TARIKH PEMBAYARAN BPN FASA 2
Bayaran kedua BPN akan disalurkan bermula 4 Mei nanti membabitkan isi rumah / individu bujang B40 dan M40. Menurut Menteri Kewangan, sebanyak 7.74 juta penerima telah menerima bantuan BPN fasa pertama berjumlah RM5.47 bilion.
Sehingga 26 April, sebanyak 3.26 juta permohonan baru telah diterima.Sebanyak 2.96 juta daripadanya adalah permohonan baru dan 305,000 adalah rayuan.Proses permohonan baru dan rayuan akan ditutup pada 30 April 2020
TARIKH DAN JUMLAH BANTUAN PRIHATIN NASIONAL
RM1,600 kepada hampir 4 juta isi rumah yang berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah. Bayaran RM1,000 akan dibayar pada bulan April 2020 dan RM600 pada 4 Mei 2020.
RM1,000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 yang akan dibayar pada bulan April 2020 sebanyak RM500 dan baki RM500 pada 4 Mei 2020
RM800 kepada 3 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah. Bayaran RM500 akan dibayar pada bulan April 2020 dan baki RM300 pada 4 Mei 2020
RM500 kepada 400,000 individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan lebih RM2,000 dan hingga RM4,000.
SILA MUAT BORANG PERMOHONAN RAYUAN BPN ONLINE
KAEDAH BAYARAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL 2020
- Ada Maklumat Akaun : Bayaran adalah secara kredit ke akaun
- Jika Status Bayaran Adalah Gagal Kredit : Bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional
- Tiada Akaun : Bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional
Anda jangan bimbang kerana baucer berkenaan boleh ditunaikan sehingga 31 Disember 2020.
TARIKH PEMBAYARAN BPN FASA 2
TARIKH BAYARAN BPN BAGI PERMOHONAN BARU/RAYUAN
Setiap permohonan baharu dan rayuan yang diterima akan mula diproses pada bulan Mei 2020. Bagi permohonan yang lulus, bayaran secara sekali gus juga akan dilakukan pada bulan Mei 2020
BACA > SEMAKAN ONLINE STATUS eBantuan JKM 2020
INFO BERKAITAN
Permohonan Geran Khas Prihatin untuk perniagaan mikro akan dibuka mulai 1 Mei 2020 dan proses permohonan akan diselaraskan serta diumumkan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) dalam masa terdekat.
BAGAIMANAKAH CARA SEMAKAN STATUS BAYARAN BPN ?
Bagi membuat semakan status bayaran BPN, boleh rujuk di portal BPN HASIL
Sebarang pertanyaan lanjut tentang Bantuan Prihatin Nasional, sila hubungi di talian 03-88829089/ 03-88829087/ 03-88829191 atau LHDNM di talian 1-800-882747.
Emel: [email protected]/ [email protected]
Telegram: PRE PRIHATIN
Facebook: Kementerian Kewangan Malaysia
Tags: #BAGAIMANAKAH CARA SEMAKAN STATUS BAYARAN BPN ? #KAEDAH BAYARAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL FASA 2 #TARIKH BAYARAN BPN BAGI PERMOHONAN BARU/RAYUAN #TARIKH DAN JUMLAH BANTUAN PRIHATIN NASIONAL BPN FASA 2 #TARIKH PEMBAYARAN BPN FASA 2
Zuhir10 months ago
Baki bpn bayaran melalui baucer Sebanyak rm300 bilakah pembayaran dibuat
mohd hashim bin ismail10 months ago
baki bpn bayaran melalui baucer sebanyak rm 600 bilakah pembarayan dibuat
Kumaran8 months ago
Kenapa batuan x dapat