TIADA DOKUMEN SOKONGAN i-SINAR:CARA MOHON i-SINAR

TIADA DOKUMEN SOKONGAN i-SINAR:CARA MOHON i-SINAR

TIADA DOKUMEN SOKONGAN i-SINAR

Bagi permohonan i-Sinar KWSP kategori 2, ahli perlu menyediakan dokumen sokongan sebagai bukti pendapatan anda terjejas,bagaimana jika ahli tiada dokumen sokongan i-Sinar seperti ?

Kita sedia maklum bahawa, KWSP hanya dapat data melalui caruman daripada GAJI POKOK sahaja

Bagaimana pula KWSP untuk dapat data yang bekaitan ahli terjejas ELAUN, ELAUN KERJA LEBIH MASA dan elaun-elaun lain?

Maka ahli yang tidak layak kategori 1, ahli masih boleh mendapat membuat permohonan i-Sinar melalui kategori 2 dengan menyediakan dokumen sokongan i-Sinar.

Pihak KWSP akan cuba sedaya upaya untuk membantu ahli terjejas. Jika tiada dokumen sokongan i-Sinar. Sila hadir ke cawangan KWSP untun berbincang.

GOLONGAN YANG  TERJEJAS

Golongan yang terjejas akibat pendemik Covid-19 mengikut tahap tekanan untuk menyara hidup:

  1. High impact

Golongan yg terlibat:

  • Diberhentikan kerja.
  • Diberikan cuti tanpa gaji.

Golongan ini tiada sumber pendapatan lain. Mengharapkan simpanan.

  1. Low to medium impact

Golongan yang terlibat:

  • Gaji dipotong.

Golongan ini masih ada punca pendapatan. Masih juga bergantung pada simpanan utk topup semula kekurangan gaji yang dipotong.

MAKLUM BALAS RAKYAT TERHADAP I-SINAR

  • Syarat yang terlalu ketat.
  • Ramai yang tidak mengalami gaji dipotong atas 30%, oleh itu menganggap syarat terlalu ketat.
  • Nak one off payment.
  • Duit kita suka hatilah nak keluarkan berapa dan bila masa pun.

MEMAHAMI REALITI

  1. Berdasarkan fakta diatas bukan semua orang terjejas teruk sehingga terpaksa memerlukan simpanan KWSP untuk jadi sumber utama menyara hidup.
  2. Covid19 bukan akan selesai dalam masa sebulan dua lagi. Tapi duit boleh dihabiskan dalam masa sebulan dua. Lepas tu nak minta bantuan apa pula kat kerajaan.
  3. Kategori 1 i-sinar sudah cukup longgar untuk pengeluaran sehingga RM10K.
  4. Mereka yang terdiri dari kategori 2 yang terjejas masih mempunyai gaji untuk menyara hidup. Bagaimana pun terpaksa membuat ‘adjustment’ pada perbelanjaan dan hutang baru.

CARA MOHON i-Sinar (Tiada Dokumen Sokongan)

  1. Pastikan anda betul-betul layak berdasarkan kriteria yang dimaklumkan KWSP
  2. sila hadir ke cawangan KWSP terdekat untuk memberi penjelasan kepada pengawai KWSP
  3. Sila bagi kerjasama dan beri penjelasan yang berkaitan dengan masalah anda (tiada dokumen sokongan i-Sinar)
  4. Pengawai KWSP akan memaklumkan kepada anda jika layak atau gagal berdasarkan siasatan & penjelasan anda
  5. Jika pengawai KWSP maklumkan anda layak,sila buat permohonan secara online seperti berikut :

CARA PERMOHONAN i-SINAR ONLINE

Berikut adalah contoh untuk buat PERMOHONAN i-SINAR ONLINE:

  • Klik PERMOHONAN BARU i-SINAR
  • Lengkapkan maklumat yang diminta:
  • nombor telefon bimbit.
  • Pastikan akaun bank yang diberikan kepada KWSP semasa pendaftaran(Masih aktif,Milik anda,Bukan akaun bersama)
  • Muat turun DOKUMEN SOKONGAN i-SINAR jika diminta (Kategori 2),jika tiada dokumen, sila (bincangan dengan pengawai KWSP,contoh surat kelayakan mohon i-Sinar berdasarkan hasil perbincangan dengan pengawai KWSP)
  • Sila semak sebelum buat pengesahan
  • Klik HANTAR
  1. Jika pengawai KWSP maklumkan anda tidak layak,maka anda tidak layak membuat permohonan i-Sinar.

SOALAN LAZIM TIADA DOKUMEN SOKONGAN i-SINAR

Saya ahli KWSP,sudah berhenti mencarum,tiada dokumen sokongan.Adakah saya layak keluarkan maksimum RM10,000?

Layak,sila hadir ke cawangan KWSP untuk berbincang secara terbuka dengan pengawai KWSP.

Saya ahli KWSP,gaji dipotong 30%,tiada dokumen sokongan i-Sinar.Adakah saya layak keluarkan maksimum RM10,000?

Layak,sila hadir ke cawangan KWSP untuk berbincang secara terbuka dengan pengawai KWSP.

Saya bekerja sendiri, sudah berhenti mencarum, saya tiada dokumen sokongan i-Sinar untuk buktikan pendapatan saya terjejas,adalah saya layak buat pengeluaran i-Sinar RM10,000?  

Layak,sila hadir ke cawangan KWSP untuk berbincang secara terbuka dengan pengawai KWSP.

Saya bekerja sendiri, pendapatan perniagaan saya berkurang 30%, saya tiada dokumen sokongan i-Sinar untuk buktikan pendapatan saya terjejas,adalah saya layak buat pengeluaran i-Sinar RM10,000?  

Layak,sila hadir ke cawangan KWSP untuk berbincang secara terbuka dengan pengawai KWSP.

Apakah CONTOH DOKUMEN SOKONGAN i-SINAR bagi kategori 2?

Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan

Contohnya:

Gaji Ali sebelum ini(bulan Oktober 2020) RM10,000,sekarang(bulan Disember 2020) gaji Ali sebanyak RM6000 sahaja, telah berkurang sebanyak 40%.

Ali perlu print/cetak slip gaji bulan Oktober dan bulan Disember untuk dijadikan bukti sokongan semasa permohonan i-Sinar.

Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa

Contohnya:

Abu telah diberi notis pemberhentian bekerja oleh majikan.

Abu perlu memuat turun notis pemberhentian kerja tersebut semasa membuat permohonan i-Sinar

Contohnya:

Alia  telah diberi notis pemotongan gaji sebanyak 35% oleh majikan.

Alia perlu memuat turun notis pemotongan gaji  tersebut semasa membuat permohonan i-Sinar

Contohnya:

Amera telah diberi notis tiada bayaran kerja lebih masa oleh majikan

Amera perlu memuat turun notis tiada bayaran kerja lebih masa tersebut semasa membuat permohonan i-Sinar

Dokumen sokongan lain yang berkaitan seperti penyata bank.

Contohnya:

Pak Cik Ahmad seorang peniaga yang telah terjejas pendapatan dan tiada dokumen sokongan i-Sinar.

Pak Cik Ahmad boleh mencetak penyata bank untuk membuktikan pendapatannya terjejas/berkurang untuk dimuat turun semasa membuat permohonan i-Sinar.

Adakah saya perlu membayar semula amaun i-Sinar yang dikeluarkan?

Anda tidak perlu membayar semula.

Jika saya telah memohon Pengeluaran i-Lestari, bolehkah saya buat permohonan i-Sinar online ?

Boleh. Anda yang sedang menerima bayaran bulanan Pengeluaran i-Lestari juga boleh memohon i-Sinar.

Berapa jumlah pengeluaran yang layak dibuat jika tiada dokumen sokongan i-Sinar?

Berikut adalah jumlah pengeluaran yang dapat dibuat jika layak:

Baki Simpanan Akaun 1: RM100,000 dan ke bawah

  • Pengeluaran sehingga RM10,000 (Tertakluk kepada baki simpanan minimum RM100 dalam Akaun 1).
  • Bayaran bulan pertama mengikut pilihan anda sehingga maksimum RM5,000.
  • Bayaran selebihnya adalah minimum RM1,000 sebulan (Tertakluk kepada baki akhir Akaun 1 dengan amaun bayaran minimum RM50).
  • Dibayar dalam tempoh sehingga 6 bulan.

Baki Simpanan Akaun 1: Lebih dari RM100,000

  • Pengeluaran sehingga 10% daripada simpanan (Tertakluk kepada amaun maksimum RM60,000).
  • Bayaran bulan pertama mengikut pilihan anda sehingga maksimum RM10,000.
  • Bayaran selebihnya adalah minimum RM1,000 sebulan.
  • Dibayar dalam tempoh sehingga 6 bulan.

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Sila rujuk https://isinar.kwsp.gov.my/

Sila layari portal rasmi https://www.kwsp.gov.my/ms/home.

Lawati Facebook rasmi KWSP untuk makluman terkini : https://www.facebook.com/KWSPMalaysia/

 

 

10 thoughts on “TIADA DOKUMEN SOKONGAN i-SINAR:CARA MOHON i-SINAR”

  1. Saya masih berkerja potongan epf tiap2 bulan masuk, walaupun kurang kerja.. Tp saya mahu memohon tiada surat sokongan,majikan tidak dapat bagi kerjasama.. Sekiranya saya memohon menggunakan penyata bank sebagai surat sokongan bolehkah?

    Balas
  2. saya ada bukti gaji saya dipotong 50% melalui slip gaji. tetapi saya tiada notis atau surat pengesahan daripada majikan. gaji saya dibayar tunai bukan melalui bank. adakah saya layak untuk lulus bagi kategori 2??

    Balas
  3. Wife sy nak memohan i sinar tapi tidak dpt nak menyedia kan dcument yg di minta.. Dia di masih lg mencarum.. Gaji tiada potongan masih sama shj tiap2 bln.. Bersih yg dia dpr 6 ratus lebih.. Stiap bln.
    Tpi sy suami dia, sy dah lama tak kerja sejak covid19 lagi..sy dlu hanya berkerja sendiri ambil upah cat rumah.sejak covid pndapatan sy terjejas teruk.. Ada kah layak wife sy membuat rayuan.

    Balas

Leave a Comment