TARIKH BAYARAN  BANTUAN PRIHATIN NASIONAL

TARIKH BAYARAN  BANTUAN PRIHATIN NASIONAL

TARIKH BAYARAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL

Berdasarkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), Perdana Menteri telah mengumumkan Bantuan Prihatian Nasional.

APAKAH BANTUAN PRIHATIN NASIONAL?

BANTUAN PRIHATIN NASIONAL adalah pemberian tunai secara one-off dengan peruntukan hampir RM10 bilion, dan buat pertama kalinya akan disalurkan juga kepada kumpulan M40. Mereka ini termasuk pekerja swasta, peneroka FELDA, petani, nelayan, peniaga kecil dan semua yang tergolong dalam kumpulan M40 dan ke bawah. Bantuan ini akan disalurkan kepada semua rakyat yang layak bermula April dan Mei 2020.

JUMLAH BANTUAN PRIHATIN NASIONAL

Bantuan ini terbahagi kepada empat kategori iaitu :

  • RM1,600 kepada hampir 4 juta isi rumah yang berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah. Bayaran RM1,000 akan dibayar pada bulan April 2020 dan RM600 pada bulan Mei 2020.
  • RM1,000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 yang akan dibayar pada bulan April 2020 sebanyak RM500 dan baki RM500 pada bulan Mei.
  • RM800 kepada 3 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah. Bayaran RM500 akan dibayar pada bulan April 2020 dan baki RM300 pada bulan Mei 2020.
  • RM500 kepada 400,000 individu bujang berusia 21 tahun ke atas yang berpendapatan bulanan lebih RM2,000 hingga RM4,000. Bayaran sebanyak RM250 akan dibuat pada bulan April 2020 dan baki RM250 pada bulan Mei.


TARIKH BAYARAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL BULAN APRIL 2020
Akhir bulan April 2020.

TARIKH BAYARAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL BULAN MEI 2020
Akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

BANTUAN SARA HIDUP(BSH) FASA JULAI

Kerajaan juga  memaklumkan pemberian tunai di bawah program Bantuan Sara Hidup (BSH) yang sedang dilaksanakan akan dibayar pada bulan Julai 2020.

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN)

Tidak dilupakan golongan pelajar IPT di mana kerajaan menyediakan bantuan RM200 secara one-off yang akan dibayar pada bulan Mei nanti. Semua pelajar akan dapat termasuk pelajar matrikulasi, Kolej Komuniti, Politeknik, IPTA dan IPTS.

PENANGGUHAN BAYARAN BALIK PTPTN SELAMA  6 BULAN

Selain itu, Kerajaan juga melanjutkan tempoh penangguhan bayaran balik PTPTN selama 6 bulan.

SKIM MySALAM

Bagi skim mySalam pula,  kerajaan menyediakan bantuan RM50 sehari bagi tempoh maksimum 14 hari untuk golongan B40 yang dimasukkan ke hospital akibat COVID-19.

Tags: #BANTUAN SARA HIDUP(BSH) FASA JULAI #JUMLAH BANTUAN PRIHATIN NASIONAL #TARIKH BAYARAN  BANTUAN PRIHATIN NASIONAL #TARIKH BAYARAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL BULAN APRIL 2020 #TARIKH BAYARAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL BULAN MEI 2020

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    SKIM PINJAMAN PERUMAHAN(SPP): CARA PERMOHONAN PINJAMAN BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinSKIM PINJAMAN PERUMAHAN(SPP): CARA PERMOHONAN PINJAMAN BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI Ingin
    PENDAFTARAN SPRN(TEDUH):CARA PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinPENDAFTARAN SPRN(TEDUH):CARA PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK Untuk makluman, setiap permohonan rumah mampu
    RUMAH MESRA RAKYAT 2021:DAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KELULUSAN 
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinRUMAH MESRA RAKYAT 2021:DAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KELULUSAN  Program Rumah Mesra Rakyat(RMR)
    PERMOHONAN BARU RUMAH MESRA RAKYAT(RMR):BORANG & PENDAFTARAN SPNB ONLINE
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinPERMOHONAN BARU RUMAH MESRA RAKYAT(RMR):BORANG & PENDAFTARAN SPNB ONLINE Maklumat terkini tentang

    Leave a reply "TARIKH BAYARAN  BANTUAN PRIHATIN NASIONAL"