TEMPOH RAYUAN PERMOHONAN BPN DILANJUTKAN SEHINGGA 31 MEI 2020

TEMPOH RAYUAN PERMOHONAN BPN DILANJUTKAN  SEHINGGA 31 MEI 2020

TEMPOH RAYUAN PERMOHONAN BPN DILANJUTKAN

Berdasarkan pengumuman YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN, PERDANA MENTERI MALAYSIA pada 10 Mei 2020, kerajaan bersetuju untuk melanjutkan tempoh rayuan permohonan BPN sehingga 31 Mei 2020.

Mengenai isu bayaran Bantuan Prihatin Nasional, kerajaan dengar ada rungutan daripada orang ramai yang gagal menerima bayaran ini atas pelbagai sebab.

Antaranya kerana maklumat yang diisi tidak lengkap. Ada juga yang permohonannya ditolak kerana dalam rekod menunjukkan pendapatan melebihi syarat kelayakan. Tetapi mereka sebenarnya telah hilang pekerjaan dan hilang sumber pendapatan. Ada juga antara yang memohon adalah pelajar yang telah menerima bantuan BPN bagi kategori  pelajar. Jadi permohonan mereka untuk mendapatkan bayaran BPN bagi kategori bujang ditolak.

Ini antara sebab-sebab permohonan ditolak. Mengambil kira semua perkara ini, YB Menteri Kewangan telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh rayuan permohonan BPN sehingga 31 Mei 2020.

CARA BUAT RAYUAN BPN HASIL MELALUI E-MEL

SILA MUAT BORANG PERMOHONAN RAYUAN BPN ONLINE

TEMPOH RAYUAN PERMOHONAN BPN DILANJUTKAN SEHINGGA 31 MEI 2020

CARA MEMBUAT RAYUAN PERMOHONAN BPN TERBARU

Selain menghantar emel, para pemohon yang mana permohonan mereka tidak diluluskan boleh hadir sendiri ke kaunter-kaunter LHDN untuk membuat rayuan bermula hari Isnin 11 Mei 2020.

Bagi negeri-negeri yang bercuti esok, bolehlah pergi ke kaunter LHDN pada hari Selasa 12 Mei 2020. Kerajaan  tak berjanji semua rayuan boleh diluluskan. Tetapi mana-mana rayuan yang memenuhi syarat dan munasabah, insyaAllah boleh diluluskan.

Kerajaan juga nak maklumkan, semalam kerajaan telah meluluskan 2.3 juta permohonan BPN, termasuk permohonan baharu dan rayuan, yang melibatkan jumlah perbelanjaan sebanyak RM1.7 billion. Dengan kelulusan tersebut, jumlah penerima BPN setakat ini ialah 10.6 juta orang yang melibatkan bayaran berjumlah RM11 billion.

TEMPOH PKPB DILANJUTKAN SEHINGGA 9 JUN 2020

Kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat atau PKPB yang berkuatkuasa sehingga 12 Mei 2020, akan disambung lagi sehingga 9 Jun 2020, iaitu selama 4 minggu lagi.

Ini bermakna, semua peraturan dan SOP yang dilaksanakan sepanjang tempoh PKPB pada masa ini akan kekal berkuatkuasa sehingga 9 Jun 2020. Sebarang perubahan mengenai peraturan, SOP  atau senarai sektor yang dibenarkan beroperasi akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Jadi, beraya dimana anda?

Tags: #TEMPOH RAYUAN PERMOHONAN BPN DILANJUTKAN SEHINGGA 31 MEI 2020

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    APA ITU SISTEM INSURANS PEKERJAAN(SIP)?(Cara Permohonan Online & Borang)
    APA ITU SISTEM INSURANS PEKERJAAN(SIP)?(Cara Permohonan Online & Borang)   SIP adalah satu
    GERAN PADANAN PENDIGITALAN PKS RM5000 BSN(CARA & BORANG PERMOHONAN)
    GERAN PADANAN PENDIGITALAN PKS RM5000 BSN(CARA & BORANG PERMOHONAN)   Kepada pemilik Perusahaan
    CARA GUNA PORTAL MALAYSIABIZ (Daftar Perniagaan & Permohonan Lesen)
    CARA GUNA PORTAL MALAYSIABIZ (Daftar Perniagaan & Permohonan Lesen)   APA ITU Portal
    DAFTAR,LOGIN & RENEW SSM SECARA ONLINE
    DAFTAR,LOGIN & RENEW SSM SECARA ONLINE   APA ITU SSM   Sebelum menjalankan

    Leave a reply "TEMPOH RAYUAN PERMOHONAN BPN DILANJUTKAN SEHINGGA 31 MEI 2020"