TABUNG SIMPANAN PENDIDIKAN ANAK PERAK 2020 : CARA & BORANG PERMOHONAN

TABUNG SIMPANAN PENDIDIKAN ANAK PERAK 2020 : CARA & BORANG PERMOHONAN

TABUNG SIMPANAN PENDIDIKAN ANAK PERAK 2020

APA ITU TABUNG SIMPANAN PENDIDIKAN ANAK PERAK

Kerajaan Negeri Perak melalui Yayasan Perak memperuntukkan sebanyak RM200 kepada bayi kelahiran Negeri Perak mulai tahun 2010 sebagai simpanan permulaan menerusi Skim Simpanan Pendidikan Tinggi Nasioanla (SSPN-i) di bawah PTPTN.

Sebagai anak Perak rugi sangat sekiranya kita tidak mengambil kesempatan ke atas inisiatif yang disediakan oleh Pihak Kerajaan Negeri kepada kita semua.

BORANG PERMOHONAN TABUNG SIMPANAN PENDIDIKAN ANAK PERAK

Borang permohonan boleh didapati secara percuma di Pejabat Yayasan Perak, Pejabat Cawangan PTPTN, Pejabat Pusat Khidmat ADUN atau dicetak di laman web Yayasan Perak di www.yayasanperak.gov.my.

KADAR PEMBERIAN

Skim Simpanan Pendidikan Tinggi Nasional  RM200

KEISTIMEWAAN Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)

Beberapa keistimewaan telah ditawarkan oleh pihak PTPTN antaranya ialah:

  • Merupakan satu cara atau kaedah simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi;
  • Menawarkan pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000.00 setahun;
  • Perlindungan takaful secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000.00 dan ke atas;
  • Pemberian Geran Sepadan sehingga RM10,000.00 untuk sebuah keluarga yang layak; (Syarat keluarga berpendapatan bulanan tidak melebihi RM4,000.00 sebulan layak Geran Sepadan apabila anak diterima dan mendaftar masuk ke IPT)
  • Simpanan serendah RM20.00 sahaja pada bila-bila masa;
  • Kadar dividen yang menarik serta kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan;
  • Kemudahan simpanan melalui potongan gaji.
  • Perlindungan takaful secara percuma berupa manfaat dan/atau khairat kematian hanya layak untuk pendeposit yang berumur 18 hingga 65 tahun. Sementara penerima manfaat yang berumur 1 hari hingga 28 tahun layak mendapat khairat kematian jika berlaku kematian ke atasnya. Walaubagaimanapun, ia tertakluk kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan.

 

SYARAT BANTUAN TABUNG SIMPANAN PENDIDIKAN ANAK PERAK

1.Penerima manfaat (anak) hendaklah warganegara Malaysia dan anak kelahiran Negeri Perak

  • Ibu atau bapa lahir di Negeri Perak ; atau
  • Ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun ; atau
  • Ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun.
  1. Jumlah pendapatan isi rumah di bawah RM5,000 sebulan sahaja (gaji pokok) mulai 1 Januari 2019.
  2. Kelahiran anak di Negeri Perak mulai 1 Januari 2010 selepas jam 12.00 tengah malam.
  3. Permohonan dibuka sepanjang tahun

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

  • Salinan sijil kelahiran atau MYKID, kad pengenalan bapa atau ibu yang lahir di Perak.
  • Penyata pendapatan (isirumah) bapa & ibu / penjaga yang disahkan oleh majikan dan sekiranya pesara sila kepilkan salinan penyata pencen bulanan atau jika bekerja sendiri sila dapatkan pengesahan pendapatan daripada Pengerusi MPKK/Penghulu Mukim kawasan masing-masing.
  • Sila sertakan bersama borang permohonan pembukaan akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) yang siap diisi.
  • Borang Permohonan:
  • Sokongan/Perakuan – ADUN / Penyelaras DUN / Pengerusi MPKK / Penghulu Mukim (Kawasan tempat tinggal di Negeri Perak sahaja)
  • Permohonan yang TIDAK LENGKAP atau TIDAK DISERTAKAN dokumen yang diperlukan akan DITOLAK.

MUAT TURUN BORANG TABUNG SIMPANAN PENDIDIKAN ANAK PERAK 2020

Borang Permohonan Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak juga boleh didapati secara percuma di Pejabat Yayasan Perak, Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan masing-masing.

Borang Pembukaan Akaun SSPN-i bagi pemohon yang masih belum mempunyai akaun SSPN-i

CARA PERMOHONAN TABUNG SIMPANAN PENDIDIKAN ANAK PERAK 2020

1.Semak syarat kelayakan terlebih dahulu

2.Muat turun borang

3.Lengkapkan borang

4.Sediakan dokumen yang diperlukan

5.Hantar borang & dokumen

Baca tentang SENARAI BANTUAN KERAJAAN NEGERI PERAK 2020

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Sebarang pertanyaan sila hubungi Yayasan Perak – Rasmi di talian 05 255 2929/253 7779.

Tags: #CARA PERMOHONAN TABUNG SIMPANAN PENDIDIKAN ANAK PERAK 2020 #MUAT TURUN BORANG TABUNG SIMPANAN PENDIDIKAN ANAK PERAK 2020 #TABUNG SIMPANAN PENDIDIKAN ANAK PERAK 2020 #TABUNG SIMPANAN PENDIDIKAN ANAK PERAK 2020 : CARA & BORANG PERMOHONAN

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    MyFutureAgro: PERMOHONAN PROGRAM MOBILITI TENAGA KERJA SEKTOR AGROMAKANAN
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinMyFutureAgro: PERMOHONAN PROGRAM MOBILITI TENAGA KERJA SEKTOR AGROMAKANAN Programme ini bertujuan untuk
    PERMOHONAN BSH MAHASISWA 2020 RM100 SEBULAN
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinPERMOHONAN BSH MAHASISWA 2020 RM100 SEBULAN Bagi Tahun 2020, Permohonan BSH Mahasiswa
    BORANG PERMOHONAN EX-GRATIA KEMATIAN : INSENTIF KEPADA WARIS PENJAWAT AWAM
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinBORANG PERMOHONAN EX-GRATIA KEMATIAN : INSENTIF KEPADA WARIS PENJAWAT AWAM Kerajaan Malaysia
    PERMOHONAN RAYUAN BSH 2020 BAGI ISI RUMAH BERCERAI
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinPERMOHONAN RAYUAN BSH 2020 BAGI ISI RUMAH BERCERAI Ramai yang memberi respon

    Leave a reply "TABUNG SIMPANAN PENDIDIKAN ANAK PERAK 2020 : CARA & BORANG PERMOHONAN"