Tiket Flight Murah(Cara Beli & Check)

BAGAIMANAKAH CARA & WAKTU BELI TIKET FLIGHT MURAH?

Tak perlulah tunggu promosi, ini cara beli tiket flight yang murah!

Bagi anda yang gemar melancong dengan menaiki pesawat, saya ingin kongsikan cara untuk mendapatkan tiket penerbangan dengan harga yang berpatutan. Anda pasti akan suka!

Syaratnya, anda perlu membeli tiket melalui aplikasi yang menyediakan perkhidmatan jualan tiket penerbangan. Aplikasi yang saya maksudkan ialah Sky Scanner. Jadi, mari cuba tips beli tiket penerbangan yang murah yang dikongsi oleh @ceotravelmy di bawah ini.

CARA BELI TIKET FLIGHTMURAH

Melalui perkongsian tersebut, terdapat dua tips mudah untuk membeli tiket flight dengan harga yang murah. Berikut adalah cara-cara yang boleh anda ikuti:

  1. Beli tiket pergi dan pulang secara berasingan.
  2. Gunakan laman web Sky Scanner.

Aplikasi ini akan membuat perbandingan semua harga tiket dari pelbagai syarikat penerbangan. Caranya, masukkan destinasi pelancongan yang anda inginkan dan pilih opsyen ‘select whole month’ untuk melihat tarikh tiket dengan harga yang murah bagi bulan tersebut. Tunggulah sehingga senarai harga dari setiap syarikat penerbangan keluar. Pastikan untuk menekan ‘view details’ untuk mengetahui tempoh transit, kemudian klik ‘go to site’ untuk meneruskan pembelian tiket secara atas talian. Jika anda belum memilih destinasi percutian, klik opsyen ‘everywhere’ untuk melihat destinasi yang menawarkan harga tiket yang murah.

Dengan tips ini, anda dapat membeli tiket penerbangan dengan harga yang lebih berpatutan tanpa perlu menunggu promosi. Selamat mencuba!

Artikel Lain > HARGA TIKET FLIGHT KANAK-KANAK(AirAsia Malaysia Airlines)

Leave a Comment