TABUNG USAHAWAN WANITA KELANTAN 2021:PERMOHONAN BANTUAN SEHINGGA RM4000(PPWK)

TABUNG USAHAWAN WANITA KELANTAN 2021:PERMOHONAN BANTUAN SEHINGGA RM4000(PPWK)

TABUNG USAHAWAN WANITA KELANTAN

Permohonan bantuan Tabung Usahawan Wanita Kelantan bagi tahun 2021 dibuka bermula 18 Julai 2021 sehingga 5 Ogos 2021.

Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Kerajaan Negeri Kelantan merupakan badan yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan hal berkaitan inisiatif ini.

APA ITU TABUNG USAHAWAN WANITA KELANTAN?

Kerajaan Negeri Kelantan menyediakan bantuan berbentuk peralatan perniagaan kepada peniaga kecil wanita seluruh Kelantan.

Bantuan ini diberikan kepada peniaga wanita Kelantan sahaja (wanita/beliawanis/ armalah/ OKU) bagi membantu peniaga wanita mengembangkan lagi perniagaan yang sedang dijalankan.

Apa itu PPWK?

Pusat Pembangunan Wanita Kelantan atau dikenali sebagai PPWK telah ditubuhkan pada tahun 2005 di bawah kelolaan Urus Setia Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan. Pada hari ini, terdapat 45 PPWK di seluruh negeri Kelantan.

Siapakah golongan sasar PPWK?

Sepanjang tempoh ini, PPWK telah membuka peluang yang sangat besar kepada golongan sasar iaitu wanita terutamanya armalah, beliawanis dan OKU. Kini di bawah kelolaan Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita (U-KeKWa) Kerajaan Negeri Kelantan, PPWK terus mengorak langkah untuk melaksanakan agenda di bawah Dasar Wanita Kelantan.

Apakah peranan PPWK?

PPWK berperanan untuk memberikan kemahiran kerajinan tangan melalui bidang jahitan, kraftangan, masakan dan lain-lain bidang yang berkait rapat dengan wanita. Sepanjang tempoh operasi, pusat ini telah menunjukkan perkembangan yang menggalakkan dan mendapat sambutan yang amat baik dalam kalangan wanita dan beliawanis tempatan.

 

SEMAKAN SYARAT PERMOHONAN TABUNG USAHAWAN WANITA KELANTAN

Berikut adalah syarat kelayakan permohonan:

  • Untuk peniaga wanita Kelantan sahaja yang sedang menjalankan perniagaan (wanita/ beliawanis/ armalah/OKU)
  • Berumur antara 18 hingga 60 tahun serta menetap di negeri Kelantan.
  • Pemohon dan pasangan merupakan warganegara Malaysia.
  • Keutamaan diberikan kepada pemohon yang telah menjalankan perniagaan.
  • Bukan penerima bantuan Tabung Usahawan Wanita (TUW) dan Bantuan Khas Usahawan Wanita (BKUK) sebelum ini.
  • Perniagaan yang dijalankan mestilah mematuhi syariah.
  • Kadar bantuan maksima RM4,000.00 sahaja.

MUAT TURUN/DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN TABUNG USAHAWAN WANITA KELANTAN

Sila muat turun borang https://bit.ly/36Gc7uU

Permohonan adalah terhad.

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Sila berhubung dengan :

Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Kerajaan Negeri Kelantan.

Aras 2, Blok 2,Kompleks Kota Darul Naim,15150 Kota Bharu,Kelantan.

 

Facebook Unit Kemahiran Wanita : https://www.facebook.com/ukekwa/posts/4123143157783270

Laman web: http://wanitakelantan.com/

No telefon: 013-983 6911

E-mel: [email protected]

 

Artikel Lain :

PERMOHONAN BANTUAN IPT MAIK KELANTAN
BANTUAN KERAJAAN KELANTAN
PANDUAN MEMBELI TANAH KELANTAN
CARA MEMOHON TANAH KERAJAAN KELANTAN

Tags: #APPLY TABUNG USAHAWAN WANITA KELANTAN #CHECK TABUNG USAHAWAN WANITA KELANTAN #DAFTAR TABUNG USAHAWAN WANITA KELANTAN #duit Permohonan bantuan Tabung Usahawan Wanita Kelantan #MUAT TURUN BORANG TABUNG USAHAWAN WANITA KELANTAN #PERMOHONAN TABUNG USAHAWAN WANITA KELANTAN ' #PPWK #SEMAKAN STATUS TABUNG USAHAWAN WANITA KELANTAN #TABUNG USAHAWAN WANITA KELANTAN #Tarikh Permohonan bantuan Tabung Usahawan Wanita Kelantan

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    No related post!

    Leave a reply "TABUNG USAHAWAN WANITA KELANTAN 2021:PERMOHONAN BANTUAN SEHINGGA RM4000(PPWK)"