SURAT KEBENARAN MITI/MITI’s Approval Letter(Tujuan Rentas Negeri & Daerah Semasa PKP/MCO)
Kepada usahawan dan syarikat yang beroperasi dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0),anda perlu muat turun surat kebenaran MITI @ MITI’s Approval Letter bagi tujuan rentas negeri dan daerah.
Bagaimanakah cara dapatkan surat kebenaran MITI @ MITI’s Approval Letter?Anda perlu daftar dan login di portal https://notification.miti.gov.my/login
CARA CETAK SURAT KEBENARAN MITI/MITI’s Approval Letter
- Jika anda belum pernah buat pendaftaran,sila rujuk CARA DAFTAR CIMS MITI
- Kemudian layari https://notification.miti.gov.my/login untuk log masuk.
- Sila masukan email dan password
- Klik LOG MASUK
- Dipaparkan MENU:
- Dashboard
- Profile
- Borang Notifikasi
- Sila pilih menu Dashboard
- Klik butang TEMPLATE MUAT NAIK SENARAI PEKERJA dan download
- Sila lengkapkan senarai pekerja seperti dalam template Microsoft Excel yang disediakan yang mengandungi:
- Company Name
- Company Registration No
- Workers Name
- Nationality
- IC / Passport No
- Save fail Microsoft Excel yang telah lengkap tadi kerana ia akan digunakan nanti
- Seterusnya, klik Borang Notifikasi di menu sebelah kiri
- Klik Notifikasi Beroperasi
- Tekan butang Daftar Notifikasi Baru di sebelah kanan atas
- Lengkapkan semua maklumat yang dipinta
- Di bahagian bawah sekali, ada ruangan Muat naik dokumen senarai Pekerja
- Tekan Choose file
- Muat naik fail Microsoft Excel tadi
- Tekan butang Simpan & Terus / Save & Exit
- Pastikan maklumat yang diberikan adalah lengkap dan tepat
- Tick di bahagian AKUJANJI / PENGESAHAN
- Tekan butang Hantar Notifikasi / Submit Notification
- Sekiranya berjaya, akan keluar paparan BORANG PERMOHONAN KEBENARAN BEROPERASI SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN / REQUIRE FORM TO OPERATE DURING MOVEMENT CONTROL ORDER
- Tekan butang Kembali / Back untuk buat semakan permohonan yang dihantar tadi
- Keputusan untuk permohonan akan dipaparkan di sini
- Tekan butang Papar untuk print borang kebenaran
SOALAN LAZIM
Bolehkah syarikat beroperasi sepanjang tempoh PKP?
Ya, sekiranya syarikat anda dikategorikan di bawah Senarai Perkhidmatan Perlu yang disediakan MITI atau syarikat pengilangan dan pembuatan anda berdaftar dengan MITI melalui sistem COVID-19 Intelligent Management System (CIMS) di pautan www.notification.miti.gov.my.
Berapa bilangan pekerja dibenarkan berada di premis?
Kapasiti kakitangan sepanjang tempoh PKP 3.0 adalah dengan 60% kakitangan di premis dan 40% bekerja dari rumah
Adakah wajib bekerja dari rumah (BDR) bagi semua pekerja industri?
Pihak majikan wajib melaksanakan BDR bagi kakitangan kumpulan pengurusan, termasuk tugas-tugas membabitkan perakaunan, kewangan, pentadbiran, perundangan, perancangan, ICT dan yang berkaitan. Bagi pekerja-pekerja sektor yang tidak disenaraikan dalam Senarai Perkhidmatan Perlu, arahan BDR akan berkuatkuasa.
Adakah anda dibenarkan rentas daerah/negeri untuk tujuan kerja?
Anda dibenarkan merentas daerah atau negeri dengan hanya membawa pas pekerja, surat MITI atau surat kebenaran majikan.
Apa dokumen yang perlu disediakan majikan buat pekerja?
Pekerja syarikat yang dibenarkan untuk berada di tempat kerja pada satu-satu masa wajib membawa salinan surat notifikasi pengesahan pendaftaran yang dibekalkan oleh majikan bersama pas pekerja atau surat pengesahan majikan bagi tujuan pergerakan pekerja melepasi sekatan jalan raya.
Bagaimana anda boleh mendapatkan surat kebenaran MITI /MITI’s Approval Letter ?
Syarikat-syarikat yang telah berdaftar dengan pangkalan data MITI iaitu COVID-19 Intelligent Management System (CIMS) melalui pautan www.notification.miti.gov.my
kedai saya beroperasi di kuala krai, kelantan.tetapi saya perlu ke rtc kota bharu untuk membeli buah-buahan utk dijual di kedai saya.semasa memohon surat kebenaran miti dalam cims 3.0, apa yg perlu saya tulis di ruangan KAWASAN OPERASI?tulis lokasi kedai tempat saya beniaga atau RTC KOTA BHARU untuk saya tempat saya membeli barangan kedai?mohon penjelasan.tq
Terbaik info..tq!
supplier of pharm