TABUNG PEMBANGUNAN USAHANIAGA TPUP: CARA PERMOHONAN & SEMAKAN
Apa Itu TPUP
TPUP bertujuan untuk menyediakan sumber pembiayaan yang mudah secara pinjaman tanpa faedah kepada usahawan peladang untuk meningkatkan tahap pengeluaran,pemprosesan dan perkhimatan dalam bidang pertanian.
Kaedah pembiayaan adalah dalam bentuk pinjaman dengan sejumlah maksima sebanyak RM100,000 dengan kos perkhimatan 2.0% daripada nilai pembiayaan.Pembiayaan adalah dalam bentuk matabenda
OBJEKTIF TPUP
-Meningkatkan pendapatan 500 usahawan berpendapatan sehingga melebihi RM4,000 sebulan menjelang 2020
-Meningkatkan bilangan usahawan peladang yang mampu menghasilkan produk memenuhi tahap piawaian tempatan dan bersedia untuk memasuki pasaran antarabangsa
-Meningkatkan dan memantapkan usawahan peladang yang mempunyai jaringan perniagaan dengan PP dan mewujudkan rantaian nilai produk yang dikeluarkan oleh usahawam
SEMAKAN KELAYAKAN MENYERTAI TPUP
Berikut adalah syarat kelayakan menyertai TPUP
-Ahli Pertubuhan Peladang Kawasan(PPK)
-Mengisi borang pemohonan TPUP dengan lengkap
-Mempunyai saham minima RM300
-Mampu menyediakan sebahagian daripada modal projek
-Sedang mengusahakan projek/projek baru
-Memenuhi skop projek yang disyaratkan
-Mematuhi syarat saiz minima projek seperti ditetapkan
-pinjaman tidak boleh bertindih atau tidak mempunyai baki pinjaman di PPK
KEUTAMAAN PROJEK
-Industri Asas Tani(IAT)
Contoh:Penghasilan produk proses berasakan makanan dan bukan makanan pertanian serta aktiviti sokongan IAT
-Pengeluaran Pertanian
Contoh:Tanaman(sayur-sayuran,buah-buahan), ternakan, dan akuakultur
-Perkhimatan
Contoh:Agropelancongan,kejenteraan ladang dan pengangkutan
CARA PERMOHONAN TABUNG PEMBANGUNAN USAHANIAGA(TPUP)
Jika anda layak, anda boleh mengisi borang pemohonan TPUP dengan lengkap
Isi borang disini
Anda perlu pilih program TABUNG PEMBANGUNAN USAHANIAGA dan mengisi maklumat diri dan tekan submit
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Nama : Mohd Farhan Bin Zainul Alam
Jawatan : Ketua Cawangan Pembiayaan
No. Telefon : 03-26109600
Email : [email protected]
Baca tentang Geran Agropreneur Muda (GAM)