TARIKH BARU PEPERIKSAAN SPM SVM STPM & STAM

TARIKH BARU PEPERIKSAAN SPM,SVM,STPM & STAM

TARIKH BARU PEPERIKSAAN SPM SVM STPM & STAM

TARIKH PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH

KPM akan mengumumkan tarikh pembukaan sekolah sekurangkurangnya dua (2) minggu sebelum sekolah dibuka.

PEMBATALAN UPSR DAN PT3

Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi tahun 2020 dibatalkan, umum Menteri Pendidikan Dr Mohd Radzi Md Jidin. Beliau berkata, pembatalan UPSR tidak akan menjejaskan penilaian terhadap tahap penguasaan murid setelah mengikuti pendidikan peringkat rendah, kerana penilaian boleh dilakukan dengan pelbagai kaedah lain.

Memandangkan keputusan UPSR dijadikan satu daripada kriteria pemilihan untuk kemasukan ke sekolah berasrama penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Maktab Tentera Diraja (MTD), KPM akan memperkenalkan kaedah baharu bagi tujuan ini yang tidak hanya tertumpu kepada prestasi akademik semata-mata.

Pembatalan PT3 tidak akan menjejaskan penilaian tahap penguasaan murid di peringkat menengah rendah. Satu kaedah baharu akan diperkenalkan. Keputusan yang diperoleh dari kaedah ini akan dijadikan satu daripada kriteria pemilihan, untuk kemasukan ke sekolah-sekolah khusus seperti sekolah berasrama penuh dan sekolah teknik,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Katanya KPM akan memastikan dalam apa jua keadaan, akses murid kepada pengajaran dan pembelajaran (PdP) tetap diberi keutamaan.

Mohd Radzi berkata, keputusan itu terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan mana-mana institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM. Sekolah yang tidak berdaftar dengan KPM, juga disarankan untuk turut mengikuti keputusan ini.

TARIKH BARU PEPERIKSAAN SPM SVM STPM & STAM

TARIKH BARU PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA(SPM)

Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) akan ditunda kepada suku pertama tahun 2021.

TARIKH BARU PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAH MALAYSIA(STPM)

Untuk calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), jelasnya tarikh peperiksaan Semester 2 diubah kepada bulan Ogos 2020, manakala peperiksaan Semester 3 akan diadakan dalam suku pertama tahun 2021.

TARIKH BARU PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA(STAM)

Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) juga akan diadakan dalam suku pertama tahun 2021.

Menyedari bahawa penundaan tarikh peperiksaan ini akan memberi kesan kepada kemasukan ke peringkat pengajian tinggi, KPM dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah bersetuju untuk menangguhkan tarikh kemasukan baharu ke institusi pengajian tinggi (IPT) bagi program asasi, matrikulasi dan peringkat Diploma sehingga Julai atau Ogos 2021 manakala program ijazah pada September atau Oktober 2021.

RUMUSAN RINGKAS SIDANG MEDIA BERSAMA YBM KPM (15/4/2020)

  • KPM akan umumkan pembukaan sesi persekolahan dua minggu lebih awal.
  • Spm dan sijil vokasional ditunda ke suku pertama tahun hadapan.
  • Peperiksaan Semester 2 dan Semester 3 STPM diubah kepada Ogos 2020 dan suku pertama 2021.
  • Tarikh masuk IPT bagi program diploma dan matrikulasi adalah pada Julai 2021 dan program ijazah pada September 2021.
  • UPSR dan PT3 dibatalkan.
  • Pembatalan UPSR dan PT3 tidak jejaskan penilaian murid. Penilaian kaedah baru akan dibuat.
  • KPM akan pastikan akses murid kepada PDPc diutamakan.
  • Pembelajaran dirumah secara atas talian perlu ambil kira kekangan guru dan murid dalam sampaikan pelajaran.
  • Perubahan tertakluk kepada hasil perbincangan (mengambil kira faktor kesihatan dan keselamatan murid).
  • Cuti sekolah akhir tahun tidak dipendekkan.
  • Penjarakkan sosial tetap akan dilaksanakan di sekolah.
  • Sekolah akan dibuka kepada pelajar tingkatan 5 dan 6 dahulu.

Tags: #PEMBATALAN UPSR DAN PT3 #RUMUSAN RINGKAS SIDANG MEDIA BERSAMA YBM KPM (15/4/2020) #TARIKH BARU PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA(SPM) #TARIKH BARU PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA(STAM) #TARIKH BARU PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAH MALAYSIA(STPM) #TARIKH BARU PEPERIKSAAN SPM SVM STPM & STAM #TARIKH PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    PENDAFTARAN SPRN(TEDUH):CARA PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinPENDAFTARAN SPRN(TEDUH):CARA PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK Untuk makluman, setiap permohonan rumah mampu
    RUMAH MESRA RAKYAT 2021:DAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KELULUSAN 
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinRUMAH MESRA RAKYAT 2021:DAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KELULUSAN  Program Rumah Mesra Rakyat(RMR)
    PERMOHONAN BARU RUMAH MESRA RAKYAT(RMR):BORANG & PENDAFTARAN SPNB ONLINE
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinPERMOHONAN BARU RUMAH MESRA RAKYAT(RMR):BORANG & PENDAFTARAN SPNB ONLINE Maklumat terkini tentang
    LESEN MOTOSIKAL TERENGGANU SEJAHTERA(LMTS) 2021:PERMOHONAN LESEN PERCUMA 
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinLESEN MOTOSIKAL TERENGGANU SEJAHTERA(LMTS) 2021:PERMOHONAN LESEN PERCUMA  Program lesen motosikal percuma diteruskan

    Leave a reply "TARIKH BARU PEPERIKSAAN SPM SVM STPM & STAM"