PERMOHONAN PENGESAHAN PERKAHWINAN LUAR NEGARA MAHKAMAH SYARIAH (Contoh Surat)

PERMOHONAN PENGESAHAN PERKAHWINAN LUAR NEGARA MAHKAMAH SYARIAH (Contoh Surat)

PENGESAHAN PERKAHWINAN

Kepada anda yang ingin membuat permohonan untuk mendapatkan Surat Pengesahan Taraf Perkahwinan bagi warganegara Malaysia bukan Islam untuk kegunaan di dalam negara atau di luar negara, semestinya ingin menegtahui caranya. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara dapatkan surat pengesahan tersebut bagi katagori bujang dan kahwin, semoga membantu.

 

SURAT PENGESAHAN TARAF PERKAHWINAN DALAM NEGARA

Permohonan pengesahan taraf perkahwinan untuk kegunaan di dalam negara bagi tujuan perkahwinan diantara pasangan warganegara malaysia bersama pasangan bukan warganegara malaysia (keputusan semakan surat akuan bujang luar negara).

Syarat-Syarat Permohonan

  • Borang JPN.KC09 yang telah diisi dengan lengkap dan dokumen sokongan;
  • Akuan Sumpah pemohon hendaklah berkaitan status terkini perkahwinan seperti tidak pernah berkahwin / pernah bersekedudukan dan lain-lain;
  • Borang JPN.KC01B (jika pemohon belum genap 21 tahun)
  • Borang JPN.KC01D (jika pemohon perempuan berumur genap 16 tahun di bawah 18 tahun)

Dokumen Yang Diperlukan – Dokumen Asal Pasangan (Bukan Warganegara)

  • Pasport dan Visa yang masih sah laku (ASAL dan salinan muka surat yang mengandungi maklumat diri serta tarikh ketibaan terkini di Malaysia); atau
  • Special Pass bagi tujuan perkahwinan.
  • Sijil Kelahiran.
  • Surat Akuan Bujang (Single Status Certificate).
  • Pengesahan Agama (jika berkaitan).
  • Dokumen Perceraian (jika berkaitan).
  • Sijil Kematian (jika berkaitan).
  • Dokumen Pengesahan Penukaran Nama / Kad Identiti atau lain-lain maklumat yang berbeza dengan dokumen yang dikemukakan (jika berkaitan).
  • Dokumen Pengesahan Jantina (jika berkaitan).
  • Bagi warganegara Vietnam, semua dokumen yang dikemukakan perlu disahkan terlebih dahulu oleh Pejabat Kedutaan Vietnam di Malaysia.
  • Pastikan semua dokumen yang dikemukakan oleh pasangan (Bukan Warganegara) telah mendapat pengesahan daripada Pejabat Kedutaan Negara pasangan berkenaan di Malaysia atau Pejabat Kedutaan Malaysia di Negara Berkenaan dan Kementerian Luar Negeri (KLN) Putrajaya (Wisma Putra) atau KLN Pejabat Wilayah Sabah atau KLN Pejabat Wilayah Sarawak.
  • Terjemahan diperlukan bagi dokumen yang dikemukakan selain daripada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
  • Terjemahan yang dibuat di Luar Negara atau di Pejabat Kedutaan Asing di Malaysia perlu mendapatkan pengesahan daripada Pejabat Kedutaan Malaysia di Luar Negara atau Kedutaan Negara Asing di Malaysia dan Kementerian Luar Negeri (KLN) Putrajaya (Wisma Putra) atau KLN Pejabat Wilayah Sabah atau KLN Pejabat Wilayah Sarawak terlebih dahulu.
  • Dokumen asing yang telah diterjemahkan oleh Jurubahasa yang bertauliah di Malaysia, dokumen tersebut tidak perlu mendapatkan pengesahan daripada Pejabat Kedutaan Malaysia di Luar Negara atau Kedutaan Negara Asing di Malaysia dan Kementerian Luar Negeri (KLN) Putrajaya (Wisma Putra) atau KLN Pejabat Wilayah Sabah atau KLN Pejabat Wilayah Sarawak.
  • Permohonan perkahwinan daripada Polis / Tentera perlu disertakan bersama Surat Kebenaran dari Majikan.

Tempoh Sah Laku

  • Tempoh sah laku adalah 6 bulan atau seperti yang tercatat di atas dokumen tersebut;

Kadar Bayaran

  • Tiada

 

SURAT PENGESAHAN TARAF PERKAHWINAN LUAR NEGARA

Permohonan pengesahan taraf perkahwinan untuk kegunaan di luar negara bagi tujuan perkahwinan diantara pasangan warganegara malaysia bersama pasangan bukan warganegara malaysia di luar negara atau bagi tujuan lain seperti untuk bekerja, belajar, pembelian hartanah atau lain-lain urusan di luar negara (statement of marital status).

Syarat-Syarat Permohonan  & Dokumen Diperlukan

  • Borang JPN.KC09 yang telah diisi dengan lengkap beserta bayaran dan dokumen sokongan;
  • Akuan Sumpah pemohon hendaklah berkaitan status terkini perkahwinan seperti tidak pernah berkahwin / pernah bersekedudukan dan lain-lain;
  • Permohonan Pengesahan Taraf Perkahwinan daripada Polis / Tentera perlu disertakan bersama Surat Kebenaran dari Majikan.

Tempoh Sah Laku

  • Tempoh sah laku adalah 150 hari;

Cara Permohonan – Bagi Pemohon Warganegara Malaysia Yang Berada Di Luar Negara

  1. Permohonan dikemukakan melalui Pejabat Perwakilan Malaysia (Malawakil) di Luar Negara:
    • Buat bayaran di Malawakil
    • Borang permohonan serta lain-lain dokumen akan dihantar ke Bahagian Perkahwinan dan Perceraian, JPN Putrajaya melalui Beg Diplomatik untuk semakan dan tindakan lanjut.
    • Surat Pengesahan Taraf Perkahwinan akan dipos terus kepada pemohon yang berada di Luar Negara atau Pejabat Pewakilan Malaysia di Negara berkenaan.
  2. Permohonan dikemukakan secara pos oleh pemohon ke Bahagian Perkahwinan dan Perceraian, JPN Putrajaya
    • Buat bayaran di Malawil
    • Sertakan bersama dokumen sokongan yang telah diterjemah (jika berkaitan) dan disahkan oleh Pejabat Pewakilan Malaysia di Negara Berkenaan.
    • Surat Pengesahan Taraf Perkahwinan akan dipos terus kepada pemohon yang berada di Luar Negara atau Pejabat Pewakilan Malaysia di Negara berkenaan atau diserahkan kepada waris terdekat yang diberi kuasa oleh pemohon.
  3. Permohonan dikemukakan oleh waris terdekat yang diberi surat kuasa di Ibu Pejabat JPN Putrajaya atau Ibu Pejabat JPN Negeri .
    • Waris bayar di kaunter
    • Surat Pengesahan Taraf Perkahwinan akan diserahkan kepada waris

Kadar Bayaran

  • RM 5.00

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai permohonan surat pengesahan taraf perkahwinan, anda boleh melayari portal rasmi Jabatan Pendaftaran Negara 

ARTIKEL BERKAITAN:

Leave a Comment