KENAPA LAPTOP / PC TAK BOLEH CONNECT HOTSPOT/WIFI ?

KENAPA LAPTOP / PC TAK BOLEH CONNECT HOTSPOT/WIFI ?

TAK BOLEH CONNECT HOTSPOT

Pernah tak terjadi kepada anda apabila anda cuba connet kan wifi pc atau laptop anda tetapi tidak boleh disambung? Ini akan menyusahkan anda untuk dapatkan penggunaan internet bagi menyiapkan kerja anda di mana sahaja ketika perlukan.

Persoalannya kenapa laptop tak boleh connect hotspot atau yang seumpamanya? Disini kami akan kongsikan beberapa punca berlakunya keadaan sebegini, semoga membantu.

 

PUNCA KENAPA LAPTOP / PC TAK BOLEH CONNECT HOTSPOT/WIFI ?

Berikut adalah merupakan antara punca laptop atau pc anda tidak dapat connet wifi iaitu:

  1. Tidak on wifi.
    • Hotspot yang dijana oleh telefon pintar anda adalah dalam bentuk wifi, dan apa-apa peranti sama ada telefon pintar, tablet ataupun laptop, memerlukan anda untuk memastikan wifi telah on terlebih dahulu.
    • Sebagai contoh, jika anda mahu gunakan wifi yang tersedia, pastikan peranti anda memang sedia on wifi.
  2. Fungsi wifi di laptop mengalami kerosakan.
    • Ini sesuatu yang boleh berlaku tetapi amatlah jarang. Anda mungkin perlu update driver yang berkenaan dengan fungsi wi-fi di laptop anda agar ia boleh berfungsi semula.
    • Sekiranya disebabkan oleh virus, maka anda perlu membuat pemeriksaan dalam laptop anda untuk melenyapkan virus tersebut, kerana virus bukan sahaja boleh mengganggu perisian (software) anda, malah perkakasan (hardware) anda juga boleh terkesan.
  3. Masukkan kata laluan Wifi yang salah
    • Masalah ini antara yang kerap berlaku ketika hendak mengakses hotspot tersebut.
    • Maka pastikan anda telah masukkan kata laluan yang betul.
  4. Penetapan hanya kepada peranti tertentu yang boleh mengakses hotspot tersebut.
    • Anda perlu mendaftar laptop anda sebagai peranti yang dibenarkan untuk menggunaan hotspot tersebut.
  5. Pencapaian had yang dibenarkan untuk menggunakan hotspot tersebut.
    • Setiap peranti mempunyai had limit berbeza untuk membenarkan peranti lain mengakses hotspot tersebut.
    • Antaranya ada yang membenarkan maksimum 5 peranti, dan ada yang membenarkan 10 peranti.
  6. Penjana hotspot anda bermasalah.
    • Contohnya hotspot dijana oleh telefon pintar anda sendiri. Maka, anda mungkin perlu menukar sebahagian tetapan anda seperti masuk ke bahagian hotspot di telefon anda, kemudian reset Out Of Box (OOB) configuration.
    • Ini merupakan salah satu solusi untuk membenarkan laptop anda connect ke hotspot. Selain itu, anda juga perlu pastikan telefon pintar anda up-to-date kerana kadang-kadang masalah perisian itu sendiri yang menghalang laptop anda dari connect ke hotspot.
  7. Kedudukan penjana Hotspot terlalu jauh daripada laptop/ pc
    • Penjana hotspot mempunyai had rangkaian tersendiri untuk membolehkan peranti lain menyambung ke hotspot, dan begitu juga laptop mempunyai had capaian tersendiri untuk membolehkan ia mengesan hotspot tersebut.
    • Pastikan kedua-dua peranti anda berdekatan antara satu sama lain ketika anda cuba untuk menjana dan menyambung ke hotspot.

 

CARA BAIKI LAPTOP TAK BOLEH CONNECT WIFI

Periksa dahulu notification area icons network/wifi di sudut kanan bawah paparan desktop Anda, adakah terdapat simbol segitiga kuning dengan titik seru pada akses internet?

Jika ada, Anda tidak boleh menyambung ke internet sebelum simbol itu hilang. Sila ikuti langkah-langkah untuk memperbaikinya:

  • Klik Start –> Control Panel –> Network and Internet –> Network and Sharing Center –> Change Adapter Settings
  • Klik kanan pada Wireless Connection kemudian pilih Properties
  • Pilih internet protocol version 4Cara Aktifkan Wifi Laptop
  • Pilih Obtain an IP address automatically dan Obtain DNS server address automatically. Pilih OK.
  • Setelah selesai, tunggu beberapa saat kemudian lihat notification area icon network/wifi sekiranya simbol segitiga kuning yang ditandakan dengan seru hilang, maka Anda boleh melayari internet kerana Anda boleh menyambung ke internet.

ARTIKEL LAIN

LUPA PASSWORD WIFI (Cara Dapatkan Semula)

Leave a Comment