TARIKH BAYARAN BPR 2021

TARIKH BAYARAN BPR 2021

TARIKH BAYARAN BPR 2021

Kerajaan bersedia menambah peruntukan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) sekiranya jumlah permohonan oleh mereka yang layak meningkat.

Menurut Pengarah Belanjawan Negara Johan Mahmood Merican ia berbanding peruntukan RM6.5 bilion yang diumumkan dalam Belanjawan 2021.

RM6.5 bilion peruntukan adalah berdasarkan unjuran yang dijalankan pihak Kementerian Kewangan, tetapi apa yang akan dibuat oleh pihak Kementerian Kewangan adalah menetapkan kriteria kelayakan terhadap isi rumah dan individu bujang.

Rujuk CARA KEMASKINI BPR 2021

Jika mereka menepati kriteria, mereka akan diluluskan dan kita tidak menggunakan kaedah yang terawal yang akan dapat sebaliknya, siapa yang menepati kriteria, mereka akan terima.

CARA BAYARAN BPR 2021

Bayaran BPR akan melalui dua fasa.TARIKH BAYARAN BPR 2021 fasa pertama sebelum Aidilfitri 2021.

TARIKH PERMOHONAN BAHARU BPR

Tarikh permohonan baharu BPR juga akan dimulakan sebelum akhir Januari 2021.

Baca CARA DAFTAR BANTUAN PRIHATIN RAKYAT

Tambahnya Kementerian Kewangan yakin pemberian BPR akan merancakkan ekonomi negara melalui perbelanjaan bantuan berkenaan.

Golongan kumpulan rentan biasa akan belanjakan kesemua bantuan yang mereka terima untuk keperluan harian mereka jadi ia akan mengerakan aktiviti ekonomi.

BPR mengantikan Bantuan Sara Hidup (BSH) dengan jumlah individu yang dijangka menerima manfaat mencecah 8.1 juta orang.

Antara yang layak menerima BPR iaitu isi rumah berpendapatan bulanan kurang RM2,500 dan mempunyai seorang anak akan menerima bantuan sebanyak RM1,200, manakala isi rumah yang mempunyai dua anak atau lebih akan menerima bantuan sebanyak RM1,800.

Bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara RM2,501 hingga RM4,000 dan mempunyai seorang anak akan menerima bantuan sebanyak RM800, manakala isi rumah yang mempunyai dua anak atau lebih akan menerima bantuan sebanyak RM1,200.

Manakala individu bujang berusia 21 tahun ke atas dengan pendapatan RM2,500 ke bawah pula akan menerima bantuan RM350.

Rujuk CARA LOGIN BPR 2021

 

2 thoughts on “TARIKH BAYARAN BPR 2021”

  1. Bila bayaran Bpr ke akaun BSN saya AKAN dimasukkan.. untuk semakan LHDN :980116-03-6045

    Balas

Leave a Comment