SUBSIDI UJIAN SARINGAN COVID-19 RM150 PERKESO
PERLUASAN SKOP PROGRAM SARINGAN PRIHATIN(PSP) PERKESO
Selari dengan keprihatinan Kerajaan dalam memastikan tempat kerja yang selamat dan sihat, Kementerian Sumber Manusia (KSM) melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah bersetuju untuk membuat peluasan skop Program Saringan Prihatin (PSP) PERKESO dengan meningkatkan bilangan penyedia perkhidmatan saringan COVID-19.
Adalah dimaklumkan bahawa Program Saringan Prihatin (PSP) PERKESO kini akan membolehkan saringan dijalankan di mana – mana penyedia perkhidmatan (klinik / hospital) yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan.
FOKUS SARINGAN COVID-19 TERKINI
Program ini masih memberikan tumpuan dan keutamaan saringan Covid-19 melibatkan pekerja-pekerja yang berisiko tinggi jangkitan COVID-19.
Oleh itu peluasan skop ini hanyalah kepada pekerja warga asing pencarum PERKESO di dalam sektor pembinaan dan kawalan keselamatan yang beroperasi di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terlebih dahulu, bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di kalangan pekerja yang berisiko ini.
Oleh itu, majikan-majikan di sektor pembinaan dan kawalan keselamatan di Selangor dan Kuala Lumpur boleh menjalankan saringan Covid-19 bagi pekerja-pekerja warga asing mereka yang mencarum kepada PERKESO di mana- mana klinik atau hospital yang menawarkan perkhidmatan saringan tersebut.
CARA PERMOHONAN SUBSIDI UJIAN SARINGAN COVID-19 RM150 PERKESO
Pihak majikan seterusnya boleh mengemukakan permohonan bagi subsidi ujian saringan tersebut, yang akan dibayar pada kadar maksima RM150 setiap ujian.
Ini cara untuk membuat TUNTUTAN PROGRAM SARINGAN PRIHATIN (PSP) PERKESO sebanyak RM150
TARIKH KUAT KUASA PERLUASAN SKOP SUBSIDI SARINGAN COVID-19
Peluasan skop bagi subsidi saringan ini akan berkuatkuasa bagi ujian yang dijalankan bermula 1 Jun 2020. Saringan COVID-19 yang dijalankan kepada pekerja-pekerja selain daripada yang disebut di atas adalah tidak termasuk di dalam peluasan skop ini dan tidak layak bagi tuntutan subsidi saringan.
SUBSIDI UJIAN SARINGAN COVID-19 RM150 PERKESO
Perubahan ini adalah selaras dengan arahan terkini kerajaan untuk meluaskan lagi skop penyedia perkhidmatan saringan COVID-19 dengan membolehkan subsidi pembiayaan ujian ini diluaskan kepada ujian yang dibuat di mana-mana penyedia perkhidmatan berbanding yang sebelum ini.
BACA : REGISTER & SEMAKAN KEPUTUSAN PSP PERKESO
Diharap dengan peluasan skop ini, lebih ramai lagi majikan di sektor pembinaan dan kawalan keselamatan di Selangor dan Kuala Lumpur akan dapat menjalankan saringan ke atas pekerja warga asing mereka. Bersama-samalah kita bekerjasama untuk mencegah penyebaran COVID-19 di Malaysia.
Tags: #CARA PERMOHONAN SUBSIDI UJIAN SARINGAN COVID-19 RM150 PERKESO #FOKUS SARINGAN COVID-19 TERKINI #PERLUASAN SKOP PROGRAM SARINGAN PRIHATIN(PSP) PERKESO #SUBSIDI UJIAN SARINGAN COVID-19 RM150 PERKESO