SYARAT & JUMLAH PENGELUARAN i-SINAR KWSP

SYARAT & JUMLAH PENGELUARAN i-SINAR KWSP

PENGELUARAN i-SINAR KWSP

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan perincian dan kelayakan akses ke Akaun 1 bagi kemudahan i-Sinar.

SYARAT & JUMLAH PENGELUARAN i-SINAR KWSP

SYARAT KELAYAKAN PENGELUARAN i-SINAR KWSP

Berikut adalah syarat kelayakan pengeluaran i-SINAR KWSP:

Setelah meneliti dan menilai keadaan semasa, KWSP telah mengambil langkah untuk memperluaskan skop i-Sinar yang merangkumi ahli yang kehilangan pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji atau tiada sumber pendapatan. i-Sinar akan memberi manfaat kepada 2 juta ahli yang layak dan dianggarkan sejumlah RM14 bilion akan tersedia untuk ahli yang layak.

RINGKASAN SYARAT PERMOHONAN i-SINAR 

Permohon mulai 1 Disember 2020 melalui portal i-Sinar(online sahaja)

Semua permohonan secara online iaitu melalui telefon pintar atau komputer peribadi ahli.

  • Berumur 55 tahun dan ke bawah
  • Ahli atau pencarum yang diberhentikan kerja atau ditangguh bayaran gaji
  • Ahli Aktif KWSP,mempunyai sekurang-kurang 1 bulan caruman mulai Mac 2019 sehingga Februari 2020
  • Tiada caruman dalam tempoh 2 bulan semasa permohonan

Boleh juga rujuk CARA LOGIN i-SINAR KWSP

Ahli yang layak boleh membuat permohonan bermula Disember 2020. Amaun akan dikreditkan dalam akaun bank ahli pada hujung bulan selepas permohonan dibuat. Pengkreditan pertama akan bermula pada Januari 2021. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan bermula pada tarikh pertama pengkreditan.

Baca tentang CARA DAFTAR i-SINAR KWSP(PENGELUARAN DUIT EPF AKAUN 1)

Secara umum, ahli yang layak boleh mengakses 10% daripada amaun simpanan mereka dalam Akaun 1, tertakluk kepada baki minimum RM100.

Ahli yang mempunyai baki RM90,000 dan ke bawah (Akaun 1), akan mempunyai akses kepada amaun sehingga RM9,000. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM4,000.

Rujuk SOALAN LAZIM i-SINAR KWSP

Ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM90,000 (Akaun 1), akan mempunyai akses 10%. Walau bagaimanapun, amaun maksimum yang boleh didahulukan adalah RM60,000.

Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM10,000.

CONTOH PENGIRAAN JUMLAH PENGELUARAN i-SINAR AKAUN 1 KWSP

SYARAT & JUMLAH PENGELUARAN i-SINAR KWSP

SYARAT & JUMLAH PENGELUARAN i-SINAR KWSP

Ahli yang memilih untuk memohon kemudahan i-Sinar perlu menggantikan amaun yang telah didahulukan.

Caruman baharu akan dikreditkan 100% ke dalam Akaun 1 sehingga amaun pendahuluan yang diterima telah digantikan semula.

Selepas itu, caruman akan kembali ke kadar pecahan asal iaitu 70% bagi Akaun 1 dan 30% bagi Akaun 2.

Untuk menentukan amaun yang diperlukan untuk permohonan di bawah i-Sinar dan memastikan kelangsungan hidup semasa krisis, ahli digalakkan untuk mendapatkan nasihat kewangan melalui Pegawai Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) KWSP dan/atau Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Maklumat lebih lanjut serta butiran terperinci mengenai kelayakan i-Sinar serta terma dan syarat akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Tags: #CONTOH PENGIRAAN JUMLAH PENGELUARAN i-SINAR AKAUN 1 KWSP #RINGKASAN SYARAT PERMOHONAN i-SINAR #SYARAT & JUMLAH PENGELUARAN i-SINAR KWSP #SYARAT KELAYAKAN PENGELUARAN i-SINAR KWSP

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    CHECK KWSP GUNA NOMBOR IC(NOMBOR AHLI KWSP)
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinCHECK KWSP GUNA NOMBOR IC(NOMBOR AHLI KWSP) Berdasarkan situasi sekarang,ramai ahli KWSP
    PORTAL i-SINAR KWSP:PERMOHONAN PENGELUARAN i-SINAR
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinPORTAL i-SINAR KWSP:PERMOHONAN PENGELUARAN i-SINAR Bermula 1 Disember 2020,ahli KWSP yang layak
    SOALAN LAZIM i-SINAR KWSP
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinSOALAN LAZIM i-SINAR KWSP Jika ada persoalan tentang i-SINAR KWSP,berikut adalah tentang
    LOGIN i-SINAR KWSP:CARA LOG MASUK i-SINAR (PENGELUARAN DUIT EPF AKAUN 1)
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinLOGIN i-SINAR KWSP:CARA LOG MASUK i-SINAR (PENGELUARAN DUIT EPF AKAUN 1) Kepada
    1. author

      shahrozi rozi1 week ago

      500

      Reply
    2. author

      shahrozi rozi1 week ago

      shahrozi bin sharif.99 jalan nilam felda trolak timur 35600.sungkai perak

      Reply
    3. author

      shahrozi rozi1 week ago

      rm5oo

      Reply

    Leave a reply "SYARAT & JUMLAH PENGELUARAN i-SINAR KWSP"