TESP MARA 2020: PERMOHONAN PROGRAM PINJAMAN TERTIARI

TESP MARA 2020: PERMOHONAN PROGRAM PINJAMAN TERTIARI

TESP MARA 2020

Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempelawa pelajar yang sedang mengikuti pengajian sepenuh masa peringkat Ijazah Pertama di Institut Pengajian Tinggi (IPT) terpilih untuk memohon Program Pinjaman Pelajaran Tertiari atau TESP MARA 2020.

APA ITU TESP?

TESP adalah program penajaan berbentuk Pinjaman Boleh

Ubah di bawah MARA yang mana jumlah keseluruhan pembayaran balik pembiayaan boleh diubah suai mengikut syarat-syarat yang ditetapkan pihak MARA.

Namun, permohonan TESP tertakluk kepada bidang yang terpilih sahaja seperti:

  • Engineering and Environment
  • Build Professionals
  • Accounting and Finance
  • Medical Science
  • Food Security
  • Transport
  • IT and Computer Science
  • Creative Design
  • Marketing, Business, and Management

TARIKH BUKA PERMOHONAN TESP

Permohonan bagi TESP telah dibuka bemula 27 Ogos 2020 (Khamis) pukul 10.00 pagi dan akan tamat pada 13 November 2020 (Jumaat) pukul 4 petang.

SYARAT UMUM TESP MARA

Pelajat yang ingin memohon TESP perlu memenuhi syarat umum yang ditetapkan iaitu:

  • Warganegara Malaysia.
  • Pemohon serta salah seorang ibu atau bapa berstatus Bumiputera.
  • Memenuhi syarat kelayakan Status Sosio Ekonomi (SES) keluarga yang ditetapkan dan jumlah pendapatan bercukai ibubapa adalah tidak melebihi RM 180,000 setahun. Bagi yang berkhidmat di Luar Negara dan bekerja sendiri, purata pendapatan bulanan mestilah RM 15,000 dan ke bawah.
  • Tidak pernah menerima pinjaman bagi peringkat pengajian yang sama.
  • Bebas daripada penyakit kronik/berjangkit/penyakit yang memerlukan rawatan susulan.
  • Had umur pemohon adalah tidak melebihi 40 tahun semasa permohonan dibuat.

SYARAT AKADEMIK TESP MARA

Berikut adalah syarat akademik TEST MARA yang perlu  pelajar penuhi:

  • Bagi pelajar baharu, mereka perlu mendapat CGPA 2.75 ke atas di peringkat Asasi/Matrikulasi/Persediaan/STPM serta setaraf.
  • Bagi pelajar sedia ada, mereka perlu mereka perlu mendapat CGPA 2.75 ke atas bagi semester terdahulu dan mempunyai baki tempoh pengajian tidak kurang dari satu 1 tahun.
  • Di samping itu, pelajar baharu dan sedia ada perlu lulus dengan kepujian dalam subjek Bahasa Melayu di peringkat SPM.
  • Bagi kelayakan akademik bagi program perubatan, pergigian dan farmasi pula mestilah memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh badan-badan profesional.

SENARAI IPT YANG LAYAK MEMOHON TESP MARA

Pelajar-pelajar di IPT berkenaan layak memohon pembiayaan TESP iaitu:

Universiti Awam (UA)

Institut-Institut Pendidikan MARA (IPMa)

– UniKL

– KUPTM

– GMI

– KPTM

Government Linked University (GLU)

– Universiti Teknologi Petronas

– Universiti Tenaga Nasional

– Universiti Multimedia

Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)

– Asia Pacific University of Technology & Innovation

– Asian Institute of Medicine, Science and Technology

_ Berjaya University

– City University

– Help University

– Infrastructure University Kuala Lumpur

– International Medical University

– Inti International University

– KDU University College

– Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

– Lincoln University College

– Mahsa University

– Management & Science University

– Nilai University

– Perdana University

– Segi University College

– Sunway University

– Tati University College

– Taylors University

– Twintech International University College of Technology

– UCSI University

– Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah

– Universiti Tunku Abdul Rahman

– University of Cyberjaya

– Curtin University Sarawak Malaysia

– Monash University Malaysia

– Newcastle University Medicine Malaysia

– Swinburne University of Technology Sarawak Campus

– University of Nottingham Malaysia

– Universiti Tun Abdul Razak

TESP MARA 2020

CARA PERMOHONAN TESP MARA

Pelajar yang ingin memohon TESP boleh memohon menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://myeduloan.mara.gov.my/
  2. Klik butang ‘Daftar Sekarang.’
  3. Isi butiran yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar Akaun.’
  4. Log in dengan memasukkan no kad. pengenalan dan kata laluan.
  5. Isi maklumat permohonan dengan lengkap.
  6. Klik butang hantar permohonan.

Bagi pelajar IPMa (KUPTM/KPTM/UNIKL), cara permohonan adalah seperti berikut:

  1. Layari laman web https://myeduloan.mara.gov.my/
  2. Pada bahagian Tertiary Education Sponsorship (TESP), klik perkataan ‘Klik Sini.’
  3. Isi maklumat pemohon dan klik butang ‘Teruskan.’
  4. Log in dengan memasukkan no kad. pengenalan dan kata laluan.
  5. Isi maklumat permohonan dengan lengkap.
  6. Klik butang hantar permohonan.

Baca tentang GREP MARA 2020: CARA PERMOHONAN PROGRAM GRADUAN CEMERLANG

SOALAN LAZIM TESP MARA

Saya sedang mengikuti pengajian peringkat Diploma, adakah saya layak memohon TESP?

Tidak boleh. Program ini dibuka kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian peringkat Ijazah Pertama sahaja.

Saya berada di tahun kedua dan sedang mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di IPT tempatan, adakah saya layak memohon?

Pelajar layak memohon Program TESP ini sekiranya Institusi Pengajian Tinggi anda berada di dalam senarai IPT yang dipilih oleh MARA.

Adakah Program TESP 2020 ini adalah Biasiswa yang ditawarkan oleh MARA?

Ini adalah pinjaman bolehubah. Pelajar digalakkan membuat permohonan pengurangan bayaran balik setelah tamat pengajian nanti. Selain itu, pinjaman ini tidak dikenakan sebarang kadar faedah.

Bolehkah saya memohon Program TESP 2020 sekiranya Ibu/bapa saya telah disenarai hitam MARA?

Tidak boleh. Ibu, ayah, penjaga, penjamin dan pelajar dari senarai hitam MARA. Pemohon dinasihatkan menyemak status senarai hitam di Bahagian Kawalan Kredit MARA sebelum memohon Program TESP 2020.

Saya mendapat PNGK 3.0 di peringkat asasi tahun 2018. Bolehkah saya memohon?

Ya, boleh. Permohonan hanya dibuka kepada pelajar-pelajar lepasan asasi dan setaraf yang telah tamat pengajian pada 2019 sahaja.

Adakah saya perlu menghantar apa-apa dokumen selepas membuat permohonan secara atas talian?

Tidak. Pelajar hanya perlu mengisi dan melengkapkan permohonan secara atas talian. Penghantaran dokumen hanya perlu dibuat setelah pihak MARA meminta pemohon berbuat demikian.

Bilakah saya boleh membuat semakan keputusan?

Pelajar adalah dinasihatkan untuk sentiasa membuat semakan di emel masing-masing dari semasa ke semasa bagi mengetahui sebarang maklumat terkini.

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Bahagian Pinjaman Pelajaran MARA iaitu 03-2613 2051/2024/2518/2059/2100/2069/2070 atau menghantar email ke [email protected]

Tags: #APA ITU TESP MARA? #SENARAI IPT YANG LAYAK MEMOHON TESP MARA #SYARAT AKADEMIK TESP MARA #SYARAT UMUM TESP MARA #TARIKH BUKA PERMOHONAN TESP #TESP MARA 2020 #TESP MARA 2020: PERMOHONAN PROGRAM PINJAMAN TERTIARI

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    BANTUAN ZAKAT KECEMASAN MAIWP 3.0:CARA PERMOHONAN BANTUAN RM500
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinBANTUAN ZAKAT KECEMASAN MAIWP 3.0:CARA PERMOHONAN BANTUAN RM500 APA ITU BANTUAN ZAKAT
    SKIM PEMBIAYAAN TEKUN MOBILEPRENEUR 4.0:CARA MOHON ONLINE & BORANG PERMOHONAN
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinSKIM PEMBIAYAAN TEKUN MOBILEPRENEUR 4.0:CARA MOHON ONLINE & BORANG PERMOHONAN Sebelum ini
    CARA TERMINATE ASB LOAN(MAYBANK,CIMB,RHB)
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinCARA TERMINATE ASB LOAN(MAYBANK,CIMB,RHB) Jika anda ingin membuat penstrukturan semula kewangan ekoran
    DAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KEPUTUSAN RMMT 2021
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinDAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KEPUTUSAN RMMT 2021   Kerajaan negeri Terengganu telah

    Leave a reply "TESP MARA 2020: PERMOHONAN PROGRAM PINJAMAN TERTIARI"