TARIKH TUTUP PERMOHONAN  i-LESTARI KWSP

TARIKH TUTUP PERMOHONAN  i-LESTARI KWSP

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Jika anda masih belum membuat permohonan pengeluaran i-Lestari KWSP daripada Akaun 2 KWSP, tarikh akhir permohonan pengeluaran i-Lestari KWSP daripada Akaun 2 KWSP  adalah 31 Mac 2021.Permohonan hendaklah diterima oleh KWSP sebelum atau pada 31 Mac 2021. DINASIHATKAN jangan tergesa-gesa untuk membuat pengeluaran i-Lestari, ahli digalakkan untuk merancang dan memastikan wang yang dikeluarkan digunakan untuk keperluan dan hal yang penting sahaja.

Banyak juga kemudahan & urusan yang boleh dilakukan di kiosk KWSP. Anda ingin tahu tentang  senarai tempat kiosks KWSP & perkhidmatan yang disediakan untuk ahli KWSP?

STATUS TERKINI KELULUSAN PERMOHONAN i-LESTARI KWSP

Sejak pelancaran i-Lestari pada awal bulan April 2020, kami telah meluluskan lebih 3.51 juta permohonan berjumlah RM1.66 bilion. Pihak KWSP telah mengadakan perbincangan mendalam dengan bank-bank rakan kongsi sepanjang bulan lalu bagi memastikan sistem dan infrastruktur mereka bersedia untuk menerima dan memproses sejumlah besar deposit pada satu-satu masa.

BACA : TARIKH BAYARAN i-LESTARI KWSP

Lanjutan daripada perbincangan tersebut, kami telah bersetuju bahawa kaedah terbaik dan paling selamat adalah melalui pindahan dana harian secara berperingkat daripada KWSP ke institusi kewangan. Jika semuanya berjalan lancar, dijangkakan keseluruhan proses ini akan diselesaikan dalam masa dua minggu atau lebih awal.

BACA : KEMASKINI MAKLUMAT PEMBAYARAN i-LESTARI GAGAL DIKREDITKAN

KWSP memahami keperluan mendesak ahli untuk menggunakan wang bagi melalui waktu mencabar ini walaupun kami khuatir Pengeluaran i-Lestari akan mengurangkan simpanan persaraan mereka. KWSP berharap ahli telah berfikir secara mendalam sebelum memutuskan jumlah yang akan dikeluarkan dari Akaun 2 mereka, kerana mereka perlu mengimbangi keperluan tunai semasa dengan keperluan untuk memiliki kewangan yang utuh pada masa depan.”

Baca tentang Cek Jurubank Kepada Pemohon Pengeluaran i-Lestari KWSP

Setelah PKP ditamatkan, kami menggesa ahli untuk membuat janji temu dengan pegawai Khidmat Nasihat Persaraan yang akan membantu mengkaji dan merangka semula rancangan persaraan mereka.”

TARIKH BUKA PERMOHONAN  i-LESTARI KWSP

1 April 2020

TARIKH AKHIR/TUTUP PERMOHONAN  i-LESTARI KWSP

31 MAC 2021

APA ITU KEMUDAHAN KEWANGAN PENGELUARAN i-LESTARI KWSP?

Pengeluaran i-Lestari bagi Ahli  Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan satu kemudahan kewangan yang disediakan  oleh kerajaan dalam usaha membantu mengurangkan tekanan  kewangan rakyat Malaysia ekoran  penularan wabak Covid-19.

Adakah anda telah membuat pengeluaran i-Lestari KWSP? Cuba SEMAK PENYATA KWSP ONLINE untuk lihat baki terkini wang KWSP anda.

PERSEDIAN AHLI KWSP SEBELUM  MEMBUAT PERMOHONAN  i-LESTARI KWSP

1.Pastikan anda mempunyai i-Akaun KWSP untuk memudahkan anda  menyemak jumlah baki di dalam akaun 2 KWSP. Jika jumlah baki mencukupi, anda boleh membuat permohonan pengeluaran i-Lestari.

BACA : 17 JENIS PENGELUARAN KWSP AKAUN 1 & 2 YANG BOLEH DIKELUARKAN SEBELUM UMUR PENCEN

2.Pastikan anda menggunakan akaun dan nama bank yang didaftarkan atas nama sendiri dan bukan pihak ketiga bagi memastikan permohonan anda di terima.

3.SIMPAN maklumat seperti username dan kata laluan i-AKAUN KWSP anda dengan selamat untuk mengelakkan berlaku pencerobohan akaun oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

4.RANCANG untuk menggunakan wang yang bakal diterima bagi memastikan penggunaannya bermanfaat dan berfaedah kepada anda.

SOALAN BERKAITAN PENGELUARAN I-LESTARI KWSP

Timbul juga beberapa isu yang berkaitan dengan pengeluaran i-Lestari KWSP, disini kami kongsikan koleksi soalan dan juga jawapan untuk persoalan yang berkaitan :

SOALAN

1.Permohonan i-Lestari KWSP dah status lulus tapi beberapa hari kemudian bertukar status jadi kemaskini.

2.Isteri mohon i-Lestari KWSP tapi letak akaun bank nama suami.

3.Kalau pemohon i-Lestari KWSP tiada akaun bank, bagaimana cara nak dapatkan duit i-Lestari?

4.Kenapa Tarikh pembayaran i-Lestari telah berubah daripada yang dipaparkan sebelum ini?

5.Kelayakan bilangan bulan pengeluaran dikira bermula dari tarikh penerimaan permohonan pengeluaran yang diluluskan oleh KWSP sehingga tamat tempoh kuatkuasa Pengeluaran i-Lestari iaitu 31 Mac 2021.

JAWAPAN

1.Status tetap lulus tunggu duit masuk ke akaun bank.

2.Isteri kena tukar guna nombor akaun bank sendiri. Walaupun guna nombor akaun suami dapat status lulus tetapi status sebenar DITOLAK kerana KWSP tidak akan bayar kepada pihak ketiga.

3.Pemohon kena buat akaun bank sendiri utk mohon i-Lestari KWSP. Jika tidak kena ambil secara tunai di kaunter KWSP setelah pejabat dibuka.

4.Tarikh terbaru dikeluarkan yang sah kerana faktor pemindahan wang oleh bank mengambil masa dan mengikut prosedur bank masing-masing.

5.Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan Mac 2021, kelayakan bilangan pengeluaran adalah selama 1 bulan.

Tags: #SOALAN BERKAITAN PENGELUARAN I-LESTARI KWSP #STATUS TERKINI KELULUSAN PERMOHONAN i-LESTARI KWSP #TARIKH AKHIR/TUTUP PERMOHONAN  i-LESTARI KWSP #TARIKH TUTUP PERMOHONAN  i-LESTARI KWSP

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    BANTUAN ZAKAT KECEMASAN MAIWP 3.0:CARA PERMOHONAN BANTUAN RM500
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinBANTUAN ZAKAT KECEMASAN MAIWP 3.0:CARA PERMOHONAN BANTUAN RM500 APA ITU BANTUAN ZAKAT
    SKIM PEMBIAYAAN TEKUN MOBILEPRENEUR 4.0:CARA MOHON ONLINE & BORANG PERMOHONAN
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinSKIM PEMBIAYAAN TEKUN MOBILEPRENEUR 4.0:CARA MOHON ONLINE & BORANG PERMOHONAN Sebelum ini
    CARA TERMINATE ASB LOAN(MAYBANK,CIMB,RHB)
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinCARA TERMINATE ASB LOAN(MAYBANK,CIMB,RHB) Jika anda ingin membuat penstrukturan semula kewangan ekoran
    DAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KEPUTUSAN RMMT 2021
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinDAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KEPUTUSAN RMMT 2021   Kerajaan negeri Terengganu telah
    1. author

      mohd feisal wapa11 months ago

      Assalamualaikum,permohonan saya telah di luluskan untuk pengeluaran i lestari,cuma ada 1 soalan yg masih ragu2,jika permohanan sblum ni tidak diletak tanda kadar bulan wang yg ingin atau dibenarkan keluar dari akaun 2 (contoh ditanda dibenarkan pengeluaran 1 bulan) dan telah diluluskan permohonan,adakah untuk menambah had tempoh pengeluaran i lestari ke 6 bulan perlu permohanan baharu atau borang rayuan?

      Reply
    2. author

      Nurul shahira binti norizan11 months ago

      Kenapa kwsp saya bulan Tak kuar lagi….

      Reply
    3. author

      Indera sari bin ridzwan8 months ago

      Assalamualaikum Dan salam sejahtera ni, lh nk bertnya ni.Saya dah Ada i lestari ni,Mcm akn dtng ni lh saya apply sekali lagi pgrm i lestari untuk tahun 2021 ni.Saya tk nk lh apply untuk Akaun 1 ni. Fikir untuk simpanan ari tua ni. Kalau lh saya tumpu pada akaun k 2 ni.Sesetngh saya nk menyimpan tabung aji Dan sijil simpanan premium ni. Harap tuan Dpt timbang permintaan saya ni.

      Reply

    Leave a reply "TARIKH TUTUP PERMOHONAN  i-LESTARI KWSP"