TARIKH BAYARAN & RAYUAN BSH 2020 FASA 3

TARIKH BAYARAN & RAYUAN BSH 2020 FASA 3

TARIKH BAYARAN & RAYUAN BSH 2020 FASA 3

TARIKH BAYARAN & RAYUAN BSH 2020 FASA 3 |Tarikh Pembayaran BSH FASA 3 2020 bermula 24 Julai 2020 dan bayaran dibuat berdasarkan kategori BSH merangkumi bilangan anak tanggungan dan baki nilai BSH 2020 yang akan diterima.

Bagi golongan isi rumah B40 termasuk bujang yang membuat permohonan baru BSH 2020 boleh semak status masing-masing menerusi portal rasmi BSH.

Baca tentang MAKSUD GOLONGAN B40 M40 &T20

Baca tentang eKasih 2020: PENDAFTARAN,PERMOHONAN BARU & SEMAKAN PERMOHONAN PORTAL eKasih

Manakala pemohon yang gagal pula, boleh membuat rayuan bermula 7 Ogos sehingga 6 September depan.

CARA PERMOHONAN RAYUAN BSH FASA 3 2020

Permohonan boleh dibuat secara online di portal BSH https://bsh.hasil.gov.my atau pemohon boleh hadir di cawangan LHDN, Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC).

Baca CARA BUAT RAYUAN BSH 2020

Peruntukan yang terlibat adalah sebanyak RM3 bilion dan memanfaatkan hampir 4.28 juta penerima merangkumi 3.75 juta isi rumah dan 0.53 juta individu bujang berusia antara 40 hingga 59 tahun.

Penerima kategori isi rumah akan menerima tambahan bantuan RM120 bagi setiap anak berusia bawah 18 tahun dengan maksimum empat orang anak.

Jika anda gagal BSH,sila rujuk KOD TIDAK LULUS BSH 2020 untuk memudahkan anda sediakan dokumen sokongan untuk buat rayuan nanti

MAKLUMAT BSH FASA 3 2020

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang BSH 2020 Fasa Ketiga termasuk memaparkan tarikh, jumlah bayaran dan semakan status :

JUMLAH DAN KATEGORI BAYARAN FASA 3 BSH 2020

  • Isi rumah pendapatan kurang RM2000 akan menerima BSH RM600
  • Isi rumah pendapatan antara RM2000-RM3000 akan menerima BSH RM350
  • Isi rumah pendapatan antara RM3000-RM4000 akan menerima BSH RM100
  • Bujang (40 tahun ke atas) pendapatan kurang RM2000 akan menerima BSH RM400
  • Penerima kategori isi rumah juga akan menerima tambahan bantuan RM120 bagi setiap anak (bawah 18 tahun) maksima 4 orang anak.

Contoh : Isi rumah berpendapatan kurang RM2000 dengan 4 orang anak akan mendapat RM1080 (RM600 + RM120 + RM120 + RM120 + RM120)

Kepada usahawan rakyta SABAH, boleh mohon BANTUAN GERAN MIKRO DAN COTTAGE RM1000

KAEDAH BAYARAN FASA 3 BSH 2020

Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing yang telah didaftarkan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank, pembayaran boleh dituntut secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sehingga 31 Disember 2020.

Baca tentang PENGAMBILAN PERAJURIT MUDA TLDM SIRI 222/20 BAGI LEPASAN SPM/SVM DAN LEPASAN DIPLOMA KEJURUTERAAN

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BSH 2020

  1. Semakan status boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi portal BSH https://bsh.hasil.gov.my/
  2. Klik menu ‘Semakan Status Permohonan’ (Maklumat pembayaran BSH 2020).
  3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan/ MyKad anda.
  4. Isi captcha dan tekan butang ‘Semak’.

Baca tentang CARA BUAT SEMAKAN BSH 2020 bagi mengetahui secara jelas status permohonan

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Sebarang keterangan lanjut tentang BSH, sila layari ke laman web BSH https://bsh.hasil.gov.my/ atau hubungi Hotline BSH di 1-800-88-2747.

Baca tentang PEMBAYARAN SECARA TUNAI BPN & FASA 2 & 3 BSH 2020(PEDALAMAN SABAH & SARAWAK) : JADUAL & TEMPAT BAYARAN

Tags: #CARA PERMOHONAN RAYUAN BSH FASA 3 2020 #SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BSH 2020 #TARIKH BAYARAN & RAYUAN BSH 2020 FASA 3

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    PERMOHONAN BARU RUMAH MESRA RAKYAT(RMR):BORANG & PENDAFTARAN SPNB ONLINE
    PERMOHONAN BARU RUMAH MESRA RAKYAT(RMR):BORANG & PENDAFTARAN SPNB ONLINE   Maklumat terkini tentang
    iSEJAHTERA (CARA DAFTAR,KEMASKINI & SEMAKAN PERMOHONAN BANTUAN KEBAJIKAN)
    iSEJAHTERA (CARA DAFTAR,KEMASKINI & SEMAKAN PERMOHONAN BANTUAN KEBAJIKAN)   APA ITU SISTEM iSEJAHTERA
    CARA MASUK ATAU KELUAR NEGERI SARAWAK & SABAH (TERKINI & SEMASA PKPB/PPN)
    CARA MASUK ATAU KELUAR NEGERI SARAWAK & SABAH (TERKINI & SEMASA PKPB/PPN) Jika
    CUTI MALAYSIA PENJAWAT AWAM:CARA BUAT TEMPAHAN & SENARAI PAKEJ
    CUTI MALAYSIA PENJAWAT AWAM:CARA BUAT TEMPAHAN & SENARAI PAKEJ   Tourism Malaysia hari
    1. author

      N.SHERAP B.SAARI1 year ago

      Assalamualaikum Saya N.Sherap B.Saari suami kepada Jamaaton Akidah Bt Hj Ahmad Shah dan kmi isi rumah pendapatan kurang rm2000.Duit rm700 d masukkan ke akaun maybank isteri saya.kami mempunyai 2 orang ank lelaki yg berumur 14 tahun dan 10 tahun tp kmi tidak menerima wang rm240 utk anak kmi yg berdua itu knapa ye?Saya mohon sangat penjelasan ini dari pihak tuan ye

      Reply
    2. author

      Suriati binti tunggal1 year ago

      Aslm saya Suriati binti tunggal kenapa BSH
      FASA 3 SAYA BELOM MASOK YE

      Reply
    3. author

      Abd.Mannan Bin Hajiri1 year ago

      Permohonan masih dlm proses,dari pertma ,kedua,dan ke tiga ,sya sekrang tidak mempunyi pekerjaan akibat penyakit covid 19, anak sya hendak sambung belajar ,pada hujung bulan ini ,bila mohon bsh sampai sekrang masih dlm proses,

      Reply
    4. author

      zhafran waqiyuddin1 year ago

      macam mana nak check nama yg pakai boucar

      Reply
    5. author

      Ahmad fauzizi bin Zakaria1 year ago

      Salam tuan maaf ye saya nak tanya fasa 1 fasa2 ok masuk fasa 3 problems saya gaji pun 2100 anak ramai duduk sewa bila sampai fasa 3 pihak tuan kata 4000 pening tgh kaadaan memerlukan bantuan tapi mcm gine jadi mintak penjelasan tuan bantuan apa saya terpaksa pinjam ceti harap lah pehak berkenaan faham

      Reply
    6. author

      SASITHARAN1 year ago

      Bila tarikh pembayaran rayuan fasa 3..da buat rayuan pd 5hb September 2020

      Reply
    7. author

      KALAIVANI A/P MANIAM1 year ago

      Bilakah bayaran bsh fasa3 rayuan akan dapat duit.rayuan juga dah buat

      Reply
    8. author

      Samad1 year ago

      Sama laaa .kami pun buat rayuan .masih xdpat² .duit dh kering

      Reply
    9. author

      Aqieymie1 year ago

      Bila tarikh Pembayaran rayuan bsh fasa 3.. sudah kemaskini dokumen rayuan fasa 3 di UTC PUDU RAYA 16 OGOS 2020….MOHON INFO BERKAITAN PEMBAYARAN PERMOHONAN RAYUAN FASA 3 BSH.

      Reply

    Leave a reply "TARIKH BAYARAN & RAYUAN BSH 2020 FASA 3"