PERMOHONAN BANTUAN TABUNG SIMPANAN PENDIDIKAN ANAK PERAK (TASPEN)

PERMOHONAN BANTUAN TABUNG SIMPANAN PENDIDIKAN ANAK PERAK (TASPEN)

TABUNG SIMPANAN PENDIDIKAN ANAK PERAK (CARA & BORANG PERMOHONAN)

Kepada warga Perak khusus warga ibu bapa yang melahirkan anak mulai tahun 2010 boleh membuat permohonan bantuan tabung simpanan pendidikan kepada anak-anak yang diperkenalkan oleh Yayasan Perak yang dikenali sebagai TASPEN. Disini kami akan kongsikan maklumat mengenai bantuan simpanan pendidikan ini, semoga membantu.

 

APA ITU TABUNG SIMPANAN PENDIDIKAN ANAK PERAK

Tabung Simpanan Pandidikan Anak Perak (TASPEN) merupakan insentif yang diberikan dalam bentuk simpanan pandidikan untuk masa hadapan anak-anak. Bantuan ini di wujudkan adalah bertujuan untuk memberi kesedaran dan menggalakkan rakyat dalam membuat simpanan bagi kegunaan anak apabila melanjutkan pengajian di universiti.

 

OKJEKTIF TABUNG SIMPANAN PENDIDIKAN ANAK PERAK

Berikut adalah merupakan antara objektif pewujudan tabung simapanan ini iaitu:

  • Memberi kesedaran dan menggalakkan rakyat untuk membuat simpanan bagi kegunaan anak apabila melanjutkan pengajian di universiti.
  • Mendidik kita supaya tidak terlalu bergantung kepada skim pinjaman pengajian tinggi.
  • Mengurangkan tanggungan beban hutang pendidikan yang tinggi di kemudian hari.

 

KELEBIHAN TABUNG SIMPANAN PENDIDIKAN ANAK PERAK

Berikut adalah merupakan antara kelebihan dan keistimewaan yang akan diperolehi iaitu:

  • Merupakan satu cara atau kaedah simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi.
  • Menawarkan pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000 setahun.
  • Perlindungan takaful secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000 dan ke atas.
  • Pemberian Geran Sepadan sehingga RM10,000 untuk sebuah keluarga yang layak (syarat keluarga berpendapatan bulanan tidak melebihi RM4,000 sebulan layak Geran Sepadan apabila anak diterima dan mendaftar masuk ke IPT).
  • Simpanan serendah RM20.00 sahaja pada bila-bila masa.
  • Kadar dividen yang menarik serta kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan.
  • Kemudahan simpanan melalui potongan gaji.
  • Perlindungan takaful secara percuma berupa manfaat dan atau khairat kematian hanya layak untuk pendeposit yang berumur 18 hingga 65 tahun. Sementara penerima manfaat yang berumur 1 hari hingga 28 tahun layak mendapat khairat kematian jika berlaku kematian ke atasnya. Namun, ia tertakluk kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan.

 

KADAR BAYARAN 

Kadar simpanan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Perak sebanyak RM200 Secara secara one-off setiap kelahiran anak Perak yang layak

 

TEMPOH PERMOHONAN TABUNG SIMPANAN PENDIDIKAN ANAK PERAK

Permohonan tabung simpanan dibuka sepanjang tahun.

 

SYARAT KELAYAKAN TABUNG SIMPANAN PENDIDIKAN ANAK PERAK

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan:

  1. Penerima manfaat (anak) hendaklah warganegara Malaysia dan kelahiran Negeri Perak mulai 1 Januari 2010 selepas jam 12.00 tengah malam.
  2. Ibu atau bapa kelahiran Negeri Perak ; atau
  3. Ibu atau bapa kelahiran Negeri Perak tetapi SEDANG beralamat di luar Negeri Perak dan TELAH bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun ; atau
  4. Ibu atau bapa kelahiran LUAR Negeri Perak tetapi TELAH bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun.
  5. Ibu atau bapa kelahiran Negeri Perak tetapi ANAK LAHIR DI DAERAH YANG BERSEMPADAN dengan Negeri Perak (Hospital Bersalin terletak di Pulau Pinang, Kedah dan Selangor).
    • Bagi permohonan di para 1.3, dan 1.4, SURAT PENGESAHAN BERMASTAUTIN DI NEGERI PERAK LEBIH 10 TAHUN dari Penghulu Mukim / Ketua Kampung.
    • Bagi permohonan di para 1.5, SURAT PENGESAHAN BERMASTAUTIN DI NEGERI PERAK LEBIH 10 TAHUN dari Penghulu Mukim / Ketua Kampung diperlukan.
  6. Pendapatan (isirumah) di bawah RM 7,500 sebulan .

 

DOKUMEN DIPERLUKAN

Berikut adalah merupakan dokumen yang anda perlu disediakan untuk membuat permohonan:

  1. Salinan sijil kelahiran atau MYKID, kad pengenalan bapa atau ibu yang lahir di Perak.
  2. Penyata pendapatan (isirumah) bapa & ibu / penjaga yang disahkan oleh Pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 41 / Gred 3, Kumpulan A ke atas dan sekiranya pesara sila kepilkan salinan penyata pencen bulanan atau jika bekerja sendiri sila dapatkan pengesahan pendapatan daripada Penghulu / Ketua Kampung kawasan masing-masing.
  3. Sila sertakan bersama borang permohonan pembukaan akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) yang siap diisi.
  4. Surat Sokongan/Perakuan – ADUN / Penghulu / Ketua Kampung (Kawasan tempat tinggal di Negeri Perak sahaja)

 

BORANG PERMOHONAN TABUNG SIMPANAN PENDIDIKAN ANAK PERAK

Borang permohonan boleh didapati secara percuma di:

 

CARA PERMOHONAN TABUNG SIMPANAN PENDIDIKAN ANAK PERAK

Berikut adalah merupakan cara untuk membuat permohonan:

  1. Semak syarat kelayakan terlebih dahulu
  2. Muat turun borang
  3. Lengkapkan borang permohonan tersebut
  4. Sediakan dokumen yang diperlukan
  5. Hantar borang & dokumen kepada
    • Yayasan Perak, Tingkat 1, Wisma Yayasan Perak, No 111, Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh Perak

 

CARA BAYARAN TABUNG SIMPANAN PENDIDIKAN ANAK PERAK

Pembayaran adalah dalam bentuk akaun “Simpan SSPN Prime” yang diuruskan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

 

INFOGRAFIK TABUNG SIMPANAN PENDIDIKAN 

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Sebarang pertanyaan sila hubungi Yayasan Perak – Rasmi di talian 05 255 2929/253 7779.

ARTIKEL LAIN

Leave a Comment