TEMPOH PKP : ADAKAH PENYEWA DIBERI KEMUDAHAN PENANGGUHAN UNTUK JELASKAN BAYARAN SEWA RUMAH?

TEMPOH PKP : ADAKAH PENYEWA DIBERI KEMUDAHAN PENANGGUHAN UNTUK JELASKAN BAYARAN SEWA RUMAH?

PENANGGUHAN UNTUK JELASKAN BAYARAN SEWA RUMAH

Persoalan seperti ini mungkin timbul ekoran kemudahan kewangan yang diberikan oleh pihak kerajaan dan bank di Malaysia  iaitu Penangguhan Bayaran Pinjaman Bank Selama 6 Bulan .

Adakah wajar diberi PENANGGUHAN UNTUK JELASKAN BAYARAN SEWA RUMAH?

SOALAN :

TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP): ADAKAH PENYEWA BOLEH UNTUK TIDAK JELASKAN BAYARAN SEWAAN RUMAH?

“Tuan, dari segi undang- undang, disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni, boleh tak kalau saya tak perlu bayar sewa rumah?

Sebab bank kan dah bagi 6 bulan moratorium untuk loan rumah? Jadi tuan rumah dah tak perlu bayar pinjaman kepada bank lagi. Lagipun sepanjang PKP ni saya tiada pendapatan untuk bayar sewa rumah. Apa pandangan tuan?”

 

Jawapan saya begini:

  1. Secara umumnya di negara kita sekarang ini, kita belum ada satu akta khusus yang mengawal segala urusan berkaitan sewaan rumah kediaman.

 

  1. Segala transaksi sewaan antara tuan rumah dan penyewa adalah di tadbir sepenuhnya oleh (governed by) kontrak/ perjanjian sewaan antara pihak-pihak tersebut.

 

  1. Apa sahaja terma dan syarat yang dinyatakan dalam kontrak/ perjanjian sewaan tersebut akan mengikat kedua-dua belah pihak sehinggalah kontrak/ perjanjian itu ditamatkan.

 

  1. Dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekarang ini, kedua-dua belah pihak masih lagi terikat untuk mematuhi terma-terma berkaitan pembayaran sewaan yang dinyatakan dalam perjanjian sewaan tersebut.

 

  1. Melainkan adanya suatu klausa pengecualian yang mengecualikan penyewa daripada menjelaskan bayaran sewaan seperti adanya klausa berkaitan force majure seperti berlakunya bencana alam, atau penularan wabak berjangkit, atau adanya klausa khas yang menyatakan disebabkan wujudnya apa-apa perintah atau undang-undang baru yang digubal oleh kerajaan yang membolehkan bayaran sewaan dikecualikan, atau apa-apa klausa lain yang seumpamanya.

 

  1. Dalam keadaan perjanjian sewaan “silent” berkenaan perkara tersebut, maka jika penyewa ingin menangguhkan atau mengecualikan bayaran sewaan bulanan untuk tempoh tertentu, maka penyewa dan tuan rumah hendaklah berbincang berkenaan perkara tersebut.

 

  1. Sekiranya tuan rumah bersetuju dengan cadangan penyewa tersebut, barulah ianya boleh dilaksanakan.

 

  1. Dan adalah digalakkan sekiranya kedua-dua belah pihak bersetuju dengan cadangan penyewa tersebut, satu perjanjian tambahan dimasuki oleh kedua-dua belah pihak.

 

  1. Tujuannya adalah untuk merekodkan persetujuan tersebut supaya tidak timbul sebarang masalah di kemudian hari.

 

Harap jawapan ini dapat memberi pencerahan kepada mana-mana pihak yang terbabit.

 

Sekian, terima kasih.

SALKUKHAIRI ABD SUKOR

Peguam Hartanah

Timbalan Presiden

K-LITERASI

Tags: #PENANGGUHAN UNTUK JELASKAN BAYARAN SEWA RUMAH #Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    SKIM PINJAMAN PERUMAHAN(SPP): CARA PERMOHONAN PINJAMAN BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinSKIM PINJAMAN PERUMAHAN(SPP): CARA PERMOHONAN PINJAMAN BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI Ingin
    PENDAFTARAN SPRN(TEDUH):CARA PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinPENDAFTARAN SPRN(TEDUH):CARA PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK Untuk makluman, setiap permohonan rumah mampu
    RUMAH MESRA RAKYAT 2021:DAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KELULUSAN 
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinRUMAH MESRA RAKYAT 2021:DAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KELULUSAN  Program Rumah Mesra Rakyat(RMR)
    PERMOHONAN BARU RUMAH MESRA RAKYAT(RMR):BORANG & PENDAFTARAN SPNB ONLINE
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinPERMOHONAN BARU RUMAH MESRA RAKYAT(RMR):BORANG & PENDAFTARAN SPNB ONLINE Maklumat terkini tentang

    Leave a reply "TEMPOH PKP : ADAKAH PENYEWA DIBERI KEMUDAHAN PENANGGUHAN UNTUK JELASKAN BAYARAN SEWA RUMAH?"