM2 bilion.

TARIKH PELAKSANAAN SUBSIDI PEMBELIAN TELEFON

Bermula 5 Mei 2021

Subsidi Pembelian Telefon RM300 (PEMERKASA)

Kerajaan menambah subsidi pembelian telefon pintar atau peranti baharu daripada RM180 dalam Belanjawan 2021 kepada tiga ratus ringgit di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa).

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, subsidi itu disediakan untuk semua penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) bagi merapatkan jurang digital golongan B40 dan menyokong agenda pendigitalan negara.

“Jika Belanjawan 2021 telah diumumkan subsidi pembelian telefon pintar sebanyak 180 kepada semua penerima BPR, sukacita diumumkan tambah baik subsidi ini kepada RM300.

“Khusus untuk isi rumah yang mempunyai anak bersekolah bagi pembelian telefon pintar atau peranti baharu. Oleh itu, peruntukan program ini akan ditingkatkan kepada RM2 bilion dan akan dilancarkan pada awal Mei nanti.

“Saya menyeru syarikat telekomunikasi supaya menawarkan pakej internet mampu milik dan meneruskan kuota tambahan,” katanya dalam siaran langsung pengumuman khas Pemerkasa pada Rabu.

Rujuk CARA PENDAFTARAN PROGRAM JARINGAN PRIHATIN bermula 5 Mei 2021

KRITERIA PENEBUSAN PROGRAM JARINGAN PRIHATIN

Kriteria penebusan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan adalah seperti berikut:

  • Individu yang layak membuat penebusan perlu memohon melalui syarikat telekomunikasi yang menjadi pilihan dan hanya 1 tuntutan dibenarkan bagi setiap individu atau isi rumah yang layak.
  • Jika individu tersebut mempunyai 2 nombor mudah alih, individu hanya boleh memilih 1 nombor mudah alih yang menerima tuntutan subsidi yang ditawarkan.
  • Penerima yang layak dibenarkan untuk menukar syarikat telekomunikasi maksimum 3 kali dalam tempoh program sepanjang 12 bulan.
  • Penerima tidak boleh menebus subsidi Jaringan Prihatin lebih daripada sekali sebulan atau memindahkan subsidi kepada pihak ketiga atau ditukar kepada bentuk tunai.

CARA TEBUS/LANGGAN TAWARAN PROGRAM JARINGAN PRIHATIN

Untuk membuat penebusan atau langganan dan mengetahui tawaran yang disediakan, sila layari pautan syarikat telekomunikasi berikut:

  1. Semak kelayakan di laman web BPR iaitu https://bpr.hasil.gov.my/ atau di laman web syarikat telekomunikasi
  1. Jika layak, daftar sebagai pelanggan.
  2. Tentukan subsidi yang menjadi pilihan.
  3. Nikmati peranti atau data percuma.

SOALAN LAZIM

Bilakah bermula subsidi pembelian telefon?

Bermula 5 Mei 2021, individu dan isi rumah yang layak boleh memohon bantuan ini bernilai RM300

Macam mana nak guna bantuan ini?

Bantuan ini boleh digunakan untuk pembelian telefon bimbit baru/langgan data

Bilakah diumumkan bantuan ini?

Perkara ini diumumkan di bawah insentif PEMERKASA.

Bagaimanakah cara permohonan bantuan ini?

Sila buat semakan kelayakan BPR dan langgan/tebus tawaran.Rujuk artikel diatas.

 

17 thoughts on “SUBSIDI PEMBELIAN TELEFON RM300 UNTUK ISI RUMAH( PEMERKASA)”

  1. Utk pembelajaran anak durumah memandangkan hp asas ibubapa hanya 1.mmg amat memerlukan atas sbb urusan perkembangan anak bertali arus pd wsap group di sekolah. Di samping itu dpt mengetahui serba sedikit perkenbangan pembelajaran ank di sekolah.. Terima kasih kepada kerajaan atas saranan subsidi ini

    Balas
  2. Saya orang oku Telefon bibi ssya rosak. Saya harap
    boleh dapat Satu Telefon bahru .
    Plan to do online business yet my mobile is defaulted.

    Balas
  3. Assalamualaikum dan salam sejatera..
    Untuk pembelajaran ank saya dirumah memandangkan hp asas saya hanya ada 1 saja yg dpt digunakn.memang amat memerlukan lagi 1 hp atas sebab2 urusan perkembangan ank bertali arus pd wsapp group disekolah sambil itu dpt mengetahui serba sedikit perkembangan pembelajaran ank disekolah melalui wsapp group sekolah dr cikgu masing2..TERIMA KASIH..

    Balas

Leave a Comment