CARA MINTA DAPAT MC KLINIK PANEL (Sijil Cuti Sakit Pekerja Kilang)

CARA MINTA DAPAT MC KLINIK PANEL (Sijil Cuti Sakit Pekerja Kilang)

CARA DAPAT MC

Seringkali apabila badan tidak sihat, semestinya anda akan dapatkan Sijil Sakit (MC) bagi menggelakkan gaji dipotong. Ini kerana setiap Syarikat ada menyediakan beberapa klinik Panel dan setiap Sijil Sakit haruslah melalui Doktor atau klinik yang berdaftar dengan Syarikat sahaja. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara untuk dapatkan MC dari klinik Panel, semoga membantu,

 

APA ITU MC

Medical Certificate (MC) atau dalam bahasa Melayu ianya dipanggil sebagai sijil cuti sakit. Sijil ini cuma boleh dikeluarkan oleh doktor yang telah berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (Malaysian Medical Council (MMC)).

Sijil cuti sakit ini boleh diberikan hanya apabila seseorang itu sendiri menghidapi penyakit dan tidak mampu meneruskan apa-apa urusan rasminya seperti pekerjaan sebagai contoh. Setiap slip MC adalah istimewa kerana mempunyai nombor siri yang tersendiri dan tidak boleh digunakan dalam cara yang salah seperti menipu atau mengulang cetak. Hukuman boleh dikenakan kepada mana-mana doktor dan pesakit sekiranya menyalahgunakan sijil ini.

 

CARA DAPATKAN SIJIL CUTI SAKIT

MC boleh diperolehi daripada doktor kerajaan ataupun swasta. Kuota pengeluaran MC adalah berbeza di hospital dan klinik-klinik kerajaan berbanding institusi kesihatan swasta.

Sekiranya terdapat gejala-gejala yang menunjukkan anda sedang menghidapi penyakit serta tidak mampu meneruskan apa-apa urusan, sebagai contohnya pekerjaan pada hari tersebut, MC boleh diperolehi dengan cara berjumpa mana-mana doktor di hospital atau klinik awam dan swasta. Setelah penilaian terhadap tahap kesihatan anda dilakukan, doktor akan mengeluarkan sijil cuti sakit selama beberapa hari bergantung kepada kondisi pesakit tersebut.

 

CARA DAPAT MC KLINIK PANEL

Sekiranya syarikat anda mempunyai panel klinik, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Hubungi HR syarikat anda untuk mengetahui nama panel klinik.
  2. Kunjungi klinik tersebut
  3. Biasanya klinik panel akan meminta kad temujanji atau kad pekerja atau kedua duanya sebagai bukti yang anda adalah pekerja syarikat tersebut tersebut.
  4. Sekiranya anda akan layak untuk menerima pemeriksaan oleh doktor dan boleh ambil ubat tanpa membuat apa apa bayaran. Sebenarnya anda bukanlah tidak membayar akan kerja dan servis dari klinik tersebut.
  5. Yang sebenarnya pihak tempat anda kerja yang akan membuat bayaran sebagai salah satu kelebihan (benefit) yang ditawarkan kerana bekerja di tempat tersebut

CARA DAPAT MC PEKERJA KILANG

Sekiranya kilangt anda mempunyai panel klinik, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Datang ke klinik panel. Ada pada buku medical leave yang disediakan oleh syarikat anda. Ada senarai klinik yang menjadi panel bagi syarikat tempat anda bekerja.
  2. Biasanya klinik panel akan meminta kad temujanji atau kad pekerja atau kedua duanya sebagai bukti yang anda adalah pekerja dari kilang tersebut.
  3. Jumpa doktor untuk masalah sakit anda.
  4. Pastikan anda ke klinik kerana sakit.
  5. Minta surat cuti sakit.
  6. Pada hari anda masuk kerja selepas habis cuti sakit. Sila berikan slip sijil cuti sakit pada HR anda.

 

ARTIKEL LAIN

CARA CLAIM/TUNTUT DUIT MC/CUTI SAKIT PERKESO 2022 (Borang Tuntutan Socso)

13 thoughts on “CARA MINTA DAPAT MC KLINIK PANEL (Sijil Cuti Sakit Pekerja Kilang)”

  1. Salam sejahtera
    Bagaimana cara saya hendak buat permohonan dana pemulihan PKS 2.0 (2021).

    Kerjasama pihak tuan untuk mendapatkan maklumat lanjut amat saya hargai.

    Terima kasih.

    Balas

Leave a Comment