SUBSIDI PENJAGAAN ANAK PENJANA (eBaucar RM800)
Bagi memudahkan peralihan kepada norma baharu iaitu bekerja dari rumah, kerajaan akan membantu ibu bapa melalui subsidi dan insentif perbelanjaan perkhidmatan penjagaan anak seperti berikut :
-PEMBERIAN eBaucar bernilai RM800 untuk mendapatkan perkhidmatan pengasuh mobil.eBaucar boleh dituntut sehingga penghujung Ogos 2020.
–Menaikan had pelepasan cukai pendapatan individu untuk yuran yang dibayar kepada pusat asuhan dan taman didikan kanak-kanak daripada RM2000 kepada RM3000 bagi tahun taksiran 2020 da 2021.
SUBSIDI PENJAGAAN ANAK PENJANA (eBaucar RM800)
–Geran secara ‘one-off’ sehingga RM5,000 kepada pengendali taska yang berdaftar di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sehingga 31 Disember 2020 untuk memenuhi SOP penjagaan kesihatan baharu.
-Insentif tersebut adalah untuk melatih pengasuh baharu bagi penjagaan kanak-kanak dan kursus pendidikan awal di bawah KPWKM.
APA ITU PENGASUH MOBIL
Pengasuh (nanny) bertugas menjaga anak anda di rumah anda sendiri. Di sesetengah negara di Eropah, pengasuh mempunyai kelayakan dalam bidang penjagaan kanak-kanak.
Selain daripada penjagaan umum kanak-kanak, pengasuh yang berkelayakan juga berpengetahuan dalam bidang nutrisi, kesihatan dan keselamatan, pembelajaran melalui bermain, serta perkembangan emosi, sosial, fizikal, bahasa dan intelek kanak-kanak dari sejak lahir hingga umur lapan tahun.
Di Malaysia, pengasuh mungkin mempunyai pengalaman luas, tetapi tiada kelayakan formal.
Adalah penting untuk memilih pengasuh yang boleh memberi rujukan terhadap pengalaman mereka jika mereka tidak mempunyai kelayakan formal.
Anda mungkin dapati bahawa menggunakan khidmat pengasuh adalah pilihan yang lebih baik kerana khidmat penjagaan satu-sama-satu yang ditawarkan.
Hakikat bahawa pengasuh akan datang ke rumah anda, dan bukan sebaliknya, bermakna bahawa rutin anak anda di rumah kurang terganggu.
Ia juga lebih mudah bagi anda keana anda boleh pergi ke tempat kerja tanpa perlu tergesa-gesa menghantar bayi ke tempat penjagaan.
APA TUGAS PENGASUH
Tanggung jawab utama pengasuh ialah memenuhi keperluan sosial, intelek dan emosi anak anda. Ini bermakna, mereka harus memastikan bayi anda mendapat diet yang seimbang, melakukan banyak aktviti yang merangsang perkembangan dan tentu sekali pelukan dan kasih sayang.
Mereka juga bertanggung jawab ke atas semua rutin domestik berkaitan dengan anak anda seperti mengemas katil, membersihkan tandas dan mencuci dan menggosok pakaian anak anda.
Walau bagaimanapun, mereka tidak bertanggung jawab ke atas tugas-tugas rumah yang lain.
PANDUAN PILIH PENGASUH
- Semak profil laman sosial pengasuh dan lihat perkataan yang digunakannya sama ada baik atau sebaliknya.
- Ketika meninjau ke rumah pengasuh lihat persekitaran rumah dan anak di bawah jagaan pengasuh.
- Lihat juga sama ada pengasuh berdaftar dengan JKM atau tidak sekiranya anak jagaan melebihi empat orang. Jika tidak abaikan saja dan cari pengasuh lain.
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Sebarang pertanyaan mengenai sistem eZi2Care,
Sila emelkan ke : [email protected]
Tags: #APA ITU PENGASUH MOBIL #Menaikan had pelepasan cukai pendapatan individu #PEMBERIAN eBaucar bernilai RM800 #sistem eZi2Care #SUBSIDI PENJAGAAN ANAK #SUBSIDI PENJAGAAN ANAK (eBaucar RM800) #SUBSIDI PENJAGAAN ANAK PENJANA (eBaucar RM800)
Muhammad azrul bin Jamaluddin9 months ago
Macam mana nak mohon eBaucer RM800? Ada link yang sahih??
Syahayati sophia binti abu bakar9 months ago
Mcm mana nak claim…dpt claim hari ni juga kah
wan norihan binti wan yaacob8 months ago
SUBSIDI PENJAGAAN ANAK PENJANA (eBaucar RM800)
NURHI HAJIHAH BT MOHAMAD8 months ago
Sebagai ibu tunggal sy mohon bantuan utk penjagaan anak yg sedang sakit epilapsy
Rosilawati hassan8 months ago
Sebagai ibu tunggal.mhon bantuan penjagaan ank yg msih sekolah.
Sugakumar8 months ago
Bagaimana mohon ebaucer rm800?Ada link?